Jumaat, 1 November 2019

PUNISHER - Dehumanized


Rasanya rilisan ni adalah rilisan yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik ekstrim metal tempatan. Band lagenda Thrash Metal Malaysia yang wujud sejak tahun 1987, dan mereka adalah band pelopor terawal pergerakan scene underground metal tempatan. Debut EP “Dehumanized” ni diriliskan pada tahun 2018 dibawah label mereka iaitu Punisher Music. Kalau didengar dengan teliti muzik Thrash Metal bawaan mereka memang mirip Bay Area Thrash Metal ala-ala Megadeth. Cuma dari segi riff gitar tidak lah seteknikal dan selaju Megadeth. Terus terang aku cakap setelah mendengar rilisan ini beberapa kali, memang kurang memberikan kepuasan ditelinga aku(ni pendapat peribadi aku). Mungkin lagu-lagu mereka kurang dari segi keagressifan dan kebuasan Thrash Metal. Ye lah mungkin faktor usia mereka, agak lama 30 tahun, memang idea-idea tersimpan zaman kebuasan mereka mungkin dah hilang ditelan zaman…hahahaha. Sekurang-kurangnya mereka berjaya juga menghasilkan material yang boleh disimpan untuk koleksi.






1 ulasan:

  1. Setuju... Pengaruh Bay area thrash 80an yang kuat... Megadeth terutamanya... Sound sedap... Lagu sedap... Aku takder komplen... Haha...

    BalasPadam