Aku beli kaset ni sekitar tahun 2005, iaitu semasa aku masih
lagi menuntut di UiTM, Kota Kinabalu. Biasa waktu cuti sabtu dan ahad aku akan
pergi ke bandar KK untuk mencari kaset-kaset metal. Kebetulan pada masa
tersebut, satu kedai kaset sekitar kawasan kompleks asia city, tempat aku
selalu cari kaset, aku pun dah tak ingat nama kedai tu, buat sales sebab nak
tutup kedai rasanya. Apa lagi aku ambil kesempatan lah beli dan akhirnya aku
dapat kaset Nightrage album “sweet vengeance” dengan harga rm6. Murah kan dan pembelian memang sangat berbaloi.
Album ni diterbitkan sekitar tahun 2003 dibawah label
Century Media Records. Kaset yang aku beli ini, adalah kaset keluaran label
dari Thailand iaitu Bull Terrier Records. Pada tahun awal 2000 memang bersepah
kaset keluaran dari Thailand ni yang selalu mengeluarkan kaset-kaset metal
dibawah lesen-lesen label metal antarabangsa seperti Century Media, Nuclear
Blast Records dan Metal Blade Records. Apa yang aku peroleh masa tu memang diluar jangkaan aku. Bila aku dah beli kaset ni dan sampai je bilik kampus, tanpa berlengah aku terus pasang dekat Walkman aku sambil belek-belek sleeve. Yang menjadi perhatian adalah nama Thomas Lindberg yang merupakan vokalis At The Gates(pada masa tu band ni telah dibubarkan). Yaa, dengar je lagu pertama “tremor” terus menarik perhatian aku dan sah memang band ini memainkan irama melodic death metal. Cuma susunan melodi dan riffnya tidak lah terlalu ke arah power/heavy metal. Masih banyak pengaruh keberatan thrash dan death metal.
Yang menariknya, anggota band Nightrage ni bukan calang-calang orang. Selain Thomas Lindberg, pengasasnya iaitu Marios Iliopoulos adalah bekas gitaris band Exumation(band melodic death metal dari Greece), seorang lagi gitaris Gus G(Dream Evil dan Mystic Prophecy) dan pemain bass Brice Lecrecq(yang mana selepas itu menjadi live sessionist untuk band Dissection). Jadi tidak hairan lah jika band ini berkonsepkan irama melodic death metal. Lagu-lagu dalam album ni memang kuat pengaruh Gothenburg Swedish death metal. Mana tidaknya vokalisnya berasal dari Sweden dan sedikit sebanyak mempegaruhi permainan gitarisnya. Lebih-lebih lagi album ni dirakamkan di studio Fredman, yang mana studio ni lah yang menghasilkan album-album hebat melodic death metal dari band In Flames, Dark Tranquility, Soilwork dan At The Gates. Rakaman permainan drum pula mereka menggunakan khidmat Per Moller Jansen (ex-The Haunted).
seingat aku perna beli kaset ni dulu..
BalasPadamTak pernah dengar...dan akan cuba dengar..
BalasPadamPun tak pernah dengar jugak.banyak band2 dari europe yg aku taktau dpt tau dari blog ni.tq so much bro
BalasPadam