Isnin, 23 Februari 2015

KAAMOS - scales of leviathan


Aku mengenali band Kaamos melalui pencarian rambang di internet sekitar tahun 2005. Macam biasa dengan menaip perkataan "old school death metal" pada pencarian google secara tidak sengaja aku terjumpa band ni. Dapat je masuk ke laman web rasmi band ni dan semestinya ada link download sample lagu, terus tekan dan download lah jawabnya dengan rasa gembira. Dari situ aku dapat kenal Kaamos melalui lagu sample "prophesies" dan "black revelation. EP ni aku beli sekitar tahun 2009 melalui forum Metal 2 Metal (dah tutup forum ni). Zaman tu kalau nak beli cd metal memang kena rajin-rajin lah masuk forum ni..hahaha. Kaamos berasal dari Sweden tetapi yang paling menarik muzik death metal mereka jauh bezanya dari gergasi death metal sweden seperti Entombed dan Dismember. Secara peribadi pengaruh muzik Sadistic Intent/ old Morbid Angel(altar of madness)+Autopsy/Death(era scream bloody gore) adalah yang paling hampir dengan Kaamos. Kalau peminat muzik old school death metal macam aku rasanya EP ni memang makanan...hahahaha Sayang band ni sudah R.I.P




2 ulasan:

  1. macam menarik, nanti ku cuba tray dengar.

    BalasPadam
  2. ahhh metal to metal nye forum aku suka baca masuk situ dulu..
    tu pasal sampai sekarang aku masuk blog si ben tu aku panggil dia MM haha.

    BalasPadam