Pada entri yang lepas aku ada tulis tentang minat aku terhadap band Dismember dan disebabkan Dismember, aku ketagih terhadap apa sahaja band yang memainkan muzik death metal lama terutamanya yang berasal dari negara Sweden. Dengan membuat sedikit ulangkaji melalui majalah dan internet secara tidak langsung aku dipertemukan dengan band lagenda Nihilist. Sejarah telah tercatat(berulang kali diceritakan dalam zine/majalah, buku, internet dan booklet cd) dengan berakhirnya riwayat band ni pada tahun 1989, maka lahirlah band lagenda Entombed dan Unleashed. Band ni dibubarkan atas sebab perselisihan pendapat antara Johnny hedlund(yang mahukan konsep viking diserapkan dalam Nihilist) dengan anggota band yang lain. Selepas dua minggu dibubarkan, Nicke Andresson, Uffe Cederlund, Alex Hellid dan L.G Petrov menubuhkan Entombed manakala Johnny Hedlund menubuhkan Unleashed.
CD kompilasi ni diterbitkan pada tahun 2005 manakalah aku membelinya hanya sekitar tahun 2009. Bila dapat memiliki cd ni memang aku adalah orang yang paling gembira masa tu. Booklet pun tebal penuh dengan fakta sejarah band. Lagu-lagu dalam kompilasi ni semua diambil dari demo-demo Nihilist, 7inch ep+demo klasik Entombed"but life goes on". Yelah senang cerita Entombed=Nihilist dan Nihilist=Entombed sebab hanya Johny hedlund sahaja yang tidak dipelawa menyertai Entombed. Sound trademark "buzzsaw" tone gitar swedish death metal yang menggunakan full knob volume Boss Heavy Metal pedal HM-2 adalah berasal dari cetusan idea kreatif bekas anggota Nihilist iaitu Leif Cuzner. Lagi satu fakta, majoriti lagu-lagu Nihilist digunakan dalam album sulung Entombed "left hand path".
Niat nak kumpul demo band ni aku rasa tiada sebab aku dah memiliki kompilasi cd ni lagipun kalau ada yang nak jual pun harga memang potong kepala, kemungkinan dapat barang bootleg ataupun kalau ada yang ori mungkin kaset dah reput dan hanya mampu dijadikan perhiasan...hahaha. Bagi peminat old school swedish death metal, adalah menjadi kewajipan memiliki cd ni kerana band ini adalah pencetus gelombang popular swedish death metal pada akhir 80'an(masa ni aku rasa aku masih lagi kanak-kanak yang masih minum guna botol susu...hahaha).
Gambar dan jadual rakaman di Sunlight Studio, Stockholm, Sweden
Nicke Andresson
remaja bawah umur..(antara 14 ke 17 tahun)...
Cover demo klasik Entombed"but life goes on" yang dkeluarkan pada tahun 1989
awal 90an dulu hanya tahu nama...tak pernah berpeluang untuk mendengarnya hinggalah munculnya zaman mp3,internet dan youtube...tetapi saya suka Entombed....terutamanya zaman death n roll mereka...heheh..
BalasPadamAku suka kalo inlay cd tu tebal n penuh info..cuma yg menyakitkan hati kalo beli cd malaysia pressing..biasanya inlay sekeping.hampeh betul mcm beli cd pirate pulak
BalasPadamsatu2nye band Sweden yang bukan mainstream yang aku fanatik ialah Lost Horizon.
BalasPadamSayangnye dua album sahaja... Pada aku kalau orang cakap Power Metal ke hapa ke label2 genre yang aku kurang suka la label2 ni, aku akan cakap Lost Horizon.
jauh betul aku ketinggilan, aku ingatkan tadi band sabah ni, rupanya sweden, try dengar kat utube tadi memang best soundnya.
BalasPadam