Teringat dulu masa membaca majalah ROTTW kalau
tak silap keluaran Disember 2001, masa tu ada artikel berkenaan dengan band
SENTENCED sebanyak satu muka surat. So aku memang ambil bulat-bulat info yang
terdapat dalam artikel tersebut yang sedikit sebanyak membantu aku. Cuma aku
hanya dapat membeli rilisan mereka hanya pada sekitar tahun 2002 yang mana aku
pembelian kaset pertama aku adalah kaset album “crimson” yang dijual di kedai
kaset di tawau, nama kedai tu "Top 10", kedai kaset yang selalu jual stok-stok kaset metal. Yaa pada mulanya aku ingatkan album tu main muzik melodic death
metal, rupa-rupanya mereka sudah lama berubah arah ke genre gothic metal.
Kaset album “amok” ni aku peroleh pada sekitar awal tahun
2004 semasa aku masih lagi menuntut di UiTM, Kota Kinabalu. Macam biasa kedai Goblinz, dekat Kompleks KK Plaza adalah sumber aku dapatkan kaset ni. Bila aku dapat je
kaset ni memang tanpa buang masa aku terus beli. Balik asrama pasang dekat Walkman
layan keseluruhan album. Yaa, album
“amok” bergenre melodic death metal dan album ni telah diriliskan pada sekitar
tahun 1995 oleh label Century Media Records. Muzik melodic death metal yang
mereka bawakan memang sangat berbeza dengan trademark melodic death metal dari
Finland (Children of Bodom, Kalmah, Norther) mahupun dari Swedish Gothenburg
death metal (In, Flames, Dark Tranquillity dan At The Gates). Kalau formula kebanyakan band melodic death metal dari Finland lebih ke arah neo-classical speed metal, susunan riff-riff
gitar lagu dalam album ni lebih kearah melodic death metal yang kuat pengaruh hardrock/heavy metal yang simple dan senang melekat dikepala.
Solo pada tiap-tiap lagu pun tidak lah berbelit-belit. Hanya Suara growl
vokalis/bass Tarneli Jarva(sebutan growlnya yang jelas) sahaja yang lebih
ke arah death metal. Tapi jika suara ditukarkan kepada clean vokal memang album
ni akan jadi hardrock/heavy metal. Tiga lagu awal dalam album ni iaitu “the war
ain’t over”, “phenix” dan “new age messiah” memang lagu kegemaran aku.
Sentenced merupakan band death metal yang pertama wujud di
Finland melalui rilisan demo “when death join us” pada 1990. Band ni boleh lah
dikategorikan kepada tiga era iaitu era death metal 1990-1993 (demo, album
“shadow of the past” dan “north from here”), era melodic death metal
1994-1995(ep “the troopers”, album “amok” dan ep “love and death”) dan era
populariti mainstream iaitu era gothic metal 1996-2005. Aku pula lebih selesa
dengan mengikuti album death metal dan melodic death metal mereka. Rasanya
selepas pengunduran bassist/vocalist mereka iaitu Tarneli Jarva adalah era
perubahan dan hilangan death metal dalam band Sentenced. Pada tahun 2005 band
ini telah pun dibubarkan dan paling menyedihkan pada tahun 2009 gitaris utama mereka iaitu Miika Tenkula telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Aku pun terlambat follow Sentenced...start zaman gothic mereka...dan mereka la punca aku mencuba band2 gothic yg lain...
BalasPadamkedai top 10 tu masih ada lagi di sandakan masa aku balik tu hari.. tunggu masa mau tutup juga haha. ni band aku skip dulu masa kasetnya jual rm10 3pcs..nanti lah dgr2 di youtube
BalasPadamamok perkataan melayu
BalasPadam