Isnin, 16 Mac 2015

BUKU SWEDISH DEATH METAL BY DANIEL EKAROTH

Buku ni aku beli sekitar tahun 2010 melalui rakan baik aku. Dia offer aku buku ni sebab dia tau aku adalah penggemar muzik death metal sweden. Lagipun aku kerap juga order cd-cd death metal melalui distro yang diiklankannya(zaman forum metal to metal). Pertama kali jumpa dengan beliau( masa gig Braindead di KK, Sabah), dia ada cerita tentang buku ni dan dia offer dan orderkan untuk aku. Aku tanpa fikir panjang memang terus terima lagipun memang dah rancang nak dapatkan buku ni dan bagi aku rasa selamat sikit jika order dari orang lain(paham-paham je lah kalau order sendiri memang risiko besar sangkut dekat KDN)...hahaha
Aku rasa dalam 5 kali aku khatam baca buku ni. Memang masa tu buku ni jadi kawan karib aku pada waktu lapang. Lebih 450 muka surat dimana keseluruhan isi kandungannya berbahasa inggeris dan aku rasa macam membacanya dalam bahasa melayu pulak...hahaha Kemahiran berbahasa inggeris aku memang teruk. SPM dulu pun dapat subjek inggeris ni setakat lulus cukup-cukup makan...hahahaha. tapi disebabkan minat aku terhadap buku ni menjadikan isi kandungannya amat mudah aku faham. "oh my english...hahahaha"
Buku ini dikarang oleh Daniel Ekeroth(Iron Lamb, Insision, Dellamorte ), seorang metalhead yang tidak perlu dikenalkan lagi dalam scene underground metal sweden. Memang tidak hairanlah buku ni dapat memberikan kepuasan kepada aku. Isi kandungan dan Info dalam buku ni cukup padat. Banyak gambar-gambar rare dari band hingga ke flyers rilisan, gig dan zine yang majoritinya aku tak pernah tengok lagi disertakan dalam buku ni. Dalam buku ni jugaterdapat ruangan khas setebal 120 muka surat senarai band-band dari A sampai Z beserta dengan dikograpi(kira ensiklopedia lah ni..).
Lagi satu yang aku suka adalah sususan isi kandungan dalam buku ni disusun sangat kemas dan menarik. Bermula dari scene punk, kemunculan bathory sebagai perintis ekstrim metal sweden, kelahiran band death metal sweden dan perkembangan scene death metal sweden ke seluruh dunia. Itu yang sampai 5 kali aku khatam. Baru puas hati.. Zaman sekolah dulu memang menjadi tabiat malas aku jika membaca buku-buku yang berkaitan dengan subjek sekolah. Mungkin sebab tidak minat. Rasanya kalau buku ni dijadikan subjek sekolah dulu memang aku rasa aku yakin dapat markah A+...hahahaha Sekian.


                                                           punk connection!!!


                                         Pelopor Ekstrim Metal Sweden..Bathory


                                 Bermulanya scene death metal sweden..yeahhhh!!!

Merciless...muzik death thrash yang banyak pengaruh german teutonic thrash metal!!!  band yang pertama menghasilkan album death metal di Sweden pada tahun 1989 melalui album "the awakening"

kalau USA ada Scot Burn dan Morrisound studio...Sweden ada Thomas Skogberg dan Sunlight studio..

                                   Swedish death metal berkembang ke seluruh dunia

                                     tidak lupa juga band kegemaran Dismember!!!

                                          
                                             
                                                        gambar-gambar flyers..

                                                  ruangan fanzine death metal


Editor bergambar ala-ala band Entombed seperti dalam album "left hand path"






9 ulasan:

  1. aku kalau masuk genre2 gini aku mati akal. Tapi aku pernah tengok Shining main. Terkejut beruk kejap.

    BalasPadam
  2. haha macam aku juga, bahasa inglis aku hancur, tapi bila baca zine underground macam baca bahasa melayu pula. ohya dulu aku ingatkan bathory ni dari norway. rupanya bapak metal sweden.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x heran kalau ada org igt bathory dr norway sbb majoriti pengaruh utama norwegian black metal adalah band bathory...

      Padam
  3. Menarik..cover buku yg jadi masalah tu kalo beli online.nasib baik lepas yek

    BalasPadam
  4. masih belum berpeluang nak baca buku ni....

    btw...ko dulu pun members forum Metal Terus ker?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pastinya tidak bro..sbb aku buka forum tu hanya utk cari barang2 metal...hal2 lain aku x ambil tau...lgpun masa tu aku masi tgl di tawau..sumber terhad..tp bila dorg iklan jual brg dlm forum tu mmg aku kerap masuk just sbg pelawat biasa..aku stat suka masuk tu form pun hanya thn 2008 smp forum tu x aktif..

      Padam
    2. ooo..ok...padanlah macam tak perasan nama...aku aktif sejak dari awal...tapi banyak lepak kat thread general ajer terutamanya bolamania...maklumlah...nak cerita pasal metal tak cukup ilmu...heheh...

      Padam
  5. Agaknya berapa lah harga buku ni sekarang? huhuhuhuhu! geram juga nak sambar. Saya tengok ada 1 lagi buku yang ditulis oleh Paul Spekkman (Master) arggggghhhh geram nak sambar jer buku tu. harga 44 euro pehhhh.... simpan angan-angan jelah hahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu dkt cambell kedai karung guni jual rm180...

      Padam