Isnin, 11 Mei 2015

VERMINOUS - impious sacrilege

Entri blog yang lepas aku ada review ep band ni..RUJUK SINI. Album ni diterbitkan sekitar tahun 2003 dan aku hanya dapat beli kaset album ni hanya pada tahun 2014 dan cd pula dibeli sekitar januari 2015. Aku pula mengenali Verminious hanya tahun 2005( kira 9 tahun juga aku ambil masa beli album ni dan sampai dorang keluarkan album kedua..hahaha). Salah satu band yang wujud pada era kebangkitan semula swedish death metal pada era millenium dan seangkatan dengan KAAMOS dan REPUGNANT. Bagi aku sound VERMINOUS dan band-band tersebut memang sangat berbeza dengan gergasi swedish death metal yang popular pada era 90'an. Untuk album ni rasanya formula sound mereka memang tidak banyak beza dengan EP mereka iaitu "smell the birth of death". Cuma  sound/rakaman dalam EP lebih raw berbanding album ni. Untuk versi kaset, label tempatan iaitu Narroward Production mengeluarkannya dalam kuantiti yang terhad. Memang senang lah nak order sebab label tempatan yang keluarkan. Label iklankan je pasal tape ni terus aku order dengan segera..hahahaa Dulu cd album ni memang sukar nak dapat disebabkan cetakan pertama sudah sold out. Yang aku dapat ni pun hanya cetakan semula yang ada extra lagu-lagu bonus.(1 lagu cover band Autopsy dan 2 lagu live). Aku beli cd ni dengan harga yang sangat-sangat murah iaitu rm35 ambil sendiri dari tangan pemilik salah satu distro tempatan. Jimat!!! hahaaha.


Jumaat, 8 Mei 2015

ENTRAPMENT - putrefying stench of death

Pertama kali aku dapat info pasal band ni adalah melalui myspace iaitu sekitar tahun 2010. Tengok logo band mirip band Dismember. Ada beberapa lagu yang disertakan dalam myspace mereka yang cukup menarik perhatian aku. Masa tu memang tak tergerak langsung pun nak dapatkan material band ni. Hanya tahun 2012 baru aku dapat beli demo ni melalui kenalan facebook. Dia iklankan tape ni dan aku terus beli sekali dengan 7'inch mereka yang bertajuk "crawling morbidity". Entrapment berasal dari Belanda/Holland/Netherland dan muzik death metal bawaan mereka bukanlah seperti dari band terkenal negara asal mereka iaitu Asphyx tetapi lebih kepada wabak swedish death metal ala old Entombed/Nihilist dan Dismember. Kalau dengar demo "putrefying stench of death" ni memang sound dan riff-riff gitar dalam demo ni mirip lagu-lagu dalam demo-demo Nihilist atau macam dalam album Entombed "left hand path". Memang jadi demo kegemaran aku lah jawabnya...hahahaha Sayangnya ada 3 lagu dan durasi keseluruhannya hanya kurang dari 8 minit. Memang tak puaslah jawabnya. Rasanya tape yang aku dapat ni adalah pressing kedua sebab pressing pertama kulit kaset berwarna putih. Sekarang band ni dah ada dua album pun dan aku masih belum lagi membelinya(banyak sangat waiting list...hahahaha)