Khamis, 1 Oktober 2015

SLAYER - Repentless

Pada mula aku merancang untuk membeli album Iron Maiden" the book of souls" yang baru seminggu menjejak pasaran malaysia. Aku pergi ke Kompleks Campbell dengan harapan dapatlah membeli album tersebut. Tapi lain pula jadinya..Album tersebut soldout di kedai-kedai seluruh malaysia dalam masa seminggu dipasarkan..hahaahaha Iron Maiden beb..lagipun dengar cerita album tu dah tiada cetakan versi Malaysia.Yang ada hanya import terus dari label sebanyak 100 keping sahaja dan dibahagi-bahagikan ke pengedar seluruh malaysia..patutlah soldout..hahahaa. Dan untuk mengubat sedikit kekecewaan, terpaksalah aku beli Album terbaru Slayer" Repentless"...cd ni pun rasanya stok terakhir di kedai tersebut...hahahaha
Album Slayer yang pertama aku beli adalah kaset album G.H.U.A pada tahun 2001, tahun dimana aku mula terjebak dengan muzik metal. Album tu memang tak pernah melekat dikepala(riff gitarnya banyak part NU Metal). Selepas tu barulah aku beli album-album awal Slayer dari album "Show No Mercy" sehingga album "Season in the Abyss". Stop sampai tu je album yang aku kumpul...Aku pun tak tau kenapa..mungkin juga sebab terpengaruh dengan bahan bacaan yang berkait dengan review-review album Slayer..hahahaha. Dan yang paling penting album "reign in blood" adalah album kegemaran aku sehingga hari ini.

Hari pertama aku pasang cd ni dalam 3 kali jugalah aku dengar sampai habis. Dengar sambil belek-belek booklet dan baca lirik...hahahaha Ada dua lagu yang betul-betul melekat di kepalaku iaitu lagu berentak slow "when the stillness comes" dan "Chasing Death"...lagu intro instrumental "delusion is savior" pun best juga. Yang pasti pembelian cd ni berbaloi untuk aku dan terus terang aku cakap aku suka album ni. Disebabkan album ni jugalah menyebabkan aku membuka balik niat untuk melengkapkan koleksi album slayer...hahahaa Jadi kalau dah ada duit lebih memang aku nak beli album "world painted blood", "christ illussion", "diabolus in musica", "divine intervention" dan album "G.H.U.A"(album ni ada format kaset je)...hahahaha
Untuk album ni aku rasanya aku tiada masalah untuk menghadamnya. Riff-riff gitar masi lagi ada trademark Slayer dan yang paling penting masih lagi Thrash Metal...hahahaha Kalau baca review-review fanatik slayer memang teruk jugalah album ni dikritik. Mungkin sebab mereka masih mengharapkan Slayer menghasilkan album yang boleh mengatasi kehebatan album "reign in blood" yang aku rasa Slayer pun tak mampu boleh buat lagi...hahahaha Ada juga peminat yang menjauhkan diri dari beli album ni disebabkan ketiadaan Jeff Hanemann dan David Lombardo...dan macam-macam lagi lah. Kalau baca laporan media, album ni berjaya terjual sebanyak 50,000 keping di US pada minggu pertama dipasarkan. Sekarang rasanya tak tau la berapa jumlahnya.


8 ulasan:

  1. Slayer masih ramai peminat Silent Majority. Tapi memang sebulan dua ni banyak band besar dan dah tempah nama keluar album baru. So nak beli original mungkin terhad kepada satu atau dua maximum. Tambah lagi serentak dengan Iron Maiden, dan aku terus fokus kat kumpul beberapa majalah pasal mungkin ni kali terakhir boleh rasa kegembiraan Maiden keluar album baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm aku terangkan dkt atas...maiden yg target utama dulu sbb faktor bajet..last2 aku dpt slayer..hehehee ttg peminat silent majority tu betul bro.

      Padam
  2. faktor ketiadaan Jeff Hanemann dan David Lombardo memainkan peranan penting. tapi album ni slayer tetap slayer?!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendapatan peribadi aku tetap slayer walaupun tanpa hanemann dan lombardo...sbb masi ada araya dgn king..klu dua2 tu da xde rasanya mmg bukan slayer lagi la... riff gitar masi lagi ada part2 slayer lama walaupun dicapurkan dgn riff2 moden...part drum aku terus terang mmg stakat ni lombardo yg plg sedap ditelingaku..pengalaman aku just hadam album show hingga season..klu millienium hnya GHUA dan latest repentless..

      Padam
  3. Slayer sejak jeff takda rasa mcm kureng la..lagi pun lagu2 klasik slayer semuanya hasil tangan jeff.album ni aku lum beli lagi.mmg haritu nak collect maiden dulu..ko try call victoria music amcorp bro.biasa aku call sana je ada stok lagi ke tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg betul pendapat ko bro..lagu2 klasik slayer semua ciptaan hanemenn...klu aku plak minat king sbb cara dia goreng solo yg berterabur tu..itu je...dan yg psti mmg susah nk cari drummer mcm lombardo..xtaula mgkin sbb aku mmg minat sgt dgn david lombardo punya pukulan... ok thanks info victoria music..nnt aku try call..

      Padam
  4. lama dah tak follow Slayer...cadang nak try juga yang ini...tapi sejak2 berlambak dah album2 rock melayu keuar balik dalam bentuk cd...bajet aku pun lari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhahaha...sama la kita bro..nasib baik album rock2 melayu ada beberapa album je yg aku nk beli...klu x mmg lari bajet

      Padam