Kalau ditanya album Iron Maiden
yang aku paling suka, secara peribadi sudah semestinya aku akan jawab album
kedua mereka iaitu “killers” yang dikeluarkan sekitar tahun 1981. Yang pasti aku belum lahir
lagi lah…hahahaha Boleh dikatakan setiap kali aku pasang/mainkan album ni,
tiada skip untuk berehat dan memang aku akan ulang-ulang sehingga aku puas.
Paling diingat adalah track intro/instrumental “the ides of march” yang selalu
menjadi anthem pembuka konsert mereka. Ia ibarat Judas Priest dengan “the
hellion” manakala Iron Maiden dengan “the ides of march”.
Ramai juga hardcore fan Maiden
yang kurang gemar dengan album ni, mungkin disebabkan posisi vokal masih lagi
diisi oleh Paul D’ Anno. Sememangnya majoriti mereka lebih menyukai suara Bruce
Dickinson. Rasanya sehingga hari ini, hanya lagu “wrathchild” sentiasa menjadi
setlist live mereka begitu juga dengan playlist album-album kompilasi. Album ni
juga merupakan album pertama Maiden bersama gitaris lagenda mereka iaitu Adrian
Smith.
Track-track kegemaran sudah
semestinya “wrathchild,”murder in the rue morgue”, “killer” dan “purgatory”. Bagi
aku album ini memang lebih laju dan lebih buas dari album debut mereka dan juga
album-album Maiden era millennium. Album adalah merupakan salah satu album kemuncak
bagi era liar dan agresif New Wave of British Heavy Metal. Kesilapan pendengar
muda/generasi baru adalah mereka selalu bermula dengan album Maiden era millenium yang aku rasakan kurang liar, tanpa mengkaji/mendengar album-album terawal mereka.
CD yang aku beli ini adalah cd
cetakan semula versi Enchanted yang dikeluarkan sekitar tahun 1998 yang
mengandungi bonus track video “wrathchild” dan “Killers” + sudah semestinya
booklet yang tebal beserta dengan gambar-gambar rare. "Please...take me away...take me away..so far away."..hahahhaha
Rujukan Blog:
1)IRON MAIDEN - Iron Maiden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan