Isnin, 9 Februari 2015

UNLIGHT DAWN


Salah satu rilisan kegemaran aku adalah debut MCD band Unlight Dawn yang berasal dari Sabah. Band yang ditubuhkan sekitar tahun 2009 tetapi anggota-anggota band semuanya orang-orang lama scene metal Sabah. Andy-vocal(Hellstorm), Kevin-drum(Mantak, Crown ov Horn), Adiek-bass(Inside, Maar) dan Rajj-guitar(Akagrish,Crown ov Horns). Aku kenal band ni melalui myspace(yang aku sendiri pun tidak mempunyai akaun myspace), iaitu melalui hasil google di internet. Zaman myspace ni memang mempercepatkan kita mengenal band-band yang baru. Main muzik black metal yang pengaruh kuatnya daripada band Marduk lama. MCD ni dirilis oleh label underground tempatan Sabah iaitu Evil Dead Production(500 cetakan) iaitu pada tahun 2009 dan format kaset dikeluarkan pada tahun 2013 juga melalui melalui label underground Sabah iaitu Hellfire record.(ada lagu bonus). CD ni aku peroleh melalui hasil trade dengan pemilik label EvilDead(Firdaus). Kalau peminat muzik black metal memang tiada masalah nak hadam lagu dorang  yang sememangnya hebat-hebat dan kreativiti mereka menghasilkan lagu black metal yang tidak membosankan. Cuma durasi keseluruhan 12 minit MCD ni membuatkan aku rasa tak cukup puas bila mendengarnya. Aku pun tak pasti sama ada cd ni ada lagi ke atau dah capai status sold out. Kalau ada orang bertanya aku pasal rilisan black metal yang terbaik dari sabah pastinya aku mencadangkan mini album UNLIGHT DAWN!!!.




                                                     dengarkan lagu dorang!!!


5 ulasan:

  1. menarik..
    yep dulu sebelum youtube semua naik, nak dengar muzik heavy selalu gi myspace

    BalasPadam
  2. aku ada beli kaset ngan bajunya siap percuma patchesnya lagi, total gilababi ni band. baju band ni aku hanya pakai 2 kali, lepas tu aku simpan., agak gila ayat yg tertulis dibelakangnya. hahaha dalam kaset tu lagu bonus kira rakaman rehersel. total hancur berkecai soundnya. tapi layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tshirtnya memang bahaya kalau dipakai d semenanjung...tp kalau di sabah mmg xda apa2pn klu dipakai..selamba jak...hahaaha

      Padam
  3. boleh pergi jauh biasanya 'band setan' macam ni.... sound evil abis... lirik kufur abis jugak ke? black metal Sabah memang gile arr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. black metal di sabah mmg penuh dengan kekufuran...tanpa muzik black metal pun memang dah boleh kufur...hehehe

      Padam