Bila hidup pada zaman millenium ni, internet banyak membantu aku mempercepatkan mencari sesuatu info band-band metal di seluruh dunia...memang sangat cepat dan pantas..hahahaha Protector adalah contoh satu band yang aku kenal dan cari melalui internet iaitu pada sekitar tahun 2010. Tapi pada masa tu aku memang tidak berapa nak ambil tau sangat pasal band ni. Cukup sekadar tau yang band ni wujud sekitar era 80'an dan berasal dari jerman dan memainkan muzik thrash metal.(kira seangkatan dengan Sodom, Kreator dan Destruction). Cuma pada tahun 2013 aku secara tidak sengaja taip nama band ni dekat youtube...dan aku pilih satu lagu dorang iaitu lagu "delirium tremens" dari album Golem dan secara spontan memang aku terus terpikat dengan band ni....hahaha
Bila dah minat memang langkah seterusnya aku mencari seberapa banyak maklumat sebagai persediaan untuk membeli material band ni. Laman web "metal archives" dan webzine "voice from the darkside" sangat membantu aku ditambah pula dengan kemudahan youtube....hahaha Salah satu faktor yang menyebabkan aku tertarik dengan Protector adalah muzik dorang seakan-akan atau mirip album Kreator"pleasure to kill" iaitu antara album kegemaran aku. Sound primitif thrash metal yang laju, kejam dan buas(orang putih cakap bestial)...aku gelar proto-death metal ataupun bestial thrash atau thrash/death atau apa-apa je lah...hahahaha( ni pendapat peribadi aku je)...Tapi yang pasti kalau di dengar betul-betul Thrash Metal buatan Protector memang sangat berbeza dari band-band Thrash Metal Jerman yang lain. Kira dorang ni ada trademark sendiri.
Cuma yang paling menyusahkan bila bab nak dapatkan material band ni di era millenium. Band ni aku klasifikasikan sebagai band terlepas pandang ataupun band yang kurang popular. Bila status dah macam ni memang sukarlah jawabnya nak cari album dorang ni...hahaha Tengok pada label yang rilis album "golem" iaitu Atom H memang label yang tidak popular. Rasanya VSP pun tidak pernah rilis dalam format kaset untuk pasaran malaysia. Aku cuba hubungi kenalan yang terdekat manatau dorang boleh dapat carikan untuk aku album golem. Tapi last-last kompilasi ni je yang aku dapat. Kira boleh lah juga, daripada tiada...lagipun dalam kompilasi ni memang ada semua lagu dalam album "Golem"+Ep Misanthropy + demo 1986. Dikeluarkan oleh label sweden, I Hate Record dalam kuantiti terhad 1000 keping. Booklet sangat tebal dan penuh dengan infomasi. Sampai koyak booklet dekat area tulang disebabkan kecuaian aku sendiri ketika megeluarkannya dari kotak cd.
Rasanya kalau nak dapat album-album yang lain pun memang sukar disebabkan status band ni dan label yang rilis album dorang ni. Terimalah hakikat bahawa band ni memang tidak popular pun. Kalau sebut Sodom, Kreator dan Destruction memang semua orang kenal. Versi cetakan semula pun setakat ni memang tiada lagi label nak rilis. Yang ada hanyalah album kompilasi. Harap-harap nanti ada label nak cetak semula album golem ni sebab aku memang nak sangat memiliki album ni. Setakat ni layan je dulu cd kompilasi Echoes from the past....hahahaha
belum perna dengar ni. memang benar jaman skg ni, senang2 saja nak dengar lagu2 band, tapi kalau yg memang sudah minat tu, harus dimiliki fizikalnya. baru puas..
BalasPadamSebenarnya band yg tak berapa nak popular ni la band yg bagus.kalo ko layan doom metal,memento mori pun band yg bagus tapi sygnya dah bepecah.
BalasPadamNi semua kepuasan diri sendiri. Contoh macam aku, kalau aku kat singapore, aku akan sebulan, dua bulan sekali pergi muzika rekods dan kalau ada cd2 band hadd rock/heavy metal bands yang direleased independent mereka sendiri, aku akan beli. Sebagai support dan pasal aku suka sebagai hobi. Internet is a most brilliant tool.
BalasPadamok...yang ini aku terlepas pandang...
BalasPadam