Selepas meninggalkan band DEATH dengan kejayaan menghasilkan album “scream bloody gore” pada tahun 1987, Christ Reifert(drum/vokal) menubuhkan band Autopsy dalam usaha meneruskan idea dan karya menghasilkan muzik death metal ciptaan beliau. Secara dasarnya tiada beza pun lagu-lagu Death era “scream bloody gore” dengan demo dan debut album Autopsy “severed survival”, begitu juga dengan lirik lagu yang bertemakan “gore”. Kalau melalui band Death lagu-lagu mereka lebih straight forward old school death metal dengan kelajuan tempo thrash metal, band Autopsy pula datang dengan formula death metal yang ditambah dengan elemen doom dan hardcore punk.
Pada era penghujung 80’an dan
awal 90’an, Band death metal yang seangkatan dengan Autopsy seperti Death,
Morbid Angel, Obituart dan Deicide pula berlumba-lumba untuk menghasilkan karya
death metal yang berat, laju dan teknikal, namun Autopsy kekal dengan death
metal yang simple, catchy dan straight
forward. Jika dengar dari debut album “severed survival hingga album terkini
iaitu “tourniquets, hacksaws and graves” memang tiada beza dan perubahan pun
dalam lagu-lagu mereka. Cuma tempo kelajuan album “severed survival” lebih laju
dan straight forward berbanding dengan kesemua album yang lain dimana sangat
kuat elemen slow doom metal.
Album debut ini dihasilkan pada
sekitar tahun 1989 mengandungi 11 buah lagu dan proses rakaman dijalankan di
Starlight Studio. Berbeza dengan band-band Florida yang lain dimana majoriti
mereka merakamkan album di studio lagenda yang terkenal iaitu Morrisound
Studio. Album ini juga mempunyai dua lakaran cover berbeza. Macam biasa lah
cover 1st kena banned dan maka itu terhasilkan censored cover yang
baru. CD yang aku miliki ini adalah versi terbaru tahun 2018 yang mempunyai obi
strip(aal-ala Japanese pressing) dan yang paling penting dapat dua-dua cover
album beserta track lagu tambahan dari EP “retribution of death”.
Tidak dapat dinafikan bahawa
Autopsy adalah salah satu band “pioneer” kepada kewujudan band-band death metal
yang baru dari awal 90’an sehingga hari ini terutamanya scene death metal
eropah. Scene Swedish death metal merupakan scene death metal terbesar di dunia
yang majoriti band-band yang wujud sangat kuat pengaruh band Autopsy pada
setiap karya yang mereka hasilkan. Hinggakan ada pemuzik-pemuzik terkenal di
sana telah menubuhkan band projek yang kuat pengaruh Autopsy. Salah satu contoh
band Murder Squad yang terdiri daripada
ahli band Entombed, Dismember dan Merciless.
Rujukan Blog:
1)AUTOPSY - Awaken by Gore (Demo Collection)