Isnin, 11 November 2019

SIL KHANNAZ - Pendita Gila


Salah satu rilisan klasik dan antara yang terbaik yang wajib dimiliki oleh setiap penggemar irama muzik berat tempatan. Mini album ini asalnya diriliskan sekitar tahun 1995 selepas kejayaan meriliskan album debut mereka iaitu “conception of madness” pada tahun 1993. Kalau sebelum ini album debut mereka diriliskan sepenuhnya oleh label Valentine Sound Proction (VSP), mini album Pendita Gila ini diriliskan bersama melalui label VSP dan Nebiula Production. Sudah semestinya rilisan ini menjadi rilisan debut Nebiula Production. Berdasarkan info yang aku baca melalui buku diskografi Sil Khannaz, jualan album ini mencecah sekitar 50,000 cetakan. Fuhh…memang dahsyat jualan rilisan band-band ekstrim metal tempatan pada era tersebut. Mini album ni juga sudah beberapa kali diulang cetak dalam 2 format kaset, 2 format CD , 1 format kaset kompilasi (EP pendita gila+demo Assasin) dan 1 format piring hitam.


Dari segi susunan muzik memang tidak banyak perbezaan antara mini album ini dan debut album mereka yang masih lagi mengekalkan struktur asas death metal dengan sedikit perencah thrash metal. Kualiti rakaman memang Sil Khannaz sentiasa mengekalkan status mereka sebagai band ekstrim metal tempatan yang terbaik pada setiap rilisan. Cuma untuk rilisan ini, hanya Jaie dan CD Khanzab yang terlibat dalam proses rakaman. Memang part drum secara keseluruhan menggunakan drum machine. Untuk rilisan terbaru ini iaitu versi CD cetakan tahun 2016, diriliskan oleh label Mamat Record yang mengandungi lagu-lagu bonus dari demo pertama mereka iaitu Doctrine to hell(1990).





CD versi Deluxe Edition cetakan Interglobal Music  yang dikeluarkan sekitar tahun 2006




Rujukan Blog:
1)SIL KHANNAZ - Conception of Madness
2)SIL KHANNAZ - Berdiri Antara Panji-Panji
3)SIL KHANNAZ - Thunder Roar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan