Khamis, 5 Mac 2015

SENSELESS - epidermic mentality equilibrium


Aku mula kenal band Senseless iaitu pada sekitar tahun 2001 melalui kaset Split Metal Blast Project dengan band Sputum yang aku pinjam dari abang sepupu aku(masa tu memang dia seorang metalhead). Dia tau aku dan seorang lagi sepupu aku minat dengan muzik metal, itu yang dia offer kasi pinjam kaset-kasetnya. Dia ada bagitau aku yang Senseless ni band death metal yang dah lama wujud sekitar tahun 90'an. Bila dengar je kaset split tu aku rasa macam tak masuk dikepala lagu-lagu band Sputum dan Senseless. Jadi aku biarkan je lah tanpa nak ambil tau lebih mendalam tentang band ni. Ada juga aku dengar lagu "the kill" yang dimuatkan dalam album kompilasi Panggilan Pulau Puaka vol.2 juga tidak dapat menarik minat aku terhadap band Senseless. Lagi satu, pakcik aku ada bagi free kaset Senseless "album fantasy of my own" sebab dia tau aku minat metal dan album tu aku dengar sekali je dan terus aku simpan sebab memang aku tak berminat dengan lagu-lagu dalam album tu...hehehe


Rasanya pada tahun 2009-2010 baru lah aku membuat sedikit rujukan tentang band Senseless melalui internet, majalah dan fanzine. Rupa-rupanya Senseless ada album selain album "fantasy of my own" iaitu album Epidermic Mentality equilibrium"(EME) yang dikeluarkan pada tahun 1994.( alamak..pengetahuan aku sungguh jauh tertinggal kebelakang...hahaaha). Bila dah masuk era millenium, memang sukar juga nak dapatkan kaset yang dikeluarkan oleh label VSP. Kalau tak silap aku ada juga orang jual online kaset album ni tetapi memang sold out dengan pantas.....hahaahaha Nasib baik ada kemudahan mendownload...dapatlah aku dengar album ni untuk sementara waktu...hahaahaha. Tapi faham-faham je lah kalau dengar album yang aku suka dalam format digital memang tiada kepuasan. Tanpa booklet semua tu, tak tahu lah nak cakap macam mana sebab memang tiada pilihan pun...hahahaha



Album ni dikeluarkan semula pada januari 2015 dibawah label Thrashingfist Production dalam kuantiti terhad 500 keping, booklet setebal 8 muka surat dengan harga rm35 sekali pos laju. CD ni aku beli pada hujung bulan lepas(sebulan selepas dikeluarkan), lewat disebabkan masalah kewangan lah...extra bajet tidak mencukupi dan terpaksa skip sebulan...hahahaha Risau juga masa tu sebab takut dah capai status "sold out". Tapi dalam hati aku yakin CD ni boleh dapat lagi jika aku tangguh nak beli dalam dua ke tiga bulan lagi memandangkan zaman sekarang ni orang dah kurang beli fizikal format ni. Cuma nafsu tak sabar tu yang memaksa aku agar jangan tangguh lagi...hahahaha


Dalam album EME + lagu-lagu demo, muzik Senseless lebih ke arah death metal old school manakala  album "fantasy of my own" dan Split dengan Sputum pula lebih ke arah melodic death metal. Dengar cerita masa album Fantasy dorang banyak terpengaruh dengan muzik Carcass era Heartwork dan Swansong. Bagi aku album ni berbaloi untuk dimiliki kerana ianya adalah karya klasik death metal tempatan yang wujud pada era awal 90'an. Kalau nak beli album EME versi tape pada zaman sekarang ni jangan harap lah dapat beli dengan harga yang mesra rakyat. Sound dalam kaset tu pun nasib-nasib dapat yang elok, kalau dapat yang sound dah tak boleh dengar, alamat jadi perhiasan lah jawabnya...hahaha Nasib baik ada versi CD cetakan semula yang harganya boleh lah dikategorikan harga mampu milik.








12 ulasan:

  1. Very nice review. Kadang2 aku kat rumah, jiwa kacau plan nak beli cd la, cek harga la, nanti bini aku cakap "mana ada orang beli cd lagi, download je la".
    Aku diam je, pasal kalau explain pun takkan paham punye. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang takkan paham punya...cuma skrg wife aku mmg cuba memahami hobi aku...85% dia dah boleh terima..

      Padam
  2. Band ni pun aku tau dalam majalah rottw dulu

    BalasPadam
  3. harga cd ni sudah naik rm40 hahha. aku memang ada plan nak sambar seketul ni, disebabkan banyak sangat rilisan baru terpaksa skip. tgk lah cemana nanti kalau ada lebih bajet pasti disambar, ini kan salah satu album khazanah metal negara, harus dimiliki,

    pasal yang tak tahan nak beli tu, memang nafsu betul lah, aku selalu juga tunggu2 lepas tu macam risau kan kalau sold out. haha ohya tape metalucifer aku baru saja plan nak sambar sudah sold out ngan label ni, maka terpaksalah beli kat distro kalau sempat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. metalucifer ko jgn tangguh sbb budak2 UG mmg cari brg ni xkira apa pressing...antara yg terlaris..

      Padam
  4. tak silap aku Senseless ni dah ujud zaman2 awal 90an...aku pernah baca interview dalam fanzine dan pernah dapat flyer demo dorang...tapi aku dah tak ingat macam mana muzik dorang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la bro..sbb dlm booklet demo dorg rilis thun 90

      Padam
  5. Bagus juga Thrashingfist compile sekali demo-demo Senseless dalam satu CD sebab saya memang tak penah dengar lagu2 dari demo mereka. Hahaha! Saya hanya ada keset album "Fantasy of My Own" je... kalau untuk album E.M.E ni dengar kat youtube jelah jawabnya hahaha! Kalau nak beli keset, harga semuanya tahap emas 999 1 gram punya hahahaha!!! Terima kasih kepada Thrashingfist!!

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Klu x silap dlm kaset EME tu dorg ckp diorg bawa genre Grind Death Metal.. kaset tu ade aku aku simpan lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu demo dorg mmg ada part grind..tp album ni mmg overall more old death metal...part blastbeat drumming tu xde pada setiap lagu...

      Padam