Sekitar tahun 2000 hingga 2004, boleh dikira dengan jari band-band dari Sabah yang menghasilkan profesional rilis dibawah label-label Underground Metal tempatan antaranya Mantak-dark borneo art Ep-2000(MusicBoxProd), Mantak-eye of deviant-2002(NebiulaProd), Maximum Decibel Desaster Compilation-2002(MusicBoxProd), Mantak-polymorphous perversion-2004(NebiulaProd) dan Demizer-hand of hate Ep-2003(NebiulaProd). Kaset EP ni aku beli sekitar tahun 2003 ketika aku masih lagi berstatus penganggur profesional yang tiada sumber pendapatan dengan menggunakan duit belas kasihan yang bapa aku bagi(rm20 kalau x silap aku)...hahaah Bila dapat duit terus saja aku pergi berjalan ke bandar tawau tanpa arah tujuan dan yang paling penting tempat yang aku akan kunjung adalah kedai kaset yang paling terkenal di tawau iaitu Kedai "Top Ten" yang ada lebih 5 buah cawangan disekitar bandar tawau sahaja(kedai ni banyak kaut untung jual vcd cetak rompak...hahaha).
Dengan berbekalkan duit rm20 +duit yang tinggal dalam wallet aku(rm5-rm1.5 tambang bas), aku terus sahaja pergi ke kedai cawangan utama kedai Top Ten sebab dekat situ memang banyak stok kaset yang dijual dengan harga potong kepala..cilaka punya tauke...hahaahha Bayangkan harga kaset biasanya rm 14.90 tapi kedai ni jual dengan harga rm18.90(dah macam kaset keluaran EMI pulak..hahaha). Masa tu tidak disangka-sangka ada kaset Ep Demizer yang dijual dengan harga RM14.90(lagi beli dengan harga potong kepala sedangkan harga pasaran rm9.90). Aku tengok kaset tu dekat rak dan tanpa berfikir panjang aku terus sambar. Lagipun aku dah kenal Demizer melalui kaset kompilasi panggilan pulau puaka. Dah beli je kaset ni memang terus tak sabar-sabar pulang rumah menghadap hifi untuk layan lagu-lagunya.hahaahaha
Sudah semestinya Demizer memang terkenal dengan muzik Melodic Death Metal ala-ala Children of Bodom, In Flames, Dark Tranquillity dan Armorphis lama. Lagu-lagu dalam kaset ni memang banyak part-part solo ala Mamstein dan Children of Bodom yang kadang-kadang didengar macam album gitaris solo pulak...hehehe (macam stacy cakap tu"opss terlebih sudah",,,hahaha). Cover artwork memang menghampakan sama kes macam album Mantak-polyphomous pervesion(mungkin disebabkan isu black metal yang masi panas dan label terpaksa guna artwork yang selamat untuk mengelakkan sebarang masalah...hahahaha). Rasanya kalau tak silap aku lagu terakhir dalam Ep ni "zero divination" adalah lagu dari kompilasi kaset Maximum Decibel Desaster yang diterbitkan sekitar tahun 2002.
baca kau cerita ni teringat zaman dulu mana2 supermarket dalamnya mesti ada jual kaset...tapi macam biasalah...harga potong kepala....
BalasPadambtul bro..klu diingat balik mmg cilaka betul...hahahaa minat pnya pasal..
PadamWow! aku hanya ada CD album terbaru mereka je "Carnage Mastermind". Boleh tahan album dia. hahaha!
BalasPadamalbum carnage lg better bro dr segi rakaman, susunan lagu dan packaging cd..
Padamya! saya berpuas hati dengan hasil persembahan deorg dalam album tu hahaha!
PadamThorbaik cerita2 ko kat sini.
BalasPadamDuit belas kasihan? haha...
mcm ni bro dialog bapa aku" nah ambil duit ni(rm20).ko pegi la jalan2 dekat bandar.."...maybe dia selalu tgk aku terperuk duduk dekat rumah, dan dgn rasa belas kasihan dia bagi duit dkt aku suruh keluar jalan2....hahaha
Padambaru betul2 maniac, duit sakit pun bikin beli kaset juga. haha. thanx info bro, kalau aku terlihat kaset ni, aku akan sambar...
BalasPadamkalau nasib baik bro bole dapat lg kaset ni...sambar terus..
Padam