Semua sudah sedia maklum ada
beribu-ribu review berkenaan dengan album debut Iron Maiden ditulis dalam
majalah, surat khabar dan juga dilaman web sejak tahun 1980 lagi. Aku orang
yang ke berapa ribu buat review ni pun aku tak tau. Aku mula baca blog sekitar tahun 2009(agak
lewat jugak lah) yang mana 100% blog-blog metal tempatan yang selalu menjadi bahan rujukan
aku. Antara blog tempatan yang aku selalu baca dan memang padat dengan review
Iron Maiden adalah Berteromber, Ku Dihalaman Rindu, XyruzZone dan Krenmaut. Review tentang Iron Maiden memang detail dorang tulis(blogger diehard Maiden semua tu...hahaha).
Iron Maiden adalah salah satu
band yang wajib aku miliki koleksi album mereka(tapi aku tak kumpul format…hahahaha)
kerana band ni lah yang buat aku terjebak dengan muzik metal. Cuma disebabkan
dalam masa yang sama juga minat terhadap muzik ekstrim metal yang lain
menyebabkan aku terpaksa menangguhkan pembelian album mereka. Ye lah zaman tu
memang banyak band nak didengar dan dibeli kasetnya. Terpaksa beli kaset album kompilasi "Best Of The Beast" sahaja. Tahun 2006 baru lah aku mulakan mengumpul keseluruhan album mereka dengan bermula
album debut self title. Beli dan kumpul sikit-sikit sampai lengkap...hahahaha
Zaman debut album ni iaitu tahun
1980 adalah zaman buas Iron Maiden dimana zaman tersebut telah muncul satu fenomena muzik yang digelar New Wave of British Heavy Metal (NWBHM). Iron Maiden adalah antara salah satu pioneer dan band yang paling berjaya dalam pergerakan scene NWBHM. Dalam album ini sudah
semestinya lagu Prowler, Phantom of the Opera, Charlot the
Harlot dan Iron Maiden menjadi kegemaran aku. Begitu juga dengan suara bekas
vokalis mereka iaitu Paul D Anno yang mana sememangnya menjadi vokalis
kegemaran aku walaupun ramai diehard Maiden lebih menyukai Bruce Dickinson yang lebih kepada vokal high pitched opera. Mungkin disebabkan vokal kasar D Anno menjadi penyebab aku sukakan cara
nyanyian beliau berbanding dengan Bruce Dickinson. Dalam album ni juga merupakan satu-satunya penampilan terakhir gitaris Dennis Stratton bersama Maiden. Selepas itu beliau meninggalkan Maiden dan digantikan dengan gitaris lagenda Adrian Smith.
CD yang aku beli ni adalah CD versi EMI cetakan semula tahun 1998(Remastered, enhanced) dengan cover baru yang berbeza sedikit dengan cover tahun 1980 (part mata Eddie je rasanya..hahaha). Booklet pun boleh tahan tebal 24 mukasurat yang padat
dengan biografi, sejarah tour dan gambar-gambar klasik. Memang puas belek-belek
booklet sambil layan lagu dalam album ni. Dulu Cd ni aku beli dengan harga rm35 iaitu sekitar tahun 2006. Sekarang label EMI pun dah bungkus dan hanya pressing versi Parlophone yang ada dipasaran dan harganya memang mahal sedikit iaitu sekitar rm50-60(sebab tiada versi cetakan tempatan).
Aku jauh lagi untuk lengkap koleksi album maiden ni.
BalasPadamlawa yer inlay dia... aku takder versi ni..
BalasPadam