Rabu, 2 Oktober 2019

MEGADETH - Killing Is My Business... And Business Is Good!


Megadeth antara salah satu band metal popular yang wajib aku miliki setiap album mereka. Berdasarkan info yang aku baca, album ini terhasil atas balas dendam Dave Mustaine terhadap Metallica diatas pemecatan beliau. Ye lah siapa pun marah kan dah kena pecat memang dendam la jawabnya…hahahaha Yang pasti Dave Mustaine gigih mencipta lagu bersama-sama dengan David Eleffson dengan cara lebih pantas, ganas dan teknikal dari lagu yang dihasilkan oleh band Metallica dan maka terhasillah album Killing is My Business…And Business is Good!


Memang betul pun album ini mengatasi dua album terawal Metallica dari segi kelajuan dan teknikal. Bandingkan saja tempo lagu “Mechanix” ciptaan Megadeth dan “the four horseman” ciptaan Metallica. Lagu pembuka Last Rites/ Love To Death memang cukup laju tempo thrash metalnya dan riff gitar yang berat. Keseluruhan lagu dalam album ni memang aku boleh hadam secukupnya. Satu lagi kelebihan Megadeth adalah Drummer mereka Gar Samuelson yang kuat pengaruh permainan muzik jazz(memang bukan ortodok metalhead). Cuma dari segi catchy ataupun mudah dihadam, Metallica adalah juara dalam penciptaan lagu. Sebab itu jualan setiap album Metallica mengatasi album Megadeth.


CD ni adalah cd cetakan semula tahun 2002 yang diriliskan oleh label Loud Record dengan cover artwork yang baru, lagu-lagu dalam album di remixed + remastered dan juga terdapat bonus track l3 lagu yang diambil dari demo mereka "Last Rites". Album cetakan versi 2002 ini diriliskan dan ditujukan khas sempena memperingati mendiang Gar Samuelson iaitu drummer dalam album ni yang telah meninggal dunia pada tahun 1999. Album ni aku kategorikan sebagai album speed thrash metal yang teknikal dan sehingga hari ni konsep itu kekal bersama album-album terkini Megadeth.




RUJUKAN BLOG INI:
1)MEGADETH - Capitol Punishment

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. ada bro..tp tu la..banyak sgt bunyi censored tooottttt..toooott...hahahaha

      Padam