Jumaat, 20 September 2019

AUTOPSY - Awaken By Gore (demo collection)


Secara umumnya majoriti peminat death metal di seluruh dunia memang sudah mengenali band Autopsy yang merupakan salah satu band pelopor awal genre muzik death metal. Boleh dikatakan yang band ini merupakan salah satu band kegemaran aku. Band veteran yang terkenal seperti Dismember secara terang-terang mengaku yang Autopsy memberikan pengaruh terbesar dalam muzik mereka sehingga mereka menggelarkan Autopsy adalah “the bible of death metal riff”. Aku mengenali band Autopsy secara tidak langsung melalui bacaan dalam majalah interview-interview band Dismember yang meletakkan Autopsy sebagai band kegemaran nombor 1 mereka.


Cd “Awakened By Gore” adalah cd kompilasi yang diterbitkan oleh label Nuclear War Now yang mana mengandungi lagu-lagu dalam dua demo terawal (demo 1987 dan critical madness),live rehearsal tahun 1988 dan live gig tahun 1990. Mana-mana peminat  yang belum pernah memiliki rilisan demo mereka yang sudah lama soldout atau pun yang sudah memilikinya tetapi inginkan rilisan tersebut dalam format cd, dan kompilasi ini adalah jalan penyelesaian. Booklet pun tebal, sekali dengan line notes dan gambar-gambar klasik Autopsy.


Lagu-lagu zaman demo Autopsy memang straight forward death metal yang agressif dan kuat pengaruh thrash metalnya, berbeza dengan era terkini yang lebih kuat pengaruh doomnya. Lagu-lagu zaman demo mereka juga mirip band Death era demo dan album pertama “scream bloody gore”(chris reifert adalah drummer dalam album ni). Kebanyakan lagu dalam demo mereka dirakamkan semula dalam album debut mereka iaitu “Servered Survival” yang diterbitkan pada tahun 1989.


Apa yang membezakan Autopsy dengan band death metal dari negara mereka (Amerika Syarikat), susunan lagu dan riff-riff gitar mereka adalah terlalu catchy, straight forward dan ditambah pula dengan slow doom tempo. Kita semua sedia maklum yang band-band death metal dari negara Amerika Syarikat amat terkenal dengan riff-riff gitar yang teknikal dan beat drum yang pantas/ada elemen blast beat. Boleh dikatakan yang Autopsy adalah berada di liga yang berbeza dengan band-band awal death metal Amerika Syarikat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan