Aku kenal dengan ex-drummer band
ni sekitar tahun 2012 melalui laman social Facebook atas sebab minat muzik yang
sama iaitu death metal. Masa tu sebelum EP ni diriliskan, beliau ada email
dekat aku dua lagu raw yang terdapat dalam EP tersebut. Bila aku dengar dua
lagu tersebut memang aku tidak sabar untuk menantikan EP mereka. Akhirnya EP
tersebut rilis dalam format kaset melalui label tempatan Morbid Invasion Rex.
Selepas itu, EP tersebut diriliskan dalam bentuk CD melalui label dari US
Slaughterhouse Records. Yang pasti dua-dua format aku beli. Lavatory adalah
band old school death metal tempatan yang sangat kuat pengaruh Swedish Death
Metal. Memang jarang kita dengar kewujudan band death metal tempatan di era
millennium. Kualiti rakaman EP “transgression” ni memang berada di tahap yang
terbaik. Mengandungi 4 buah lagu dan 1 lagu instrumental. Selepas EP ini
diriliskan pada tahun 2012, mereka telah pun meriliskan debut album mereka pada
tahun 2014.
Label
METAL MALAYA
(23)
BORNEO EXTREME METAL
(10)
DISMEMBER
(5)
HEADBANGERS SCRIPTURES
(4)
SIL KHANNAZ
(4)
THRONEUM
(3)
ANAL VOMIT
(2)
AUTOPSY
(2)
CALLENISH CIRCLE
(2)
DEATHHAMMER
(2)
DEICIDE
(2)
ENTRAPMENT
(2)
HERRIOT
(2)
HUMILIATION
(2)
IN FLAMES
(2)
IRON MAIDEN
(2)
KAAMOS
(2)
KREATOR
(2)
LAVATORY
(2)
MEGADETH
(2)
MERCILESS
(2)
NECROTIC CHAOS
(2)
PROTECTOR
(2)
SODOM
(2)
SOILWORK
(2)
SUCCUBUS
(2)
SUFFERCATION
(2)
VERMINOUS
(2)
VOCIFERATION ETERNITY
(2)
AT THE GATES
(1)
BLIND CONFUSED
(1)
BRAINDEAD
(1)
DESASTER
(1)
DIMENSION ZERO
(1)
HYPNOSIA
(1)
IMPIETY
(1)
INSACRED
(1)
KALIYUGA
(1)
LIVE DEVASTATION
(1)
METALUCIFER
(1)
MIND SNARE
(1)
MORBID ANGEL
(1)
NARSAMUM
(1)
NECROMATION
(1)
NIGHTRAGE
(1)
NIHILIST
(1)
NUNSLAUGHTER
(1)
OBITUARY
(1)
PATHOGEN
(1)
PERPETUAL
(1)
PUNISHER
(1)
REPUGNANT
(1)
SAVAGE DEITY
(1)
SENSELESS
(1)
SENTENCED
(1)
SILENT DEATH
(1)
SLAYER
(1)
SLUM SCUM
(1)
Isnin, 27 Ogos 2018
Jumaat, 17 Ogos 2018
KREATOR - Endless Pain
Band yang tidak perlu
diperkenalkan lagi dan merupakan salah satu pengaruh terbesar bagi irama Thrash
Metal dunia. Semestinya mereka adalah gergasi awal Teutonic Thrash Metal yang
sealiran dengan Sodom dan Destruction. Album “endless pain” ini adalah album
pertama Kreator yang diterbitkan pada sekitar tahun 1985.
Agresif, laju dan primitif adalah
cara permainan Kreator pada album pertama ini. Tiada istilah permainan teknikal
pada riff-riff gitar mereka, yang ada hanya riff-riff simple dan buas. Produksi
rakaman pun memang raw. Betul-betul Thrash Metal barbaric. Zaman tu memang
orang berebut untuk mainkan tempo lagu selaju-lajunya.
Lagu permulaan “endless pain”
adalah merupakan lagu klasik mereka yang mana vokal digalas oleh drummer
mereka, Ventor. Beliau membuktikan bahawa seorang drummer boleh menggalas tugas
sebagai vokalis. Posisi vokalis ini dikongsi bersama dengan frontman mereka
iaitu Mille Petrozza. Lagu-lagu klasik yang terdapat dalam album ni antaranya
“tormentor”, “total death”, “strorm of the beast”, “flag of hate” dan “dying
victim”. Semestinya lagu-lagu tersebut sentiasa menjadi lagu-lagu cover bagi band-band
ekstrim metal yang baru.
Diluar sana suda beratus-ratus
review menceritakan tentang album ni dan semestinya album ini adalah sangat
besar pengaruhnya bagi pergerakan awal kemunculan asal usul/akar kepada muzik death metal dan black
metal. Yang pasti Kreator tidak akan kembali lagi kepada rilisan seperti macam album ni. Lihatlah Kreator zaman millenium/sekarang yang mana muzik mereka berubah hampir 70%..produksi yang lebih jelas, bersih, riff gitar yang progresif, kurang agresif thrash metalnya dan lebih banyak part melodi pada setiap lagu.
RUJUKAN BLOG:
1) KREATOR - Past Life Trauma 1985-2000
Selasa, 14 Ogos 2018
BLIND CONFUSED - Non Compos Mentis
Aku kenal band ni pada sekitar
tahun 2006 iaitu ketika mereka membuat persembahan live gig. Sejak dari hari
itu, aku mengenali semua line-up band ni. Pertama kali tengok dorang perform
live mmg cukup teruja dengan persembahan bertenaga dorang. Kaji punya kaji
rupanya band ini sudah wujud pada tahun 1994. Mereka adalah merupakan band
ekstrim metal generasi pertama yang wujud di negeri Sabah. Band yang berasal
dari Lahad Datu ni membawakan muzik death/grind. Sebelum demo “non compos mentis” ni diriliskan,
mereka pernah meriliskan material seperti “burn” (rehearsal demo 1994” dan juga
rehearsal 2005. Demo “non compos mentis” diriliskan sekitar tahun 2007 yang
mengandungi 8 buah lagu dan 1 lagu cover dari band Rolling Stone “Pain in
Black”…memang dahsyat lagu tu kena olah rentak muziknya jadi grind…hehehehe. Biasa lah kalau band grindcore lagu semua pendek-pendek durasinya. Untuk keseluruhan muzik
Blind Confused memang kuat pengaruh old grindcore seperti rilisan awal Napalm
Death, Carcasss dan Brutal Truth.
Isnin, 6 Ogos 2018
SUCCUBUS - Sadistic Rites Of Evil
Mula-mula aku kenal vokalis band
ni sekitar tahun 2012 iatu ketika aku beli yang cd band Insanity yang beliau jual dan selepas
itu kami kenal rapat sehingga hari ini. Sejak band ini ditubuhkan memang beliau
selalu memberikan info kepada aku tentang kewujudan band Succubus termasuklah
demo debut “Sadistic Rites of Evil” yang diriliskan pada tahun yang sama iaitu
tahun 2012. Bila demo ini diterbitkan, tanpa
membuang masa aku terus beli. Demo ini pada mulanya diriliskan dalam bentuk cdr
oleh label underground dari Sabah iaitu Derangment Project Production/ Rotten
Decay. Selepas itu diriiskan dalam format kaset oleh label Morbid Invasion Rex
dan Metalporn Production. Yang pasti semua format rilisan tersebut sudah sold
out.
Succubus membawakan konsep muzik
old death thrash metal yang kuat pengaruh dari band lagenda seperti
Merciless(Sweden), Incubus(US dan Australia), Insanity (US), Sadus (US) dan
Invocator(Denmark). Jarang kita lihat kewujudan band-band tempatan yang
memainkan irama seperti ini dan yang pasti Succubus merupakan band kegemaran
aku. Demo ini mengandungi 3 buah lagu
ciptaan sendiri dan 1 lagu cover dari Merciless “the book of lies”. Suara
vokalisnya memang kearah growl scream black metal. Riff gitar memang totally
thrash dengan tempoh lagu keseluruhannya laju dan lebih buas dari thrash metal.
Memang ngam lah dengan gabungan susunan death metal+ thrash metal. Kualiti
rakaman demo pun bole tahan.
Khamis, 2 Ogos 2018
SODOM - Persecution Mania
Peminat Thrash Metal di seluruh
dunia pasti mengenali Sodom kerana band ini merupakan salah satu band berpengaruh besar bagi irama Thrash Metal terutamanya bagi penggemar Teutonic German
Thrash Metal yang sealiran dengan Kreator dan Destruction. Di Malaysia juga
sangat kuat juga pengaruh band Sodom ni. Rasanya sudah lebih ratusan review telah dibuat berkenaan dengan album ini. Album Persecutian Mania merupakan album kedua
Sodom yang diterbitkan sekitar tahun 1987 dibawah label SPV. Kalau peminat tempatan mereka dah terbiasa dengan kaset keluaran VSP yang pernah berada di pasaran Malaysia pada awal era 90'an.
Kalau nak dibandingkan album “Persecution
Mania” dengan album sebelumnya iaitu album debut “obsessed by cruelly”
memang sangat berbeza dari segi konsep dan susunan muzik. Album “obsessed by
cruelty” lebih kepada thrash metal yang primitif dengan riff2 yang ringkas dan
juga konsep lirik yang penuh dengan elemen-elemen kegelapan dan satanik dan boleh
dikategorikan sebagai album proto-black metal yang sama auranya dengan album debut Slayer
“show no mercy”. Dengan kemunculan album “Persecution Mania”, kualiti rakaman
album ditingkatkan dan menjadi lebih baik dari album sebelumnya, riff-riff gitar juga lebih teknikal dan lagu menjadi lebih kemas dan berkualiti begitu juga dengan cara penulisan lirik dengan tema ke arah peperangan.
Rasanya dengan kemunculan gitaris
lagenda Frank Godzik Blackfire mempengaruhi keseluruhan imej dan identity Sodom
terutamanya dari segi penulisan lagu. Trademark Sodom yang sebenar adalah
dengan munculnya album ini. Lagu lagu klasik seperti “nuclear winter”,
“persecution mania”, “christ passion”, “conjuration” dan “bombenhagel” sudah
semestinya menjadi lagu anthem bagi seluruh peminat Sodom dan thrash metal
diseluruh dunia. Yang menariknya dalam album ni ada lagu cover “iron
fist”(motorhead) yang seolah-olah menjadi lagu ciptaan sendiri Sodom. Aku sendiri
sukakan cover versi Sodom ni. Kalau diikutkan lagu cover ni sentiasa menjadi
playlist live Sodom sehingga hari ini. Sedar tak sedar album ni telah
berusia lebih 30 tahun dan auranya masih kekal sehingga hari ni. Album thrash
metal yang sentiasa menjadi playlist kegemaran aku. Bombenhagel!!!Bombenhagel!!
RUJUKAN BLOG:
SODOM - In The Sign Of Evil / Obsessed By Cruelty
RUJUKAN BLOG:
SODOM - In The Sign Of Evil / Obsessed By Cruelty
Isnin, 9 Julai 2018
DISMEMBER - Massive Killing Capacity
Dismember muncul dengan album ketiga pada tahun 1995 dengan
membuat perubahan mendadak dari segi susunan muzik iaitu dengan terma konsep
muzik yang dipanggil death n roll. Agaknya terpengaruh dengan band Entombed
yang sebelum ini membawakan konsep muzik yang sama melalui album “wolverine
blues” yang diterbitkan pada sekitar tahun 1994. Terma death n roll pada masa tersebut adalah
baru lagi ketika diperkenalkan oleh Entombed. Muzik Swedish death metal
digabungan dengan muzik rock era 70’an dan jadilah konsep death n roll.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa line-up Entombed dan
Dismember merupakan rakan baik dan sama-sama berjuang dalam menaikkan scene
Swedish death metal pada era penghujung 80’an. Drummer Dismember iaitu Fred Etsby sering bertukar-tukar
riff gitar dengan Nicke Andresson yang merupakan drummer Entombed. Mereka
berdua ni lah tunjang utama bagi band masing-masing dalam penciptaan lagu. Jadi
dalam lagu Entombed ada riff Dismember dan dalam lagu Dismember ada riff gitar
Entombed dan sebab itulah kedua-dua album mereka hampir sama bunyinya.
Rasanya selepas muncul dengan dua album death metal yang
agressif, Mereka ingin mencuba sesuatu yang lain dari konsep asal mereka
melalui album “massive killing capacity”. Tombol volume pada pedal distortion
dikurangkan begitu juga dengan beat double bass dan kebuasan riff-riff death
metal turut dikurangkan. Manakala kelajuan thrash metal diperlahankan dan
digantikan dengan tempoh rock and roll. Terus terang aku cakap yang album ni
bukan la album kegemaran aku tapi kepala aku masih boleh lagi layan lagu-lagu
yang terdapat dalam album ni.
Tracklist:
1) i saw them die
Lagu pembuka untuk album ni memang cukup sifat death n
rollnya. Gabungan death metal dan rock and roll memang cukup untuk memaksa
kepala headbanging santai…hahaha tiada pukulan double bass drum dan kelajuan
thrash metal.
2) massive killing capacity
Intro lagu memang trademark riff gitar death metal
dismember, Cuma bila masuk part drum tiada pun part-part skank beat old death
metal dan kelajuan beat thrash metal walaupun lagu rancak. Yaa kan album ni
bertemakan death n roll. Tajuk album di ambil berdasarkan tajuk lagu ni.
3) on frozen fields
Bila muncul lagu ni barulah kedengaran sound trademark death
metalnya dismember. Cuma lagu ni kurang buas dan kasar. Mungkin disebabkan
penggunaan pedal distortion heavy metal yang volumenya dikurangkan.
4) crime divine
Lagu ni memang berentak death n roll dan semestinya
santai…ibarat mendengar lagu band rock ACDC. Cuma bezanya riff gitar memang
berat….hahahaha
5) to the bone
Tajuk lagu sampai ke tulang??? Hahahaha Death n roll to the
bone.
6) wardead
Lagu berentak death metal yang diambil dari ep mereka iaitu
casket garden. Tajuk lagu memang ganas dan Satu-satunya lagu paling berat dalam
album ni. Lirik lagu bertemakan perang
7) hallucigenia
Yang best lagu ni riff-riff gitar seakan-akan bermelodi
timur tengah(Arabic) dicampurkan dengan riff suram death n roll…hallucigenia
adalah fosil cacing purba misteri yang
mempunyai duri-duri sepanjang tubuh…tapi konsep lirik pula memang berkisarkan
alam kegelapan.
8) collection by blood
Melodic death metal versi dismember. Fred Etsby sendiri
mengaku dalam satu temuramah zine yang beliau terpengaruh dengan melodic death
metal dari Gothenburg. Terdapat pengaruh susunan melodi heavy metal yang
menjadikan lagu senang dihadam. Tajuk
lagu ni memang popular dikalangan peminat dismember.
9) casket garden
Lagu ni terlebih dahulu diriliskan dalam ep Casket garden.
Lagu yang memperkenalkan peminat dismember kepada konsep muzik death n roll.
Lagu sentiasa menjadi setlist live mereka.
10) nenia
Satu-satunya lagu instrumental dalam album ni. Melodi lagu
memang sedap dan kedengaran macam melodi tradisional Sweden. Melodi lagu memang
senang melekat dikepala.
11) life-another shape of sorrow
Intro melodi lagu yang slow, penuh dengan aura kesuraman dan
kesedihan. Lagu penutup dalam album ni yang susunan lagunya 100% death metal dismember dan sememangnya
memberikan kepuasan, Lirik lagu berkisarkan ucapan selamat tinggal dari
seseorang sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Album ni pada asalnya dikeluarkan oleh label Nuclear Blast.
Pada tahun 2005, album ni dkeluarkan semula oleh label dari Sweden iaitu Regain
Records. Untuk versi cetakan semula Regain Record terdapat beberapa lagu bonus:
12) Justifiable homicide
Salah satu 1 yang terdapat dalam ep casket garden.
(Versi demo tanpa vokal)
13) collection by blood
14) life-another shape of sorrow
15) on frozen field/shadowland
Rujukan Blog:
1) DISMEMBER - Where Iron Crosses Grow
2) DISMEMBER - The God That Never Was
3) DISMEMBER - Casket Garden
Selasa, 3 April 2018
DISMEMBER - Casket Garden
Pada awal tahun 90’an iaitu sekitar tahun 1990 hingga tahun
1993, scene death metal berada dikemuncak selepas munculnya album-album death metal terbaik dari seluruh pelusuk dunia, dan tidak ketinggalan juga scene Swedish death
metal yang diterajui oleh band-band hebat seperti Entombed, Dismember, Grave
dan Unleashed. Entombed merupakan pencetus populariti Swedish death metal
dengan kehebatan debut album mereka “left hand path”(1990) dan album kedua “clandestine”(1992). Mereka sekali telah menggemparkan scene death metal dunia iaitu pada sekitar tahun 1994, telah muncul dengan album “wolverine
blues” yang mana album tersebut berkonsepkan death n roll(element death metak
diadun dengan muzik hard rock). Dismember juga tidak ketinggalan dan melakukan
eksperimentasi yang sama melalui kemunculan ep “casket garden” iaitu pada
sekitar tahun 1995.
Melalui ep ini, 3 buah lagu telahpun dicipta, yang mana dua
buah lagu iaitu “casket garden” dan “justifiable homicide” berentak death n
roll manakala satu lagu lagi iaitu “wardead” masih lagi mengekalkan sound asal
old death metal. Cuma dari segi keberatan sound gitar tu berkurang. Mungkin disebabkan tombol volume boss heavy metal distortion tidak berada pada volume maksima. Melalui ep ini, mereka memberi mesej kepada peminat
mereka pada waktu tersebut bahawa mereka bakal muncul dengan album yang
berkonsepkan death n roll, yang mana selepas itu terbit lah album “massive killing
capacity”, iaitu pada sekitar tahun 1995. Kiranya ep ini adalah salah satu langkah promosi
Dismember dan Label mereka pada waktu tersebut iaitu Nuclear Blast records
untuk album penuh “massive killing capacity”. Lagu “casket garden” merupakan
satu-satunya lagu dalam ep ini yang sentiasa menjadi setlist live Dismember dan
juga merupakan lagu popular dan menjadi kegemaran peminat mereka termasuk saya.
Isnin, 26 Mac 2018
AT THE GATES - Slaughter Of The Soul
Sekitar tahun 2002 aku diperkenalkan dengan band At The Gates melalui
carian google. Masa tu pencarian aku berdasarkan band melodic death metal yang
seangkatan dengan In Flames. Dulu hanya In Flames sahaja yang aku tahu.so bila taip perkataan melodic death
metal pada carian google, memang keluarlah artikel berkaitan In Flames, At The Gates, Soilwork, Dark Tranquillity dan
Ceremonial Oath. Aku memang tertarik dengan nama At The Gates walaupun pada
masa tersebut aku tidak pernah dengar pun muzik mereka.
Hanya sekitar tahun 2004 iaitu semasa aku belajar dekat UiTM,KK baru la aku dapat dengar band ni melalui kaset album “the red in the sky is
ours” dan kemudiannya aku dapat beli cdr “Slaughter of The Souls pada tahun
tersebut dan bila aku dah kerja baru lah aku beli cd original. Memang
beza jika dibandingkan kedua-dua album yang mana album debut lebih kearah old
style death metal manakala album “slaughter of the souls” lebih kearah melodic
death metal.
Album ni adalah merupakan album ke 4 mereka dan merupakan album
kedua mereka yang bergenre melodic death
metal. Album sebelumya iaitu “terminal
spirit disease” iaitu album ketiga mereka dan merupakan pertama kalinya
bergenre melodic death metal. Album ini diterbitkan oleh label metal yang popular dari UK iaitu earache record sekitar tahun 1995. Selepas kemunculan album ni, At The Gates
dibubarkan dan mereka membuat kemunculan semula/reunion pada tahun 2012.
Lagu favourite dalam album ni sudah semestinya “blinded by
fear”, “slaughter of the souls”, “cold” dan “nausea”. Andy La Roque, gitaris
band King Diamond turut menyumbang solo dalam lagu “cold”. Album ini sudah
semestinya dirakam di studio lagenda
iaitu Friedman Studio dibawah jurutera terkemuka Fredrik Nordstorm yang
majortinya merakamkan album-album melodic death metal band In Flames, Dark
Tranquillity, Arch Enemy dan Ceremonial Oath.
Pertengahan tahun 90’an adalah era emas bagi melodic death
metal. Kemunculan album seperti The Jester Race(In Flames), the gallery (Dark
tranquillity) dan semestinya album slaughter of the souls adalah penyumbang
terbesar yang mempopularkan irama melodic death metal ataupun dipanggil Swedish
Gothenburg death metal. Kalau bandar Stockholm terkenal dengan Swedish old
death metal, Bandar Gothenburg pula terkenal dengan band-band death metal yang
memainkan irama death metal yang bermelodi.
Sebut sahaja band At The Gates, pastinya memberikan pengaruh
besar kepada kemunculan New Wave Of American Heavy Metal. Band-band seperti
Unearth, As I Lay Dying, Darkest Hour, dan Shadow Fall, semuanya akan menyebut
AT The Gates sebagai pengaruh besar mereka. Kalau didengar pun riff-riff gitar
dan susunan lagu mereka memang mirip lagu-lagu At The Gates.
Album yang aku beli ini adalah cd versi cetakan semula tahun
2002 yang mana disertakan 6 extra bonus. Memang dahsyat juga lagu bonus track
yang terdapat dalam cd reiisue ni antaranya “legion”(slaughterlord cover),
“bister verklighet”(no security cover) dan semestinya lagu cover kegemaran
“captor of sin” dari Slayer. Memang lain dari yang lain lagu captor of sin bila
dimainkan versi At The Gates. Sangat berat dan kejam.
Khamis, 22 Mac 2018
DIMENSION ZERO - Silent Night Fever
Aku teringat lagi masa sekitar tahun 2002, aku ada
terserempak kaset ni dan satu lagi kaset Sinergy “suicide by my side” di kedai
kaset di Tawau. Aku mengambil keputusan untuk tidak membeli kaset ni dan
memilih kaset Sinergy. Yerlah masa tu duit cukup-cukup je(rm25 je kalau tidak
silap) nak beli kaset, hasil daripada simpanan duit elaun harian sekolah
berjumlah rm2 sehari. Harga kaset dekat sana pada masa tu memang cekik darah
(rm18 sekeping). Nasib baik pada masa tu kawan aku beli kaset ni. Dapat lah aku
pinjam dan dengar.Bila aku pinjam dan dengar kaset ni, rasa teruja terhadap
kaset ni tetap ada setelah mendengarnya. Yang pasti rasa menyesal pun ada.
Kenapa lah aku tak beli kaset ni…hahahaha Memang menyesal masa tu. Lagu dalam
kaset ni memang sedap dan kena dikepala aku.
Dimension Zero berasal dari Sweden dan memainkan muzik
melodic death metal yang kuat pengaruh thrashnya. Pukulan drum pun
kadang-kadang diselitkan blast beat drum dan menjadikan lagu lebih berat dari susunan
muzik melodic death metal yang biasa. Sound dalam album ni pun memang raw terutamanya pada sound gitar. Band
ni adalah band side project Jesper Stromblad (ex-In Flames) dan seorang lagi
bekas gitaris In Flames era “The Jester Race” dan “whoracle” iaitu Glen
Ljungstrom. Posisi drum pula dimainkan oleh Hans Nillson (Diabolique) dan vokal
pula diisi oleh Jocke Goteburg (ex-Marduk). Fuhhh..dahsyat anggota band..memang
super group.
Sebelum menggunakan nama Dimension Zero, band ni diawal
penubuhannya menggunakan nama Agent Orange iaitu pada sekitar tahun 1995 namun
tiada satu pun rilisan dikeluarkan sebelum menukar nama band pada tahun yang
sama. Album “silent night fever” dikeluarkan pada tahun 2002 oleh label Regain
Records. Sebelum debut album ni dikeluarkan, mereka telah pun meriliskan satu
ep “penetrations from the lost world” pada tahun 1997 dan juga demo “screams
from the forest” pada tahun 1995.
Isnin, 19 Mac 2018
NIGHTRAGE - Sweet Vengeance
Aku beli kaset ni sekitar tahun 2005, iaitu semasa aku masih
lagi menuntut di UiTM, Kota Kinabalu. Biasa waktu cuti sabtu dan ahad aku akan
pergi ke bandar KK untuk mencari kaset-kaset metal. Kebetulan pada masa
tersebut, satu kedai kaset sekitar kawasan kompleks asia city, tempat aku
selalu cari kaset, aku pun dah tak ingat nama kedai tu, buat sales sebab nak
tutup kedai rasanya. Apa lagi aku ambil kesempatan lah beli dan akhirnya aku
dapat kaset Nightrage album “sweet vengeance” dengan harga rm6. Murah kan dan pembelian memang sangat berbaloi.
Album ni diterbitkan sekitar tahun 2003 dibawah label
Century Media Records. Kaset yang aku beli ini, adalah kaset keluaran label
dari Thailand iaitu Bull Terrier Records. Pada tahun awal 2000 memang bersepah
kaset keluaran dari Thailand ni yang selalu mengeluarkan kaset-kaset metal
dibawah lesen-lesen label metal antarabangsa seperti Century Media, Nuclear
Blast Records dan Metal Blade Records. Apa yang aku peroleh masa tu memang diluar jangkaan aku. Bila aku dah beli kaset ni dan sampai je bilik kampus, tanpa berlengah aku terus pasang dekat Walkman aku sambil belek-belek sleeve. Yang menjadi perhatian adalah nama Thomas Lindberg yang merupakan vokalis At The Gates(pada masa tu band ni telah dibubarkan). Yaa, dengar je lagu pertama “tremor” terus menarik perhatian aku dan sah memang band ini memainkan irama melodic death metal. Cuma susunan melodi dan riffnya tidak lah terlalu ke arah power/heavy metal. Masih banyak pengaruh keberatan thrash dan death metal.
Yang menariknya, anggota band Nightrage ni bukan calang-calang orang. Selain Thomas Lindberg, pengasasnya iaitu Marios Iliopoulos adalah bekas gitaris band Exumation(band melodic death metal dari Greece), seorang lagi gitaris Gus G(Dream Evil dan Mystic Prophecy) dan pemain bass Brice Lecrecq(yang mana selepas itu menjadi live sessionist untuk band Dissection). Jadi tidak hairan lah jika band ini berkonsepkan irama melodic death metal. Lagu-lagu dalam album ni memang kuat pengaruh Gothenburg Swedish death metal. Mana tidaknya vokalisnya berasal dari Sweden dan sedikit sebanyak mempegaruhi permainan gitarisnya. Lebih-lebih lagi album ni dirakamkan di studio Fredman, yang mana studio ni lah yang menghasilkan album-album hebat melodic death metal dari band In Flames, Dark Tranquility, Soilwork dan At The Gates. Rakaman permainan drum pula mereka menggunakan khidmat Per Moller Jansen (ex-The Haunted).
Khamis, 15 Mac 2018
CALLENISH CIRCLE - Flesh_Power_Dominion
Sebut pasal melodic death metal, pasti semua metalhead akan
merujuk kepada Negara Sweden dan Finland. Kalau Finland ada Children Of Bodom,
Kalmah dan Norther..Sweden ada In Flames, At The Gates, Dark Tranquillity,
Soilwork dan Arch Enemy. Dua Negara tersebut memang sinonim dengan death metal
bermelodi. Tapi kalau inginkan death metal bermelodi dari negara Belanda
ataupun Nertherland, Callenish Circle adalah jawapannya. Album “Flesh Power
Dominion” adalah album ketiga dari mereka yang diterbitkan sekitar tahun 2002
melalui label Metal Blade Records. Manakala album kedua aku beli selepas
membeli album My Passion//Your Pain. Muzik mereka macam biasa melodic death
metal yang diadun sedikit dengan pengaruh thrash metal moden. Cuma album ni
pada pendapat aku kurang sikit lagu-lagu ataupun riff-riff melodi yang melekat
dikepalaku berbeza dengan album ke empat mereka iaitu “My Passion//Your Pain
yang kebanyakan lagu senang untuk aku hadam.
Terdapat lagu cover dari band lagenda Death iaitu “pull the plug” yang
mana susunan lagu dan tempo tidak sedikit pun diubah. Aku berani cakap yang aku
lebih suka album ni berbanding dengan album band gergasi seperti In Flames “reroute to remain” yang
menjurus kearah moden metal, yang mana album
tersebut diriliskan pada tahun yang sama. Kaset ni aku beli sekitar tahun 2004
dan merupakan kaset rilisan semula dibawah label dari Thailand IndiPops
Records. Memang zaman tu banyak kaset-kaset
metal keluaran label Thailand dipasaran.
Jumaat, 9 Mac 2018
SENTENCED - Amok
Teringat dulu masa membaca majalah ROTTW kalau
tak silap keluaran Disember 2001, masa tu ada artikel berkenaan dengan band
SENTENCED sebanyak satu muka surat. So aku memang ambil bulat-bulat info yang
terdapat dalam artikel tersebut yang sedikit sebanyak membantu aku. Cuma aku
hanya dapat membeli rilisan mereka hanya pada sekitar tahun 2002 yang mana aku
pembelian kaset pertama aku adalah kaset album “crimson” yang dijual di kedai
kaset di tawau, nama kedai tu "Top 10", kedai kaset yang selalu jual stok-stok kaset metal. Yaa pada mulanya aku ingatkan album tu main muzik melodic death
metal, rupa-rupanya mereka sudah lama berubah arah ke genre gothic metal.
Kaset album “amok” ni aku peroleh pada sekitar awal tahun
2004 semasa aku masih lagi menuntut di UiTM, Kota Kinabalu. Macam biasa kedai Goblinz, dekat Kompleks KK Plaza adalah sumber aku dapatkan kaset ni. Bila aku dapat je
kaset ni memang tanpa buang masa aku terus beli. Balik asrama pasang dekat Walkman
layan keseluruhan album. Yaa, album
“amok” bergenre melodic death metal dan album ni telah diriliskan pada sekitar
tahun 1995 oleh label Century Media Records. Muzik melodic death metal yang
mereka bawakan memang sangat berbeza dengan trademark melodic death metal dari
Finland (Children of Bodom, Kalmah, Norther) mahupun dari Swedish Gothenburg
death metal (In, Flames, Dark Tranquillity dan At The Gates). Kalau formula kebanyakan band melodic death metal dari Finland lebih ke arah neo-classical speed metal, susunan riff-riff
gitar lagu dalam album ni lebih kearah melodic death metal yang kuat pengaruh hardrock/heavy metal yang simple dan senang melekat dikepala.
Solo pada tiap-tiap lagu pun tidak lah berbelit-belit. Hanya Suara growl
vokalis/bass Tarneli Jarva(sebutan growlnya yang jelas) sahaja yang lebih
ke arah death metal. Tapi jika suara ditukarkan kepada clean vokal memang album
ni akan jadi hardrock/heavy metal. Tiga lagu awal dalam album ni iaitu “the war
ain’t over”, “phenix” dan “new age messiah” memang lagu kegemaran aku.
Sentenced merupakan band death metal yang pertama wujud di
Finland melalui rilisan demo “when death join us” pada 1990. Band ni boleh lah
dikategorikan kepada tiga era iaitu era death metal 1990-1993 (demo, album
“shadow of the past” dan “north from here”), era melodic death metal
1994-1995(ep “the troopers”, album “amok” dan ep “love and death”) dan era
populariti mainstream iaitu era gothic metal 1996-2005. Aku pula lebih selesa
dengan mengikuti album death metal dan melodic death metal mereka. Rasanya
selepas pengunduran bassist/vocalist mereka iaitu Tarneli Jarva adalah era
perubahan dan hilangan death metal dalam band Sentenced. Pada tahun 2005 band
ini telah pun dibubarkan dan paling menyedihkan pada tahun 2009 gitaris utama mereka iaitu Miika Tenkula telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Selasa, 6 Mac 2018
CALLENISH CIRCLE - My Passion // Your Pain
Aku kenal band ni melalui kaset Panggilan Pulau Puaka 4
volume 2 yang aku beli pada sekitar
tahun 2001 melalui lagu “no reason” yang diambil dari album “graceful…yet
forbidding”. Album tersebut pernah dikeluarkan dalam format kaset oleh label
tempatan Psychic Scream Entertainment pada tahun 1999. Jadi tak hairan lah
kalau band ni memang dah dikenali oleh metalhead tempatan.
Kaset ni aku beli masa dekat Kota Kinabalu sekitar tahun
2004, ada satu kedai kaset dekat kompleks KK Plaza, namanya Goblinz. Kedai tu
memang 80% jual barangan metal. Banyak jugalah kaset-kaset metal aku peroleh
dari sana. Bila kedai tu jual kaset ni memang tanpa berlengah aku terus sambar.
Kaset keluaran label Thailand ni iaitu IndyPops. Dulu masa dekat asrama tahun 2004, kalau
tiada kelas petang memang masuk bilik baring sambil layan kaset ni guna
walkman. Kerap juga kaset ni jadi playlist pada masa tu.
Callenish Circle adalah band yang berasal dari Negara
Belanda ataupun Netherland dan memainkan muzik melodic death metal. Biasanya
band-band melodic death metal yang terkenal berasal dari Negara Scandinavia
terutamanya dari Sweden dan Finland. Album ni diterbitkan sekitar tahun 2003
melalui label Metal Blade Records. Yang pasti bermula tahun 2002 dan seterusnya
band-band melodic death metal yang terkenal banyak menghasilkan album-album
yang kurang mengikut selera aku. Contoh In Flames yang berubah arah kepada
modern metal, begitu juga dengan Soilwork dan juga band Dark Tranquillity
dengan album yang kurang memuaskan telinga aku. Manakala At The Gates pada
waktu tersebut telah dibubarkan.
Album "My Passion // You Pain" ni memang jawapan kepada
kekurangan album melodic death metal yang berkualiti pada era tersebut yang mana majoriti band-band besar meriliskan album yang ersimpang jauh dari akar asal melodic death metal dengan bereksperimentasi dengan genre muzik moden metal. Terus terang aku cakap yang lagu pembukaan dalam album ni iaitu “soul messiah” memang betul-betul memberikan kepuasaan untuk aku
mendengarnya begitu juga dengan track “dwelling disdain”, “forsaken” dan lagu-lagu seterusnya. Riff-riff melodic ala album At The Gates“slaughter of the souls”
sangat kuat mempengaruhi album ni dan adalakalanya melodinya mirip-mirip album In Flames“colony”. Terdapat satu bonus, iaitu lagu cover “out of body” iaitu lagu asal band Pestilence, band death metal lama dari negara mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)