Isnin, 26 Mac 2018

AT THE GATES - Slaughter Of The Soul


Sekitar tahun 2002 aku diperkenalkan dengan band At The Gates melalui carian google. Masa tu pencarian aku berdasarkan band melodic death metal yang seangkatan dengan In Flames. Dulu hanya In Flames sahaja yang aku tahu.so bila taip  perkataan melodic death metal pada carian google, memang keluarlah artikel berkaitan In Flames, At The Gates, Soilwork, Dark Tranquillity dan Ceremonial Oath. Aku memang tertarik dengan nama At The Gates walaupun pada masa tersebut aku tidak pernah dengar pun muzik mereka. 


Hanya sekitar tahun 2004 iaitu semasa aku belajar dekat UiTM,KK baru la aku dapat dengar band ni melalui kaset album “the red in the sky is ours” dan kemudiannya aku dapat beli cdr “Slaughter of The Souls pada tahun tersebut dan bila aku dah kerja baru lah aku beli cd original.   Memang beza jika dibandingkan kedua-dua album yang mana album debut lebih kearah old style death metal manakala album “slaughter of the souls” lebih kearah melodic death metal.


Album ni adalah merupakan album ke 4 mereka dan merupakan album kedua mereka yang bergenre  melodic death metal. Album sebelumya  iaitu “terminal spirit disease” iaitu album ketiga mereka dan merupakan pertama kalinya bergenre melodic death metal. Album ini diterbitkan oleh label metal yang popular dari UK iaitu earache record sekitar tahun 1995. Selepas kemunculan album ni, At The Gates dibubarkan dan mereka membuat kemunculan semula/reunion pada tahun 2012.


Lagu favourite dalam album ni sudah semestinya “blinded by fear”, “slaughter of the souls”, “cold” dan “nausea”. Andy La Roque, gitaris band King Diamond turut menyumbang solo dalam lagu “cold”. Album ini sudah semestinya dirakam di studio lagenda  iaitu Friedman Studio dibawah jurutera terkemuka Fredrik Nordstorm yang majortinya merakamkan album-album melodic death metal band In Flames, Dark Tranquillity, Arch Enemy dan Ceremonial Oath.


Pertengahan tahun 90’an adalah era emas bagi melodic death metal. Kemunculan album seperti The Jester Race(In Flames), the gallery (Dark tranquillity) dan semestinya album slaughter of the souls adalah penyumbang terbesar yang mempopularkan irama melodic death metal ataupun dipanggil Swedish Gothenburg death metal. Kalau bandar Stockholm terkenal dengan Swedish old death metal, Bandar Gothenburg pula terkenal dengan band-band death metal yang memainkan irama death metal yang bermelodi.


Sebut sahaja band At The Gates, pastinya memberikan pengaruh besar kepada kemunculan New Wave Of American Heavy Metal. Band-band seperti Unearth, As I Lay Dying, Darkest Hour, dan Shadow Fall, semuanya akan menyebut AT The Gates sebagai pengaruh besar mereka. Kalau didengar pun riff-riff gitar dan susunan lagu mereka memang mirip lagu-lagu At The Gates.


Album yang aku beli ini adalah cd versi cetakan semula tahun 2002 yang mana disertakan 6 extra bonus. Memang dahsyat juga lagu bonus track yang terdapat dalam cd reiisue ni antaranya “legion”(slaughterlord cover), “bister verklighet”(no security cover) dan semestinya lagu cover kegemaran “captor of sin” dari Slayer. Memang lain dari yang lain lagu captor of sin bila dimainkan versi At The Gates. Sangat berat dan kejam.



2 ulasan: