Tahun 2001 adalah tahun permulaan bagi aku ketagih terhadap muzik metal dimana permulaannya adalah dengan membeli kaset Iron Maiden-beast of the beast. Tahun 2001 juga bukanlah tahun pertama aku membeli kaset kerana kalau diikutkan sejarah pembelian kaset pertamaku bermula tahun 1999(kaset MLTR...hahaaha) diiikuti dengan pembelian kaset-kaset kumpulan XPDC, Amuk, Metallica dan Scorpions. Yang peliknya aku mula kenal Metallica melalui radio, pinjam cd live cunning stunt(aku tak tengok pun) hinggalah ke pembelian kaset S&M, namun aku tetap tidak berminat terhadap Metallica. Aku mula kenal Iron Maiden iaitu pada sekitar tahun 2000 melalui majalah hiburan gosip tempatan dimana mereka baru saja mengeluarkan album brave new world. Masa tu memang setiap majalah hiburan mesti ada iklan 1 muka surat album brave new world. Tapi niat untuk memiliki album tu memang tiada disebabkan aku kemaruk dengan band-band tempatan seperti XPDC, Amuk dan Wings. Aku sempat juga ambil keratan majalah (macam poster) untuk dijadikan koleksi selepas aku membeli album kompilasi beast of the beast pada tahun 2001.
Lagu-lagu seleksi yang cukup memberi kepuasan
Melalui aktiviti pinjam-meminjam barang dengan rakan sekolah aku terpengaruh dengan Iron Maiden. Masa tu aku pinjam vcd live cetak rompak konsert raising hell(cover cd album brave new world...hahahaha) dari rakan sekolah aku. Dia bukan seorang peminat muzik rork/metal tapi masa tu dia ada bawa vcd maiden kepunyaan abangnya dengan harapan dapat pinjam vcd lain dari rakan yang lain...hahahaha Aku tengok vcd maiden terus aku offer bagi pinjam aku punya vcd(aku pun tak ingat vcd apa yang aku bagi pinjam) untuk pinjam vcd tu. Balik rumah terus pasang dan memang aku terpukau dengan persembahan live Maiden Raising Hell(ada acara silap mata lagi..hahaha). Aku ingat lagi masa lagu permulaan (be quick or be dead) dalam hati aku terus berbisik mengapa aku lewat sangat kenal band ni dan sejak hari itu aku dah jadi peminat Maiden(tapi bukan die hard). Lepas je tengok vcd tu aku dah rancang untuk kumpul duit beli kaset Iron Maiden. Ye lah masa tu masi lagi di bangku sekolah dan kalau nak dapatkan benda-benda macam ni memang kena kumpul duit harian belanja sekolah. Dalam masa dua minggu aku kumpul duit dan akhirnya dapat juga aku beli kaset yang menyebabkan aku terjerumus dengan muzik metal hingga ke hari ini. Dua bulan album ni jadi playlist, asal balik sekolah je memang kena pasang dekat hifi(feb-mac2001) sampaikan aku dah bole hafal lirik-lirik lagu dorang..hahaha
Yang menghalang aku mengumpul semua material Maiden adalah disebabkan dalam masa yang sama aku juga terpengaruh dengan wabak death metal dan keinginan mendengar semua band-band metal yang lain. Almaklum lah sumber duit yang aku peroleh hanya melalui simpanan duit harian belanja sekolah (rm2 sehari). Memang sepenuh hati berlapar di sekolah hanya disebabkan nak kumpul duit beli kaset. Duit yang diberi memang simpan semua dengan harapan dapatlah aku membeli kaset dalam dua keping sebulan.(nasib baik tak kena penyakit gastrik..hahaha). Kalau lah aku dapat kembali ke zaman ni, memang aku akan kumpul semua kaset Maiden (dari debut album sampai brave new world) yang aku tak nak beli disebabkan dalam masa yang sama keinginan nak beli kaset band metal yang lain seperti Sil Khannaz, Obituary, Cannibal Corpse dan lain-lain.( Kira nak dahulukan band yang belum lagi aku dengar). Aku ingat lagi ada sebuah kedai kaset dekat bandar tawau jual kaset album debut s/t Maiden dan killer(kaset warna putih). Aku rasa masa tu kalau ada duit lebih rasanya memang aku beli kaset tu. hahahaha. Masa tu juga terdapat perbandingan antara aku dan rakan-rakan sekolah(semuanya bukan rockers/metalhead pun) yang membandingkan Maiden dengan Metallica. Dorang cakap Metallica best, siap nyanyi lagu enter sandman dan nothing else matters. Ye lah satu dunia kenal dengan populariti Metallica. Dorang siap gelak lagi dengan suara dickinson..hahaha Tapi aku tetap dengan pendirian aku yang mengatakan bahawa aku lebih meminati Iron Maiden berbanding Metallica. Sekian.
Minat band lain2 tu takda masalah,citarasa masing2 kan,tapi ko meminati muzik metal pada zaman muzik metal pada masa tu (pertengahan 90an dan awal 2000)tengah merudum,ketika semua org suka hip hop,britney spears n lagu jiwang2..syabas bro kau membuat pilihan yg tepat \m/
BalasPadamzaman tu zaman limbizkit dengan linkin park bro..slipknot pun muncul dgn keganasannya...nasib baik aku x terpengaruh...hahahaha
PadamMaiden memang best.tak rugi ko discover iron maiden.aku kenal maiden ni pun masa aku sekolah rendah lagi album somewhere in time (1986)masa tu darjah 4.heheh..
Padamsemua orang ada ceritanya bagaimana boleh tejebak....dan betul kata Rafi memang respek bila seseorang tu suka muzik yang bukan pada zamannya...respek!
BalasPadamdari satu genarasi ke satu genarasi...Up the irons!!!
hampir sama juga jalan ceta kita, tapi aku lambat sikit 5 tahun, 2004/2005 baru aku dapat beli kaset pertama ku.. mulanya gilababi ngan search lepas tu ngan cromok, sampai lah kepada muzik yang diharamkan, masa isu black metal naik aku pula makin suka ngan black metal. betul juga tu, masa mula2 kalau lah bleh diundur waktu tu, sambar semua kaset2 yang ada. aku ingat lagi kat klang tahun 2006, mmg mana2 market bleh nampak longgokan kaset rm10 3 pcs. sayangnya masa tu tak banyak band2 metal yang aku tahu. kira rugi juga lah apa yang aku beli asal ada logo pentagram aku ambil.
BalasPadamrasanya tahun 2001 jgk plg mencabar utk aku dan bdk2 baru nk kenal metal sbb tahun tu lepas bberapa keping tape aku beli timbul isu black metal..halangan utama pastinya dtg dr org tua..thn tu aku masi bole dgr lagi sesuka hati tp bila thn 2002 bapa aku mengharamkan aku dgr kaset2 metal siap warning bakar lagi klu aku dgr...start dr situ aku dgr sorok2 guna walkman or time dia xde dkt rumah je klu guna hifi...haahahaha
PadamMetallica.. sejak dot dot dot AJFA (dan tiga dot tu sangat penting)..
BalasPadamUntuk aku aku nye paling feberet dorang ialah - Bleeding Me, ermmm... Gimik Cunning Stunt orang terbakar tu... ermmm.... Kill The King medley untuk Ronnie James Dio Rainbow Rising tu... ermmm.... dah.. HAHA
terus terang mmg lmbt jgk aku terima metallica setelah aku dgr 3 album awal sekitar tahun 2005(lambat sgt)...baru lah aku iktiraf dorg memang terbaik dr semua segi...kalau metal tetap no1 di dunia(dari segi penjualan album)...semua album laku dan yg pasti xde masalah jual 1 juta unit dlm masa yg singkat..hahaaha
Padam