Selasa, 17 Februari 2015

BRAINDEAD - from the ecstacy


                               kurang 1 versi (versi 1st press tape keluaran dark journey rec)

Ketika album ni dirilis pada tahun 1992, aku masih lagi budak hingusan darjah 1  yang buta terhadap muzik. Kalau ada pun muzik yang aku minat, seingat aku rasanya hanya lagu Rolling Stone"pain in black" disebabkan lagu tersebut adalah lagu sountrack untuk pembukaan drama tv bersiri  perang aku minati(aku pun tak ingat tajuk drama tu). Aku mula mengenali Braindead sekitar tahun 2005 melalui aktiviti pinjam-meminjam kaset yang berlaku di asrama UiTM  Sabah. Masa tu memang aku dah kenal ramai student yang more into muzik-muzik ekstrim. Dipendekkan cerita, ada seorang rakan yang offer aku kaset Braindead(versi PSE) dan aku offer dia kalau tak silap aku kaset-kaset Morbid Angel dan dari situ lah bermulanya minat terhadap Braindead. Pinjam memang tak best sebab sampai masanya tuan punya barang akan tuntut balik, dan akhirnya aku pergi ke kedai kaset sekitar bandar Kota Kinabalu untuk beli album ni dan dijadikan koleksi peribadi.hahaaha Tahun tu aku rasa memang mudah nak dapatkan album ni(versi PSE) di kedai-kedai kaset. Teringat lagi aku kenangan pertama kali menjejakkan kaki ke Nebiula Heavy Metal shop pada tahun 2007, kaset ni dijual pada harga rm10(3 keping). Kalau lah aku berfikiran seperti seorang yahudi, memang aku borong semua kaset tu dan jual dengan harga potong kepala macam sekarang ni...hahahaahaha

                                       Kaset versi Psychic Scream Entertainment(PSE)

Tahun 2010 adalah tahun yang bersejarah bagi diriku dan metalhead-metalhead Sabah kerana dapat menyaksikan persembahan live Braindead di depan mata(gig di Kota Kinabalu). Masa gig tu tshirt dorang sold out dalam sekelip mata dan aku adalah salah seorang yang terlepas..(macam pisang goreng panas) Yang dapat ku beli hanyalah Cdr album from the ecstacy. Terpaksa beli disebabkan masa tu album ni belum lagi rilis dalam format cd. Akhirnya album ni secaranya rasminya dirilis juga dalam format Cd pada tahun yang sama melalui label Thrashingfist Production. Cuma yang mengecewakan aku adalah design cover inlay cd adalah sangat-sangat amatur walaupun dirilis secara profesional. Memang tidak memuaskan. Namun kekecewaan itu terpadam bila label tersebut meriliskannya semula pada tahun 2014. Menggunakan cover lukisan versi piring hitam dengan 8 muka surat inlay beserta dengan interview fronmant Ein Possessor sudah cukup berbaloi dan memberikan kepuasan membelinya. Dalam masa yang sama juga album tersebut juga dirilis dalam format kaset oleh label yang sama dan sekali lagi memberikan kepuasan yang berganda.

                versi CD tahun 2010 keluaran Thrashingfist Prod yang sangat mengecewakan


          Label Thrashingfist membuat penambahbaikkan melalui rilisan 2014 yang sangat kemas


                                       versi kaset 2014 keluaran Thrashingfist Production

Kita semua sedia maklum bahawa album ini juga dirilis semula dalam bentuk piring hitam pada tahun 2010 melalui label yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Nuclear War Now Production. Masa tu memang berniat nak beli untuk melengkapkan koleksi tetapi bila difikirkan aku memang tak ada pemain piring hitam dan dalam masa yang sama memikirkan soal penjimatan duit, niat tu terpaksa aku lupakan. Yang peliknya aku kembali mencari versi piring hitam ni dan membelinya pada awal tahun 2014 iaitu semasa berlangsungnya gig Blast From The Past(anjuran Nebiula Production). Kalau tak silap aku, rasanya aku beli direct melalui gerai yang dibuka oleh frontman Braindead (Ein Possessor) sebab masa mula-mula aku masuk depan venue memang beliau yang duduk jaga gerai tu. Lama juga aku berfikir nak beli dan akhirnya aku membuat keputusan untuk membelinya selepas 30 minit memikirkannya(sebab sebelumnya dalam masa yang sama aku melepas piring hitam Sil Khannaz"conception of madness")...hahahaha Tapi masa aku beli, yang jaga gerai tu adalah seorang perempuan. Aku beli sekali dengan demo Piring Hitam Braindead dan harga yang ditawarkan kalau tak silap aku semua sekali jumlahnya dalam RM140 lebih murah dari tahun 2010(untung aku..hehehe)

         versi piring hitam keluaran label Amerika Syarikat iaitu Nuclear War Now Production


Aku juga bersyukur sebab ada juga label yang nak rilis semula album ni walaupun tanpa menggunakan master tape yang asal dan secara tidak langsung generasi baru dapat memiliki  dan mendengar album ni. Jadi, pada yang pernah memiliki versi kaset 1st press keluaran asal sahaja yang dapat membezakan sound album ni dengan versi yang terbaru. Aku pun memang tak pernah lagi dengar sound kaset versi 1st press memandangkan aku sendiri tidak pernah memilikinya dan kalau ada yang nak jual pun memang aku tak mampu nak beli(harga boleh beli piring hitam..hahahah). Lagipun aku sekarang ni lebih mengutamakan versi baru yang harganya jauh lebih murah kerana bagiku perlu ada kawalan kewangan memandangkan hobi mengumpul muzik ni memerlukan pembaziran duit yang banyak..hahaha. Sekarang ni aku berdoa agar aku tidak terpengaruh dengan penyakit mengumpul piring hitam yang akan menyebabkan aku kehilangan duit dalam jumlah yang lebih besar...hahahahaha .  Akhir kata, HIDUP DEATH METAL TANAH MELAYU!!!!





7 ulasan:

  1. Setuju. Hobi mengumpul muzik ni memang satu pembaziran...memang payah la kalau dah terjangkit....hahaha....

    apa2 pun kira tahniah la...dah boleh kira complete la tu....btw...kalau tak silap aku lagu The Rolling Stones - Paint It Black tu dari cerita Tour of Duty...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedangkan lagu rolling stone tu aku baru dpt tau tajuknya thun 2009..lama kn..yg terkini tajuk cerita Tour of Duty...hehehe thanks for info bro..

      Padam
  2. killer koleksi brain dead mu ni, aku tidak perna terfikir mau beli tu piring hitam, kadang kalau difikir2 memang bagus beli sebab kalau sudah 10 tahun lagi dari skg mmg masuk tahap rare gilababi lah kan, skg ni pun sudah masuk rare. apapun brain dead ni kira band metal terbaik dari malaysia juga, sayangnya hanya satu album saja.

    BalasPadam
  3. oh ya lagi satu, aku mula2 beli brain dead ni cetak rompak punya cd, aku beli kat nebiula, masa tu mana tahu cdr, sebelum rilis pro cd. haha. aku simpan buat kenangan, tapi sound cdr mmg mantap dari yang pro cd. bagi telinga aku lah.

    BalasPadam
  4. From the ecstasy tu teringat aku cover album kreator coma of souls..heheh

    BalasPadam
  5. Very true. Kumpul2 ni kena ada strategi untuk dapatkan best items at best price. Love the writing.

    BalasPadam
  6. ermmmmmmm versi LP saya xdapat2 lagi huhuhu! album ni memang best! fuhhhh!

    BalasPadam