Jumaat, 15 April 2016

SODOM - In The Sign Of Evil/ Obsessed By Cruelty

Band ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat muzik ekstrim metal seluruh dunia. Ini band bukan calang-calang band. Lagenda Teutonic Thrash Metal yang seangkatan dengan Kreator dan Destruction. Sejarah aku diperkenalkan muzik ekstrim metal semuanya bermula pada tahun 2001. Masa tu dekat sekolah aku ada seorang sahabat rapat dimana dia dan abangnya peminat band Metallica(tapi mereka bukanlah metalhead). Jadi aku menceritakan minat aku terhadap band metal dan sebutlah band Sodom dan dengan segera sahabat aku menjawab yang abangnya ada kaset Sodom-M16. Beliau mencadangkan agar aku tidak membeli album tersebut kerana ditelinga mereka album tersebut tidak sedap didengar. Mungkin juga muzik Sodom bukan selera mereka...hahahaha. Dan seterusnya pada sekitar tahun 2003 abang sepupu aku meminjamkan kaset Sodom album better off dead kepada aku.
Hanya sekitar tahun 2005(zaman aku belajar di UiTM KK) baru lah aku berminat sangat untuk membeli kaset Sodom  dan kaset pertama aku beli adalah album Agent Orange dan diikuti dengan album M16. Tahun tersebut rasanya banyak kaset-kaset thrash metal yang aku beli terutamanya thrash metal jerman termasuk Kreaor dan Sodom. Ya memang bertambah beban minat aku dari minat death metal dan bertambah ke thrash metal. Sebab tu lah diskografi album Sodom aku tak lengkap. Banyak sangat list nak dibeli...hahahaha Lagi pun masa tu aku masih seorang pelajar yang mengharapkan duit elaun bulanan yang mak bapa aku bagi. Memang terhad lah duit nak beli barang metal. Aku beli album ni pun sekitar tahun 2009(zaman aku dah ada kerja tetap). Aku beli CD ni sekali dengan album Persecution Mania dan album Kreator (endless pain dan pleasure to kill) yang mana kesemuanya aku ada versi kaset vsp. Kasi upgrade ke cd. Tapi sayangnya cd album in the sign of evil/obsessed by cruelty ni rosak dan aku tak minta ganti rugi pun dekat seller tersebut....hahaaha
Aku beli semula album ni sekitar tahun 2012 dan baru aku dapat dengar keseluruhan lagu dalam album ni. Cd ni mengandungi debut ep dan album sodom yang dikumpulkan dalam satu cd(cover depan ep in the sign of evil manakala tray cover belakang cover album obsessed by cruelty). Lagu-lagu dalam cd ni memang berbeza dengan Sodom yang kita kenal hari ni dimana majoriti lagu dalam cd ni kuat pengaruh band Venom. Boleh dikatakan ep/album ni adalah zaman Sodom dengan muzik proto speed black metal/ 1st wave black metal yang sealiran dengan album awal Bathory dan Celtic Frost. Sebab tu lah sampai sekarang ada band-band black metal menjadikan Sodom sebagai pengaruh utama mereka. Lagu-lagu  klasik seperti outbreak of evil, blasphemer dan deathlike silence sememangnya menjadi pilihan sepanjang zaman bagi peminat thrash metal seluruh dunia.

Jumaat, 8 April 2016

PATHOGEN - Lust Of Evil

Band Pathogen ni berasal dari negara jiran kita iaitu Filipina, ditubuhkan sekitar tahun 2001 dan memainkan irama death metal. Aku mengenali band ni melalui fanzine-fanzine metal tempatan melalui interview dan review rilisan mereka. Kaset ni pun diriliskan oleh label underground tempatan iaitu Afterlife Production terhad kepada 300 keping cetakan manakala versi cd pula diriliskan oleh label luar iaitu Old Temple Records.Apa yang menarik dalam kaset ni adalah terdapat lagu cover "rites of the tyrants" dari lagenda death metal tanah air iaitu band Brain Dead. Keseluruhan lagu dalam kaset ep ni sangat kuat pengaruh old school death metal dari Autopsy , Possessed, old Morbid Angel dan semestinya ada pengaruh thrash Slayer dan old Sepultura. Setakat ni Pathogen telah pun meriliskan 3 album penuh dan pendapat peribadi aku mengatakan setakat ini Pathogen adalah satu-satunya band death metal yang terbaik berasal dari negara Filipina dan amat jarang sekali kita mendengar kewujudan band-band metal disana. Kalau ada pun memang sangat sedikit jumlahnya berbanding dengan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Bagi peminat death metal memang tak rugi dan berbaloi kalau memiliki kaset ni.