Jumaat, 20 Januari 2017

DISMEMBER - The God That Never Was


Album ni muncul sekitar tahun 2006, iaitu semasa aku masih lagi merasa kesedapan album "where iron crosses grow". Kiranya album ni muncul ketika album WICG masih lagi kekal dalam playlist aku. Secara kebetulan masa aku pergi ke bandar KK aku pergi ke kedai yang selalu jual barangan metal. Masa tu bila selak-selak cdr yang dijual, aku terjumpa la album. Tanpa pikir panjang aku terus beli album ni walaupun dalam format cetak rompak cdr. Masa tu aku belum lagi pandai membeli barangan metal melalui pos dan juga online. Aku hanya beli apa yang dijual dikedai sahaja. Hanya sekitar tahun 2009 iaitu bila dapat kerja tetap baru lah aku upgrade dan beli cd album yang original.


Dengan tajuk album "the god that never was", pada pendapat aku album ini merupakan album dismember yang paling ganas dan juga paling kufur. Artwork cover album masih lagi menggunakan hasil lakaran Dan Seagrave yang mana sebelum ni menghasilkan lakaran artwork album terdahulu mereka. Bagi aku cover album ni adalah cover album dismember yang aku paling suka. Dalam album ni juga pemain bass asal mereka iaitu Richard Cabeza tidak lagi bersama mereka dan dalam masa yang sama mereka mengrekrut seorang lagi pemain gitar yang baru iaitu Martin Persson.


Tracklist dalam Album ni:

1) The God That Never Was
Track permulaan dalam album ni yang tajuk lagunya sama dengan tajuk album. Diawal permulaan lagu sudah dapat dirasa trademark riff gitar dismember sehingga lah ke penamatnya. Aura old school death metal dengan ramuan kelajuan thrash metal cukup membuatkan lagu ni menjadi antara lagu kegemaran aku. Berdurasi tidak sampai 3 minit dan semestinya membunuh.

2) Shadow Of The Mutilated
Lagu yang lebih kurang sama aura, sama tempo kelajuan dan kebuasannya dengan track 1 cuma durasinya panjang sedikit iaitu 3.26 minit. Dismember terus-menerus menyerang dengan riff-riff gitar trademark old death metal ciptaan mereka.

3) Time Heal Nothing
Tempo kelajuan agak kurang sedikit berbanding dengan dua track sebelumnya. Dengan trademark riff-riff old death metal dan ditambah sedikit ramuan melodi, bolehlah dikategorikan sebagai lagu separa berat dan separa melodi.

4) Autopsy
Seperti biasa  setiap kali dismember cipta lagu, mesti ada satu lagu yang betul-betul kuat pengaruh band Autopsy. Dari segi susunan lagu dan tempo memang lagu ni cukup kuat perasa Autopsy..hahahaa Lirik lagu memang gore habis. Setiap kali aku dengar lagu ni memang aku membayangkan movie texas chainsaw massacre. Ending lagu ada diselitkan bunyi chainsaw.

5) Never Forget, Never Forgive
Track lagu paling pendek dan berdurasi 1minit 44 saat. Tempo lagu yang pantas ala-ala thrash metal dan diadun dengan riff-riff gitar death metal dengan tone bunyi gitar yang berat. Sama auranya dengan lagu track 1 dan 2.

6) Trails Of The Dead
Intro lagu bermula dengan bunyi mesingan dan letupan bom, memang sesuai dengan lirik lagu yang berkisar tentang peperangan. Riff-riff gitar dan tempo lagu sangat kuat pengaruh death metal ala Autopsy. Satu-satunya lagu yang mempunyai klip video di era millenium dan yang terakhir sebelum Dismember dibubarkan.

7) Phantoms (Of The Oath)
Satu-satunya track instrumental dalam album ni. Gabungan trademark old school death metal ciptaan Dismember dan diadunkan dengan melodi ala-ala British Heavy Metal dan juga Gothenburg Melodic Death Metal. Gelaran Iron Maiden Death Metal memang sesuai untuk Dismember.

8) Into The Temple of Humiliation
Intro lagu bermula dari slow doom tempo dan bertukar sedikit laju ala-ala pukulan death metal Autopsy dan bertambah laju lagi dengan trademark riffing old death metal Dismember.

9) Blood For Paradise
Stail Old School Death Metal Autopsy...yearggghh..Autopsy....Autopsy dan Autopsy....

10) Feel The Darkness
Lagu mirip-mirip track klasik casket garden dan let the napalm rain yang penuh dengan trademark death n roll!!!

11) Where No Ghost Is Holy
Lagu ni mirip lagu-lagu Dismember era album death metal dan hate campaign. Dengan riff death metal yang kejam dan dicampur aduk dengan riff melodi ala-ala British heavy metal memang sesuai sebagai lagu penutup untuk album ni.




Apa yang pasti album ni merupakan album kegemaran aku untuk era millenium selepas album "where iron crosses grow". Semestinya trademark swedish death metal dikekalkan dengan gabungan pengaruh kuat lagenda band kegemaran mereka iaitu Autopsy. Kalau album sebelumnya muncul sebagai pembuka jalan kembalinya Dismember dengan trademark klasik riff-riff gitar swedish death metal era 90'an, album ni pula sebagai bukti yang mereka sentiasa mengekalkan trademark tersebut dan sememangnya status raja swedish death metal dunia adalah milik mereka pada era millenium.



Rabu, 21 Disember 2016

KATHGOR - Descendants From the Depth


Sekitar tahun 2009/2010 aku pernah baca review pasal demo ni melalui fanzine metal tempatan tetapi review yang ditulis memang kurang jelas. Sehingga lah aku terbaca blog webzine metal dari France,  interview  tentang band Kathgor. Masa tu kalau tidak silap aku Kathgor baru sahaja merilis demo kedua mereka melalui label dari Italy iaitu Terror From Hell Records. Demo descendants from the depth merupakan debut demo mereka yang telah dikeluarkan pada sekitar tahun 2009. Terdapat dua versi cetakan demo ni yang mana cetakan asal kulit kaset berwarna putih dengan cover artwork yang berbeza dengan cover cetakan kedua dan dicetak terhad sebanyak 200 salinan(rasanya sudah sold out), manakala cetak yang saya miliki ini adalah cetakan kedua yang dikeluarkan oleh label tempatan iaitu Basement Records. Kaset ni aku beli semasa menghadiri satu gig dekat Solaris KL, dengan harga rm7.( Sangat murah kan).


Kathor merupakan band death metal tempatan yang berasal dari kajang kalau tidak silap aku. Apa yang menarik tentang band ni adalah vokalisnya adalah seorang wanita yang memang cukup growlnya(memang jarang nak jumpa kaum wanita ni minat muzik ekstrim).Ramuan old school death metal ciptaan mereka memang kena dikepalaku. Ada pengaruh Morbid Angel era Altar of Madness, riff-riff gitar thrash/death ala Sepultura era album Morbid Vision dan juga pengaruh-pengaruh barbarik seperi Sadistic Intent dan Necrovore. Pendapat peribadi aku amat jarang band-band dari malaysia yang membawakan aura-aura old school death metal era awal 90'an terutamanya band baru era millenium dan sudah semestinya Kathgor adalah penyambung warisan death metal tempatan yang dahulunya terkenal dengan band-band lagenda seperti Sil Khannaz, BrainDead, Senseless, Silent Death dan Suffercation.




Rabu, 14 Disember 2016

MIND SNARE - Hegemony


Aku kenal band Mind Snare melalui kaset kompilasi panggilan pulau puaka 4 yang aku pinjam dari abang sepupu aku iaitu sekitar tahun 2001. Mind Snare adalah band yang berasal dari Italy, ditubuhkan sekitar penghujung tahun 89 dan membawakan muzik old school brutal death metal. Kira band ni merupakan antara band death metal terawal scene metal Italy. Niat nak beli cd/kaset band ni memang ada sejak dulu lagi cuma ntah mengapa sentiasa terskip dan hanya sekitar tahun 2014 baru lah aku beli CD/EP ni. EP hegemony ni merupakan rilisan yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1999 dengan bajet Mind Snare sendiri dan hanya dirilis semula oleh label tempatan iaitu Psychic Scream Entertainment (PSE) dalam format kaset dan CD pada hujung tahun 1999 beserta dengan bonus 2 track live. Selain rilisan ini, PSE ada juga meriliskan debut album mereka iaitu "hateful attitute" yang dikeluarkan sekitar tahun 2000. Semestinya jika anda peminat death metal underground, rasanya EP ni memang tiada masalah untuk dihadam memandangkan riff-riff gitar ciptaan mereka memang totally death metal ditambah dengan pukulan blast beat drum,bass dan solo gitar yang berbelit-belit.



Jumaat, 2 Disember 2016

KREATOR - Past Life Trauma 1985-2000


Sejarah aku bermula dengan wabak Kreator adalah melalui kaset kompilasi ini iaitu sekitar tahun 2005 dekat UiTM, Sabah. Masa tu ada seorang rakan aku yang juga merupakan peminat muzik ekstrim metal membeli kaset ni. Aku mula kenal Kreator seawal 2001 melalui bahan-bahan bacaan majalah. Hanya bila rakan aku membeli kaset ni barulah aku dapat dengar muzik mereka dan secara tidak langsung menarik minat aku. Macam biasa lah aku, pinjam-pinjam barang orang punya dan lepas tu hati tak puas memang aku akan beli sendiri...hahahaha


Selepas aku dengar kaset ni, barulah aku beli kaset album "endless pain" dan "pleasure to kill" yang mana dua-duanya keluaran label lagenda  tempatan iaitu Valentine Sound Production (VSP). Masa tu memang masih mudah untuk dapatkan kaset keluaran VSP. Macam aku cakap lah yang aku tetap beli kaset ni walaupun rakan aku sentiasa bagi pinjam. Ye lah lagi syok kalau beli sendiri..hahahaha Aku ingat lagi masa study dekat kontena aircond(bilik sementara untuk kuliah dan study untuk malam kerana waktu bangunan sekitar kampus kena renovate), waktu malam aku akan lepak dengan rakan aku untuk study di bilik tersebut sambil layan kaset ni(guna walkman). Apa nota yang aku belajar memang tak masuk dikepala kerana masa tu  yang aku hafal hanya lagu betrayer, pleasure to kill dan tormentor...hahahaha


Apa yang menariknya tentang kaset kompilasi ini adalah lagu-lagu yang dikumpulkan boleh dikatakan majoriti lagu-lagu killer Kreator antaranya, betrayer, pleasure to kill, endless pain, extreme aggression, under the guillotine, flag of hate, terrible certainty, terrorzone dan tormentor. Terdapat juga lagu renewal dan winter martyrium (album renewal) yang diselitkan dalam album kompilasi ini yang mana kita sedia maklum bahawa majoriti peminat tegar Kreator kurang menggemarinya. Tapi bagi aku bila dengar kedua-dua lagu ni memang tiada masalah pun menghadamnya walaupun lagu-lagu tersebut amat berbeza dengan trademark asal lagu-lagu ciptaan Kreator(mungkin selera yang berbeza-beza).


Kaset ni dikeluarkan oleh label Pony Canyon Malaysia untuk pasaran tempatan dan sudah pastinya kualiti kaset dan juga booklet yang dihasilkan adalah yang terbaik.Satu lagi aku suka tentang rilisan kaset ni adalah kulit kaset yang panjang dan padat dengan lirik, sedikit gambar dan  info-info  berguna untuk peminat baru dan semestinya peminat tegar Kreator. Mille Pettroza (vokalis/gitaris) yang merupakan frontman Kreator turut membuat sedikit catitan dan nota pada setiap lagu yang terdapat dalam album kompilasi ini. Kira info dan pengetahuan yang berguna juga lah pada masa tu untuk aku. Turut juga disertakan nama-nama line up yang pernah menganggotai Kreator dari tahun 1985 hingga tahun 2000.



Isnin, 21 November 2016

ABATTORY - Anthems Of Death




Aku beli cd ni dari seorang rakan yang baru sahaja bercuti balik kampung, dia kerja dekat KL. Sememangnya dia seorang metalhead dan lebih senior dari aku. Masa tu sekitar tahun 2006, dia ada bawak satu beg barangan metal untuk dijual kepada metalhead sekitar Tawau yang aku rasakan pada masa tu tak sampai pun dalam 20 orang...hahahhaha Cd ni aku beli dengan harga rm15. Pada masa tu memang info aku pasal band ni zero. Nasib baik rakan aku bagitau bahawa band ni main death metal. Sebut pasal death metal memang aku terus beli je.


Abattory merupakan band death metal yang berasal dari negara jiran Singapura dan rasanya kalau tidak silap aku band ini ditubuhkan sekitar pertengahan era 90'an. Drummer mereka iaitu Dajjal merupakan bekas anggota Impiety era album SkullFucking Armageddon. Athems of death merupakan mini album yang mengandungi 4 lagu termasuk 1 lagu instrumental. Semua lagu dalam cd ni memang cukup memberikan kepuasaan terutama bagi penggemar muzik death metal. Dengan riff-riff gitar yang buas, pukulan drum gabungan death metal dan thrash metal dan ditambah dengan sedikit blast beat attack, juga dengan solo gitar yang berserabut menyebabkan tiap-tiap lagu menjadi menarik dan tidak membosankan. Mini album ini diterbitkan oleh label tempatan iaitu Permata Patah Records yang sampai sekarang aku tidak dapat info yang lengkap tentang label ni. Sehingga hari ini aku masih lagi tidak tau sama ada band ini masih lagi wujud ataupun sudah berkubur memandangkan hanya rilisan ini sahaja yang aku jumpa setakat ini.



Isnin, 14 November 2016

SIL KHANNAZ - Berdiri Antara Panji-Panji


Ketika album ini diriliskan pada sekitar tahun 2006, keterujaan aku untuk membeli album ini tidak lah seperti aku mula-mula kenal band Sil Khannaz iaitu pada awal tahun 2001(tahun aku kenal muzik death metal), ini menjadi faktor penyebab aku terskip untuk beli album ni. Lagi satu sebab mungkin disebabkan cover kulit album yang aku sendiri kurang berminat melihatnya(pendapat peribadi aku)...hahahaha Sehingga lah tahun 2014, baru lah aku beli album ni untuk dijadikan koleksi peribadi.


Untuk album ini, gitaris asal mereka semasa dalam album debut Conception Of Madness, iaitu Joe Slaughter telah kembali berkhidmat dan bergandingan dengan Dark-E. Posisi drum pula diambil alih Ajeez(Langsuyr) yang kekal berkhimat sehingga hari ini. Bagi aku album ini memang mirip album Gerbang Kayangan dari segi susunan lagu death thrash yang digabungkan dengan susunan melodi nusantara begitu juga dengan keluruhan lirik lagu yang berbahasa melayu. Cuma bezanya adalah album gerbang kayangan boleh lah diiktiraf sebagai album klasik metal tempatan kerana dalam album tersebut terdapat lagu-lagu killer seperti santapan terakhir raja bersiong, gerbang kayangan dan merong mahawangsa yang menjadi kegemaran peminat muzik metal tempatan.


Dari segi penghasilan lagu dan hasil rakaman, Sil Khannaz masih lagi mengekalkan status mereka sebagai band ekstrim metal tempatan yang sentiasa menghasilkan rilisan yang berkualiti seperti rilisan-rilisan yang sebelumnya. Elemen kemelayuan yang terdapat pada setiap lagu-lagu death metal ciptaan mereka menyebabkan setiap karya yang mereka hasilkan sentiasa mendapat perhatian dan mudah dihadam oleh pendengar-pendengar biasa selain peminat metal tempatan. Kalau sebut Sil Khannaz, rakan-rakan aku yang bukan seorang metalhead pun kenal band ni. Pernah dulu tokey kedai muzik dekat campbell pernah cakap dekat aku yang Sil Khannaz kalau rilis apa-apapun tetap bole jual di kedainya...hahahaha


Album ini diedarkan oleh Label Interglobal Music(IGM) yang mana dulunya dikenali sebagai Pony Canyon. Label ni pun dulu pernah rilis album-album metal tempatan begitu juga dengan rilisan kompilasi ekstrim metal band-band bawah tanah. Aku pun tak tau mengapa album ini tidak diriliskan oleh label mereka iaitu Nebiula Production. Rasanya deal dengan IGM juga melibatkan cetakan semula album-album terdahulu seperti album Bara Pawaka, Gerbang Kayangan dan mini album Pendita Gila. Semua format tersebut diklasifikasikan sebagai Deluxe Edition.


Mungkin peminat lama Sil Khannaz era album Conception of Madness agak sukar untuk menghadam album ni memandangkan lagu-lagu dalam album ni kurang ganas dan buas berbanding dengan era awal kemunculan mereka. Bagi peminat diehard dan juga pengumpul-pengumpul karya muzik ekstrim metal tempatan, rilisan ni pastinya menjadi kewajipan untuk dijadikan koleksi peribadi. Rasanya album masih lagi boleh didapati di kedai-kedai muzik area campbell. Jangan tunggu ianya pupus kerana harganya pasti mencanak naik sehingga mencekik leher memandangkan album ni sudah pun berusia 10 tahun. Dengan kualiti rakaman yang dijamin terbaik dan booklet cd yang sedikit tebal, memang tak rugi pun kalau beli untuk dijadikan koleksi...hahahaha


SIL KHANNAZ dalam blog ni:
Sil-Khannaz - thunder roar

Jumaat, 4 November 2016

MORBID ANGEL - Blessed Are The Sick


Tahun 2001 adalah tahun permulaan aku terjebak dalam dunia death metal, kira aku ni adalah generasi millenium bagi penggemar muzik death metal. Antara band yang terawal aku kenal adalah band Morbid Angel. Masa tu kawan bagi pinjam kaset Live Entangled In Chaos. Memang aku tidak dapat dengar dengan jelas memandangkan kualiti kaset yang uzur dan sound tidak jelas. Memang potong stim dan tiada feel masa tu...hahahaha. Hanya selepas tahun 2003 baru lah aku dapat dengar muzik mereka melalui album covenant yang abang sepupu aku bagi pinjam memandangkan dia pun peminat tegar Morbid Angel.


Album blessed are the sick aku dengar pada sekitar tahun 2004, iaitu rakan karib aku dekat UiTM baru sahaja beli kaset keluaran vsp. Buat pertama kalinya bila dia pasang kaset ni dalam dorm uitm memang aku terpegun dengan intro solo tremolo gitar yang berbelit dan juga lagu fall from grace. Apa lagi, dua minggu kemudian aku pegi ke bandar KK dan terus beli kaset album ni dan sepanjang tahun 2004 tu memang album ni paling banyak aku putarkan masa dekat dorm uitm(dengar dalam walkman) dan sehingga hari ini aku rasa album ni adalah album death metal yang paling kerap aku mainkan.


Sebelum aku dengar album ni, sekitar awal tahun 2004 ada seorang lagi rakan aku memperkenalkan aku dengan petikan lagu akustik desolated way ciptaan bekas gitaris mereka iaitu Richard Brunelle yang terdapat dalam album ni dan merupakan satu-satunya lagu instrumental yang paling ringan. Masa tu aku memang tak tau pun lagu Morbid Angel. Dia dengan bangganya memetik gitar lagu tersebut...hahahaha Bila aku dapatkan album ni baru aku ingat yang dia mainkan lagu tu adalah lagu desolated way...hahahaha


Dari segi trademark Morbid Angel dalam album ni memang amat ketara pada riff2 death metal yang teknikal, permainan gitar solo yang berbelit ciptaan Trey Azagtoth dan juga pukulan drum blastbeat Pete Sandoval. Bila dengar setiap lagu memang akan dapat dikenalpasti trademark death metal ciptaan Morbid Angel. Begitu juga vokal David Vincent yang lebih growl berbanding album sebelumnya iaitu Altar of Madness. Dan yang paling penting album ini dirakamkan di Morrisound Studio, studio lagenda dimana tempat band-band terawal death metal florida merakam album-album klasik mereka. Album blessed are the sick merupakan album terpenting dan paling berpengaruh dalam sejarah awal era permulaan death metal iaitu sekitar awal 90'an yang sememangnya menjadi playlist sepanjang zaman bagi peminat death metal seluruh dunia. Lagu-lagu kegemaran dalam album ni antaranya "fall from grace","brainstorm", "day of suffering", "thy kingdom come" dan "abomination". Album death metal berstatus lagenda!!