Rabu, 23 Oktober 2019

DISMEMBER - Complete Demos


Salah satu keseronokan dan keterujaan bila label dari Sweden iaitu Regain Records meriliskan semula demo-demo band Dismember dalam format CD pada tahun 2005 dengan tajuk “Complete Demos”. Terus terang aku cakap yang aku mendengar lagu-lagu demo dismember melalui rilisan ini. Aku memang tidak berkesempatan untuk memiliki demo-demo format fizikal dalam bentuk kaset yang sudah lama sold out. Ada pun dijual dilaman web seperti eBay memang harga cekik darah. Lagipun aku tidak akan mengambil risiko memburu rilisan tersebut yang tidak pasti ketulenan demo tersebut dan satu hal lagi berhadapan dengan rip off seller. Jadi rilisan ini adalah penyelesaian paling mudah dan selamat untuk peminat Dismember. Yang penting rilisan itu original…hahahaha


Cuma dari segi booklet, tidaklah sehebat rilisan kompilasi demo Nihilist(pre-Entombed) NIHILIST 1987-1989 demo collection cd yang bookletnya setebal 24 muka surat. Rasanya hanya 8 muka surat sahaja beserta dengan gambar-gambar rare. Bolehlah janji ada kan. kompilasi cd ni sudah semestinya mengandungi 9 buah lagu yang diambil dari demo Dismembered(1988), Last Blasphemies (1989) dan demo klasik mereka iaitu Reborn in Blasphemy(1990). Manakala cover kompilasi cd ni diambil dari cover asal demo Reborn in Blasphemy.


Boleh dikatakan 90% lagu dalam demo mereka telah pun dirakam dalam dua album awal Dismember antaranya defective decay, dismemebered, deathevocation dan sickening art. Rasanya hanya lagu Substantually dead dari demo debut dismembered yang belum pernah lagi dirakam semula. Manakala semua Lagu dalam demo kedua pula iaitu Last Blasphemies deranged from blood, blasphemies of the flesh, self dissection) dirakam semula dalam album Carnage “Dark Recollection”. Keseluruhan sound rakaman lagu-lagu dalam demo ni memang rabak, kotor dan raw, tetapi keseluruhan bunyi alat muzik boleh didengar dengan jelas. Dari rakaman lagu dan skill permainan pula memang terdapat peningkatan dari segi kualiti pada setiap demo yang dihasilkan oleh mereka.


Diawal penubuhan line up hanya 3 orang sahaja iaitu Robert Senneback (vokal), David Blomqvist (gitar) dan Fred Etsby (drum). Manakala kemasukan Vokalis Marti Karki hanya selepas mereka meriliskan demo Reborn in Blasphemy. Cara vokal Robert pun berbeza yang mana cara beliau lebih kepada vokal growl screamer ala Chuck Schuldiner manakala Marti Karki pula lebih kepada vokal standard deep growl. Keseluruhan susunan lagu dan riff-riff gitar memang kuat pengaruh Death dan Autopsy yang sememangnya kedua-dua band tersebut menjadi sumber rujukan utama Dismember. Satu lagi kompilasi cd yang wajib dimiliki oleh peminat Dismember dan seluruh peminat Swedish Old School Death Metal.



RUJUKAN BLOG:
1) DISMEMBER - Casket Garden
2) DISMEMBER - Massive Killing Capacity
3) DISMEMBER - Where Iron Crosses Grow
4) DISMEMBER - The God That Never Was

Tiada ulasan:

Catat Ulasan