Band In Flames aku kenal melalui majalah ROTTW iaitu pada sekitar tahun 2001. Kalau tak
silap aku cover depan majalah pada masa tu simbol tangan metal dan cover story
berkenaan dengan isu black metal. Dalam isu tersebut ada diselitkan artikel tentang
band In Flames yang aku rasa dicedok dari bio website dorang. Lepas baca
artikel tu memang aku nak sangat dapatkan album-album mereka. Rasanya awal tahun 2002 baru aku dapat dengar album ni melalui rakan
baik aku yang merupakan jiran aku. Pinjam, dengar dan yang pasti aku sukakan
album ni. Bulan mei rasanya baru aku dapat beli sendiri album ni, iaitu semasa
aku datang ke Kota Kinabalu.
Aku minat band ni mungkin disebabkan genre death
metal yang mereka bawakan berbeza dengan genre primitif death metal.(Masa mula-mula kenal
band ni pertama kali dengar genre melodic death metal, benda tu baru bagi aku pada masa tersebut). Bila aku
terjebak dengan muzik death metal sekitar awal tahun 2001, iaitu semasa aku berumur16 tahun, semua band dan juga sub genre death metal aku korek
sedalam-dalamnya untuk mendapatkan info. Tapi masa tu info terhad kerana aku
pada masa tu tidak pandai gunakan internet dan persekitaran disekeliling aku
yang memang tiada seorang metalhead untuk dijadikan sumber rujukan. Yang ada
hanya 2 orang jiran dan sepupu yang sebaya dengan aku. Minat sama dan
pengetahuan pun cetek..hahahaha
Apa yang pasti album ni memang sarat dengan melodi yang
mudah melekat di kepada. Lagu intro “embody the invincible” memang cukup
lengkap sifat melodinya sebagai pembuka album ni. Dengan petikan harmoni
gitar jesper stromblad dan bjorn
gelotte(yang sebelum ni adalah drummer band ini dan beralih ke posisi gitar)
menjadikan lagu-lagu dalam album ni cukup sifat melodic death metal. Lagu-lagu
lain yang menarik perhatian antaranya “scorn”, “zombie inc”, coerced
coexistence”, behind space 99(lagu rakaman semula yang diambil dari debut album
mereka) dan juga petikan instrumental gitar akustik lagu “palar anders
visa”(setiap album awal In Flames mesti ada lagu instrumental). Keseluruhan riff-riff gitar trademark Gothenburg death metal masih dikekalkan dan diadun dengan
riff-riff moden dan menjadikan album ni berbeza dengan album
sebelumnya. Tempoh lagu pun kebanyakan lebih laju dari album sebelumnya. Vokal
Anders Friden juga kurang growl tetapi lebih ke arah scream black metal.
Album ni adalah album keempat mereka yang diterbitkan pada tahun 1999 dibawah label Nuclear Blast Records. Dengan
album ni juga mereka berjaya membuat tour di US pada pertama kalinya. Sebelum
ni hanya melakukan tour di sekira Eropah dan Jepun sahaja. Album ni merupakan sumber
rujukan terpenting bagi genre melodic death metal terutamanya bagi gelaran
scene Gothenburg sound yang popular dengan band At The Gates, Dark
Tranquillity, Soilwork dan Gardenian. King Of Melodic Death Metal..ini lah
gelaran oleh peminat In Flames
berdasarkan empat album terawal mereka. Nasihat aku kalau metalhead yang baru
nak kenal In Flames, tolong elakkan dengar album-album era millennium mereka
kerana jauh bezanya haluan muzik mereka dan dikhuatiri anda akan kecewa
nanti..hahahaha
Rujukan Blog:
1) IN FLAMES - Lunar Strain/Subterranean
1) IN FLAMES - Lunar Strain/Subterranean
aku rasa rugi pulak aku terlambat follow dorang ni...memang sedap.
BalasPadamboleh tahan muzik dorang..
BalasPadamWahwah.. macam berteromber , giler format tu. Haha
BalasPadam