Isnin, 12 Januari 2015

AKU DAN DISMEMBER

                                                 koleksi dismember setakat ni...

Tahun ini adalah genap 10 tahun aku mengenali Dismember. Disebabkan band ni lah yang membuatkan aku menjadi gila terhadap tema old school death metal. Kalau orang lain tanya pendapat aku apakah band death metal kegemaran, sudah semestinya aku meletakkan Dismember di carta yang paling atas(no.1). Aku pun tak tau sebab apa aku minat sangat terhadap band ni sedangkan kalau diikutkan band Morbid Angel adalah band yang paling banyak aku kumpul kasetnya dan band death metal pertama yang aku mula-mula kenal adalah band Obituary.  Sepanjang tahun 2005, aku rasa tahun ni lah yang membuatkan aku ketagih dengan band-band death metal yang memainkan muzik asas old school death metal, dan aku tak kira sama ada band tu band baru atau lama, semua maklumat akan ku cari dan kalau ada di depan mata memang aku sambar terus.Itupun nasib-nasib kalau boleh dapat kasetnya(zaman ni masih dengar kaset lagi). Kalau diikutkan memang susah nak dapatkan kaset-kaset band death metal ni disebabkan tahun millenium adalah era kepupusan kaset dan area pencarian aku di sekitar wisma kk plaza(kedai goblinz, dan helloween), area asia city(aku pun lupa nama kedai tu) dan beberapa lagi kedai kaset yang majoritinya berpusat di bandaraya Kota Kinabalu disebabkan aku menuntut di uitm, Kota Kinabalu sekitar tahun 2003 hingga 2006.(zaman aku mengumpul kaset-kaset band metal sekitar tahun 2001-2005 dengan cara beli dekat kedai dan gig)


                                                           formasi awal..

Berbalik kepada cerita Dismember, aku mula mengenali band ni semasa aku pergi ke kedai kaset(area asia city, KK) pada awal tahun 2005. Kebetulan tengah cari kaset dan terlihatlah kaset-kaset Dismember pressing vsp...tapi masa tu aku masi tidak berkenan lagi disebabkan aku ketagih band gothenburg death metal(At The Gates, In Flames, Dark Tranquillity)..hahaha. Sehinggalah aku terbaca interview band Paganizer dalam majalah brutallica, dan dalam interview tu dorang bagitau yang dorang punya muzik berubah ke arah old school death metal. Sebelum ni aku memang kenal Paganizer melalui kaset edaran psychic scream yang mana dorang masih berkonsepkan death thrash metal. Dalam interview tu kalau x silap aku adal dorang sebut band yang dorang minat seperti Massacre, Grave, Dismember, Entombed.(senanglah nak buat rujukan).Dan dalam masa yang sama nasib baik majalah yang aku beli tu ada disertakan sekali percuma kompilasi cd sampler, dan dapat juga lah aku dengar lagu Paganizer-"bleed unto me". Memang sedap lagu ni sehingga menaikkan nafsu aku untuk mencari band-band yang sealiran dan dari situ bermulanya pengumpulan material dismember. Aku bernasib baik sebab dapat menyambung pengajian di uitm,Kota Kinabalu dan secara tidak langsung senang untuk aku mendapatkan kaset-kaset metal yang dijual di sekitar bandaraya Kota Kinabalu  memandangkan area asal aku iaitu bandar Tawau memang susah nak cari kedai kaset yang jual kaset-kaset band metal. Yang ada pun hanya dua, tiga kedai sahaja dengan menjualnya dalam kuantiti yang amat terhad.


                              formasi terakhir sebelum dibubarkan pada hujung tahun 2011

Material Dismember yang pertama aku dengar adalah vcd cetak rompak live blasphemies iaitu pada awal tahun 2005. Album pertama yang aku beli adalah album "where iron crosses grow"(cdr cetak rompak..hahahaha) manakala kaset pertama adalah ep "pieces" keluaran vsp.Boleh dikatakan semua album dismember yang aku beli adalah cdr cetak rompak.Maklumlah masa tu duit poket pun orang tua yang bagi +pinjaman ptptn. Kaset memang susah nak dapat, CD ori pulak harga memang aku tak mampu dan sukar nak dapat(masa tu memang tak pandai mailorder dan beli online), jadi penyelesaiannya adalah dengan membeli cd cetak rompak yang dijual di kedai Goblinz, Kota Kinabalu. Hanya cd album"death metal" sahaja yang original release dan yang pertama kalinya aku beli dengan harga rm80.(aku rasa time tu bapa aku bagi duit lebih, jadi terus aku laburkan beli cd ori memandangkan kepuasan membeli cdr adalah sangat mengecewakan..hahaahaha).Tahun 2009 aku start beli balik senua cd dan dvd original dismember disebabkan tahun tu aku dah ada pekerjaan tetap. jadi secara tidak langsung memang memberikan kepuasan bila kita memiliki original material sebab kita dapat membelek cd booklet dan yang paling penting wajib beli official band merchandise/cd/tape/lp sebagai tanda penghargaan terhadap band yang kita minat..Dan cdr-cdr yang aku ada tu memang aku tak buang, just digunakan dalam player kereta atau jika ada orang nak pinjam album dismember, aku bagi cdr je.So cd ori xlah calar balar/rosak...selamat...hahahaaha Kumpul LP memang dalam perancangan tetapi kena tunggu duit jatuh dari langit disebabkan bajet kewangan sekarang ni yang sangat ketat...hahahaha OVERRIDE OF THE OVERTURE!!!

6 ulasan:

  1. terbaik koleksinya, samalah macam aku, mula2 beli cdr hahaha.. tapi aku belum ada dismember ni,dalam simpanan, dgr kat utube saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masi dalam proses mengumpul yang mana blum ada lg..tp biasanya yg 1st press tu harga kaw2(nasib baik nafsu x mcm dulu)..tgk la klu dpt harga mampu milik mmg sambar jak..hahaha

      Padam
  2. Dismember aku pernah beli kaset album "Like an Ever Flowing Stream" tu..masa tu tahun 91,baru form 3,simpan duit belanja sekolah dengan member kongsi beli kaset tu..nak tunjuk kat bdk kelas sebelah yang kononnya ganas sangat la baru ada kaset Entombed..hahah..lepas tu 'black album' (Metallica) keluar,semua dah kemaruk lagu 'Enter Sandman'..heheh.. tapi Dismember,Brutal Truth,Sepultura dan Morbid Angel band2 ni la yang aku kenal apa tu death,grind,extreme metal dan sebagainya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku peminat death metal era awal millenium..zaman ledakan death metal awal 90'an mmg aku x dpt rasa...dismember zaman aku mula2 dengar mmg x ramai yg follow sbb dorg dah terbiasa dgn Morbid Angel/Cannibal Corpse/Deicide..Entombed pn kira rare jgk...mungkin sbb swedish kurang blasting...hahahaa

      Padam
  3. Sejujurnya saya tak pernah dengar lagu-lagu dari band ini walaupun diatas saranan member2 (dia suruh dengar album2 dari Entombed dan Dismember). Akan cuba cari CD-CD dari band ini. Seronok baca perjalanan anda mengenali musik keras hahaha! Terbaik bro!

    BalasPadam
  4. Bilalah mereka nak keluar album baru?

    BalasPadam