Isnin, 15 Januari 2018

SIL KHANNAZ - Conception Of Madness



Sil Khannaz merupakan band death metal malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh peminat muzik ekstrim metal tempatan. Aku dulu pun mula dengar muzik death metal adalah melalui band Sil Khannaz. Tidak dapat dinafikan bahawa begitu besar pengaruh mereka kepada peminat muzik ekstrim metal tempatan dari era awal 90'an hingga ke hari ini. Era awal 90'an merupakan era emas bagi pergerakan scene death metal tempatan dimana munculnya album-album klasik death metal seperti Suffercation "day of darkness", Brain Dead "from the ecstacy", Silent Death "before the sunrise" dan juga Sil Khannaz "conception of madness".


Album ini dihasilkan pada sekitar tahun 1993 di bawah label lagenda Valentine Sound Productions (VSP). Aku hanya dengar album ni pun sekitar awal tahun 2001, melalui kaset cetakan semula keluaran label mereka iaitu Nebiula Production. Apa yang pasti album ni adalah album Sil Khannaz yang paling berat, primitif dan kasar jika dibandingkan dengan album-album yang lain. Memang pure death metal. Aku cuba juga mencari pengaruh muzik mereka yang hampir ataupun mirip band-band lagenda death metal dari barat yang terkenal tapi malangnya gagal kerana riff-riff gitar dan susunan lagu yang mereka cipta memang jauh berbeza dari mana-mana band death metal yang muncul pada masa tersebut. Memang album ni mempunyai sound death metalnya yang tersendiri. Sebab itulah scene death metal negara kita pada masa tersebut memang amat dikagumi oleh peminat-peminat dari negara luar kerana mempunyai sound death metal yang asli dan tersendiri. Kalau nak bukti lagi dengarkan album Brain Dead, Silent Death dan Suffercation.


Album ni mengandungi 8 buah lagi dan 1 intro petikan gitar akustik yang sememangnya best. Lagu-lagu  seperti "sinner burning without humanity" (lagu kegemaran aku), "frantical scream", "debauch absorption" dan "conception of madness" sememang sentiasa menjadi playlist Sil Khannaz setiap bermain live. Setakat ini, album ni telah pun dicetak dalam pelbagai versi iaitu versi kaset dan cd 1993 oleh label asal VSP, versi kaset dan cd tahun 1999 oleh label Nebiula Production, versi piring hitam oleh label Gempita Record, versi digipak oleh label Nebiula Production dan juga versi cd oleh label NSR. Teringat dulu masa mula-mula versi piring hitam dikeluarkan pada tahun 2011, harga album tersebut dijual hanya rm65. Tapi masa tu tak terpikir nak beli. Sekarang jangan cakap lah, harga dah cecah rm200 ke atas...hahahaha



Versi digipak ini juga turut disertakan lagu-lagu bonus demo kedua mereka iaitu "assasin led by the blasphemy".Sehingga hari ini, album ini telah pun terjual melebihi angka 25,000 cetakan. Dahsyat kan jualan album ni. Kalau  zaman sekarang, nak jual 300 keping pun memang payah. Rasanya digipak dan cd keluaran NSR pun masih boleh dibeli di kedai-kedai muzik sekitar Campbell KL. Masih belum soldout lagi.


Rujukan dalam blog ni:
1) Sil Khannaz - thunder roar
2) Sil Khannaz - berdiri antara panji-panji