Isnin, 21 September 2015

MERCILESS - The Awakening

Merciless adalah antara salah satu band kegemaran aku, berasal dari Sweden dan ditubuhkan sekitar tahun 1987. Namun aku hanya mengenalinya band tersebut hanya pada era millennium dan aku betul-betul nak ambil tau pasal band ni iaitu sekitar tahun 2009 melalui internet. Masa tu aku pertama kali melanggan broadband celcom, maklumlah dah ada kerja tetap dan senanglah nak bayar bil internet...hahaha Bila dah ada internet tu memang aku gunakan kemudahan tu mencari info band-band metal. Dan hasilnya dapatlah aku kenal muzik Merciless melalui youtube. Bila dapat tengok video klip "pure hate" memang aku terus berhajat nak dapatkan album band ni. Nasib baik ada rakan yang sudi jual cd ni dekat aku. Masa tu kalau tak silap aku, aku minta tolong carikan album "the awakening" versi 1st press tapi dia cakap harga memang mahal dan cecah rm500(terkejut aku dengar...hahaha) dan akhirnya terpaksa la aku beli 2nd press yang harganya jauh lebih murah memandangkan ketidaksanggupan aku nak beli barang mahal-mahal...hahahaaha
Album ni diterbitkan pada tahun 1990 melalui label lagenda Deathlike Silence Productions-DSP(label milik Euronymous,gitaris Mayhem) dan tak heranlah harga cd 1st press boleh cecah sampai ratusan ringgit. Dan aku punya cd pula versi 2nd press keluaran Osmose Productions(cover warna oren) tahun 1999 dan versi keluaran label Rawforce Productions(warna cover memang mirip 1st press) tahun 2013. Aku terbeli versi Rawforce pun disebabkan warna cover cdnya mirip 1st press. Itu je yang mampu aku beli.Yang penting beli yang original...hahaahaha.
Muzik Merciless memang berbeza sekali dengan band-band dari negara mereka iaitu Sweden. Yelah sebut je Swedish death metal memang orang akan ingat Entombed, Dismember dan Grave. Merciless punya muzik memang lebih ke arah death/thrash metal. Kadang-kadang ada juga orang sebut brutal thrash/ extreme thrash atau proto death metal. Ikut suka hati lah nak sebut apa...hahahaha.Tiada kedengaran formula pedal boss HM2 pada bunyi gitar mereka. Pengaruh Teutonic German Thrash Metal rasanya paling dekat dengan muzik Merciless. Memang tak hairan kalau aku sukakan album Kreator"Pleasure to kill" atau album Protector"golem" kerana semua ramuannya ada pada album "the awakening".
Album ni rasanya antara album terhebat yang terlepas pandang ataupun memang tak laku pada zaman tersebut. Mungkin juga atas faktor label yang menyebabkan album ni tak dipromosikan secara meluas. Tengok label pun dah tau banyak cerita-cerita panas tentang  pemilik label ni sepanjang kewujudannya...hahaha Mungkin kalau album ni diterbitkan oleh label lain memang lain la jalan ceritanya.(andaian aku sahaja...hahaaha) Aku juga pernah terbaca interview tentang editor Slayer Magazine iaitu Metallion antara penyumbang modal untuk album ni. Dia dapat extra copy la dari Euronymous...haahaha
Cuma yang tak menariknya bila memiliki album versi cd Osmose Production adalah terdapat kesilapan ejaaan pada cetakan tetulang cover sleeve, yang dieja "MERCILENSS". Aduhh..memang potong stim dan sakit mata la kalau tiap kali tengok benda ni. Nampak sangat Osmose Production hanya mementingkan keuntungan semata-mata..macam sial betul...hahahaha. Sampai sekarang album ni sentiasa menjadi playlist kegemaranku. Kalau ada duit lebih rasanya nak juga beli versi piring hitam...hahahaahaha


Selasa, 1 September 2015

INI SEMUA DUGAAN

Dari demam panas, sakit perut, appendict dan akhirnya jadi lebih kritikal. Semua berlaku dalam sekelip mata. Satu-satunya pengalaman ngeri yang aku lalui sebagai seorang bapa kepada seorang kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Memang sakit dan pedih apabila melihat di depan mata anak aku bertarung nyawa setiap hari. Memang tak mampu nak buat apa-apa dan hanya mampu berdoa. 10 kali menjalani pembedahan (2x major, 8minor) sepanjang dua bulan berada di hospital. Memang berserabut la otakku sepanjang dua bulan. Sehingga kini, aku bersyukur kerana anak aku dah pulih walaupun tak pulih 100%(luka pembedahan masi terbuka dan tak dapat tutup sepenuhnya disebabkan kekurangan otot dan kulit.). Kena tunggu sekurang-kurangnya setengah tahun(6 bulan) untuk kulit dan otot tutup dengan sendirinya luka yang berada di perutnya. Dekat bawah ni aku share report  sepanjang anak aku berada di hospital.