Khamis, 11 Februari 2016

INSIDE - rocking (metalhocolic) demon

Band Inside aku kenal secara kebetulan iaitu sekitar tahun 2001, dimana pada waktu tu aku nak berikan hadiah percuma untuk pakcik aku yang minat Yngwie Malmsteen. Aku hadiahkan beliau vcd cetak rompak Yngwie Malmsteen live in Leningrad. Aku hadiahkan vcd tersebut disebabkan tahun tersebut aku rapat dengan beliau dan bila aku datang kerumahnya dan dia siap bagi tonton aku vcd live cetak rompak antaranya Iron Maiden live after death, Slayer live intrusion dan Metallica live Moscow. Dia tau yang aku minat muzik metal tapi malangnya dia hanya peminat gitaris, macam steve vai, malmsteen, ritchie blackmore, man keedal dan samad lefthanded. Tak sangka pula disebabkan vcd tersebut beliau hadiahkan aku demotape band Inside(darkness begin) dan Maar(eastern..mysterious..mystical..myth..). Memang gembira sangat lah jawabnya, macam kena loteri...hahahaha Cuma sayangnya disebabkan terlalu baik hati aku bagi pinjam kedua-dua demotape tersebut dekat rakan aku dan sampai sekarang tape tersebut tak pernah balik ke tangan aku...hahahahaha
Yang menariknya pada sekitar awal tahun 2006, rakan aku ada offer untuk bagi pinjam demo kedua Inside "hellish..hate..holocaust" yang dikeluarkan pada tahun 2005. Aku pinjam demo tersebut dan dia bagi terus dekat aku...(rezeki jangan ditolak)...hahahaha. Memang beza betul muzik Inside yang mana demo pertama lebih kepada melodic black metal manakala demo kedua pula lebih kepada gabungan black, thrash dan death metal. Kaset Inside "Rocking (metalhocolic) Demon" ni aku beli sekitar tahun 2010 dan kaset ni adalah kaset kompilasi dua demo Inside yang dikumpulkan dalam satu rilisan dan pertama kalinya dalam pro rilis. Sebelum ni demo-demo mereka hanya dikeluarkan dalam format d.i.y dubbing tape dan cdr. 
Band Inside sudah semestinya dikenali oleh peminat muzik ekstrim metal di Sabah kerana band ini sudah wujud sejak tahun 1999 lagi dan merupakan band generasi kedua ekstrim metal Sabah. Frontman band ni merupakan seorang yang aktif dalam scene underground sabah dan juga merupakan editor fanzine Perantaraan(dah masuk vol ke 4). Demo kedua mereka iaitu hellish..hate..holocoust rasanya terjual melebih 300 cetakan. Memang tidak menghairankan kerana lagu-lagu dalam demo tersebut sememangnya sedap dan mudah dihadam. Lagu rocking metalhocolic demon merupakan lagu yang paling popular setiap kali Inside beraksi di gig. Kira lagu crowd puller jugalah memandangkan riff-riff gitarnya yang simple dan catchy(ada bau punk/heavy metal dan black metal.) Yang pasti kaset kompilasi ni sudah pun mencapai status sold out kerana ianya dikeluarkan dalam cetakan terhad 110.


Jumaat, 5 Februari 2016

NUNSLAUGHTER - angelic dread

Nunslaughter merupakan antara band death metal terawal dari US dan ditubuhkan sekitar tahun 1987. Sudah semestinya band ni mempunyai sound dan trademarknya sendiri. Kreatifnya mereka mencipta muzik death metal dengan riff-riff gitar yang simple dan digabungkan dengan elemen punk. Band yang aktif dalam menghasilkan lebih seratus material dalam bentuk split album, ep dan live yang puratanya mencecah 10 ke 12 rilisan dalam setahun. Aku mengenali band ni melalui majalah brutallica iaitu sekitar tahun 2004. Lagu mereka yang pertama kali aku dengar adalah lagu "raid the covenant" yang rakan aku bagi melalui format mp3(aku burn masuk dalam cd). Album "angelic dread" ni merupakan album penuh keempat mereka yang dikeluarkan pada tahun 2014. Yang pasti album adalah album terakhir Nunslaughter bersama drummer dan orang kuat dalam band ni iaitu Jim Sadist yang meninggal dunia pada tahun lepas.
Album ni mengandungi 31 buah lagu dan dikeluarkan dalam format double cd, double lp dan juga kaset melalui label hellsheadbangers records. Album "angelic dread" masih mengekalkan akar muzik yang sama seperti rilisan-rilisan mereka yang terdahulu dan aku rasa memang akan kekal untuk rilisan seterusnya yang semestinya menggembirakan peminat fanatik mereka. Lagu-lagu dalam album ni majoritinya berdurasi 2 minit dan dipenuhi dengan gabungan antara riff-riff speed/thrash/black/death metal yang simple dan mudah dihadam.  Pada tahun 2012, Nunslaughter pernah mengadakan siri tour jelajah negara-negara asia tenggara termasuk negara malaysia(1 di Johor Bahru dan 1 di Kota Kinabalu) yang mana aku berpeluang melihat mereka beraksi live depan mata di Kota Kinabalu.