Kaset ni adalah kaset yang terawal aku beli iaitu pada tahun 2001, tahun dimana bermulanya minat aku terhadap muzik death metal. Selepas terpengaruh dengan Sil Khannaz, yang menyebabkan aku membeli kaset kompilasi "purnama 13", kaset ni menjadi buruan kedua aku. Semasa membeli kaset Sil Khannaz, aku terlihat kaset ni dekat rak kedai kaset dan dari situ aku dah simpan niat nak beli kaset ni. Almaklumlah masa tu nak beli dua-dua kaset memang tak cukup duit, jadi kena bersabarlah dulu...hahahaha. Selepas dua minggu aku kumpul duit belanja sekolah(kes dedikasi berlapar di sekolah...hahahaha), akhirnya dapat juga aku beli kaset ni.
Sebelum beli kaset ni, aku dah dapat info tentang Obituary melalui majalah hiburan dan juga dari mulut kawan aku(dia bukan metalhead pun tapi dia ada pengetahuan tentang band-band metal) yang cakap band ni main death metal. Disebabkan minat Sil Khannaz, timbul minat muzik death metal, dan disebabkan itulah juga mendorong aku mencari apa sahaja band yang main muzik death metal dan Obituary menjadi sasaran paling awal..hehehe. Bila pasang je kaset ni dekat player, memang track lagu pembukaan "find the arise" secara rasminya menjadi lagu kegemaran aku. Lagu ni jugalah adalah lagu death metal yang pertama dalam hidupku aku mainkan lagunya mengunakan gitar kapok.(hanya solo je aku tak bole main...hahaha). Boleh dikatakan side A majoriti lagu kegemaran aku manakala side B aku rasa hanya lagu "threatening the skies" sahaja yang betul-betul ngam dikepala aku. Rasanya bila dah masuk side B aku banyak gunakan butang "fast forward"...hahahaaha
Pejam celik dah masuk 14 tahun kaset ni berada dalam koleksi aku. Kalau bayi yang lahir masa tu memang sekarang dah jadi budak remaja tingkatan dua Memandangkan pada tahun 2010 sehingga kini aku dah pun menetap di semenanjung Malaysia, kaset ni berada di kampung halaman aku di Tawau, Sabah dan pada tahun lepas aku berpeluang balik kampung dan sekaligus membongkar balik koleksi kaset-kaset yang aku tinggalkan. Album kompilasi ni pada pendapat orang lain memang tak menarik sangat pun. Aku mengambil keputusan untuk membawa balik kaset ni ke rumah baru aku di semenanjung kerana aku rasakan kaset ni sangat bernilai bagi aku. Kenangan bermulanya mengumpul bahan death metal dan juga kenangan mengumpul duit semata-mata untuk membeli kaset kegemaran. Sekian.
kalau aku masih simpan kaset2 koleksi aku kan ke best...
BalasPadamni hilang, dah kena buang, buang sendiri pun ada...haha
ni kira bahan sejarah bemetal kamu. macam aku ada juga aku simpan kaset2 metal terawal aku beli nda sanggup aku jual, walaupun soundnya tak best tetap aku simpan, sebab bagi aku itu kaset metal pertama aku beli hahaha. nanti ada masa aku tampal kat blog aku. btw aku hanya dengar band ni dari utube saja, kurang masuk.
BalasPadamvocal John Tardy memang takder siapa boleh celen...
BalasPadamObituary ngan morbid angel je antara band death metal yg aku layan
BalasPadam