Aku kenal band ni melalui kaset Panggilan Pulau Puaka 4
volume 2 yang aku beli pada sekitar
tahun 2001 melalui lagu “no reason” yang diambil dari album “graceful…yet
forbidding”. Album tersebut pernah dikeluarkan dalam format kaset oleh label
tempatan Psychic Scream Entertainment pada tahun 1999. Jadi tak hairan lah
kalau band ni memang dah dikenali oleh metalhead tempatan.
Kaset ni aku beli masa dekat Kota Kinabalu sekitar tahun
2004, ada satu kedai kaset dekat kompleks KK Plaza, namanya Goblinz. Kedai tu
memang 80% jual barangan metal. Banyak jugalah kaset-kaset metal aku peroleh
dari sana. Bila kedai tu jual kaset ni memang tanpa berlengah aku terus sambar.
Kaset keluaran label Thailand ni iaitu IndyPops. Dulu masa dekat asrama tahun 2004, kalau
tiada kelas petang memang masuk bilik baring sambil layan kaset ni guna
walkman. Kerap juga kaset ni jadi playlist pada masa tu.
Callenish Circle adalah band yang berasal dari Negara
Belanda ataupun Netherland dan memainkan muzik melodic death metal. Biasanya
band-band melodic death metal yang terkenal berasal dari Negara Scandinavia
terutamanya dari Sweden dan Finland. Album ni diterbitkan sekitar tahun 2003
melalui label Metal Blade Records. Yang pasti bermula tahun 2002 dan seterusnya
band-band melodic death metal yang terkenal banyak menghasilkan album-album
yang kurang mengikut selera aku. Contoh In Flames yang berubah arah kepada
modern metal, begitu juga dengan Soilwork dan juga band Dark Tranquillity
dengan album yang kurang memuaskan telinga aku. Manakala At The Gates pada
waktu tersebut telah dibubarkan.
Album "My Passion // You Pain" ni memang jawapan kepada
kekurangan album melodic death metal yang berkualiti pada era tersebut yang mana majoriti band-band besar meriliskan album yang ersimpang jauh dari akar asal melodic death metal dengan bereksperimentasi dengan genre muzik moden metal. Terus terang aku cakap yang lagu pembukaan dalam album ni iaitu “soul messiah” memang betul-betul memberikan kepuasaan untuk aku
mendengarnya begitu juga dengan track “dwelling disdain”, “forsaken” dan lagu-lagu seterusnya. Riff-riff melodic ala album At The Gates“slaughter of the souls”
sangat kuat mempengaruhi album ni dan adalakalanya melodinya mirip-mirip album In Flames“colony”. Terdapat satu bonus, iaitu lagu cover “out of body” iaitu lagu asal band Pestilence, band death metal lama dari negara mereka.
Aku suka baca blog Ijau, molotov koktail, uvianhell especially bila korang cerita pasal Sabah Sarawak, anything la,makan ke, suasana ke, dan macam ko cerita beli kaset kat mana...kedai mana, kompleks mana... dah macam program National Geographic pasal aku tak pernah sampai sana, so seronok baca.
BalasPadamBila ko sebut Pestilence tu band lama...terasa tua betul aku...haha...
BalasPadambest kompilasi ppp tu. aku dulu pun banyak tau pasal band dari kompilasi ppp ni. tapi ada juga band yg aku minat belum dpt rilisannya..
BalasPadam