Pada awal tahun 90’an iaitu sekitar tahun 1990 hingga tahun
1993, scene death metal berada dikemuncak selepas munculnya album-album death metal terbaik dari seluruh pelusuk dunia, dan tidak ketinggalan juga scene Swedish death
metal yang diterajui oleh band-band hebat seperti Entombed, Dismember, Grave
dan Unleashed. Entombed merupakan pencetus populariti Swedish death metal
dengan kehebatan debut album mereka “left hand path”(1990) dan album kedua “clandestine”(1992). Mereka sekali telah menggemparkan scene death metal dunia iaitu pada sekitar tahun 1994, telah muncul dengan album “wolverine
blues” yang mana album tersebut berkonsepkan death n roll(element death metak
diadun dengan muzik hard rock). Dismember juga tidak ketinggalan dan melakukan
eksperimentasi yang sama melalui kemunculan ep “casket garden” iaitu pada
sekitar tahun 1995.
Melalui ep ini, 3 buah lagu telahpun dicipta, yang mana dua
buah lagu iaitu “casket garden” dan “justifiable homicide” berentak death n
roll manakala satu lagu lagi iaitu “wardead” masih lagi mengekalkan sound asal
old death metal. Cuma dari segi keberatan sound gitar tu berkurang. Mungkin disebabkan tombol volume boss heavy metal distortion tidak berada pada volume maksima. Melalui ep ini, mereka memberi mesej kepada peminat
mereka pada waktu tersebut bahawa mereka bakal muncul dengan album yang
berkonsepkan death n roll, yang mana selepas itu terbit lah album “massive killing
capacity”, iaitu pada sekitar tahun 1995. Kiranya ep ini adalah salah satu langkah promosi
Dismember dan Label mereka pada waktu tersebut iaitu Nuclear Blast records
untuk album penuh “massive killing capacity”. Lagu “casket garden” merupakan
satu-satunya lagu dalam ep ini yang sentiasa menjadi setlist live Dismember dan
juga merupakan lagu popular dan menjadi kegemaran peminat mereka termasuk saya.
Tak penah tau pun pasal ep ni.90an dulu banyak band metal suka bereksperimen.skrang je ada band yg dah balik ke pangkal jalan
BalasPadamaku akui ini antara band yang aku terlepas pandang ketika era 90an...baru beberapa tahun kebelakangan ni cuba untuk mendengarnya semula
BalasPadam