Salah satu keseronokan dan
keterujaan bila label dari Sweden iaitu Regain Records meriliskan semula
demo-demo band Dismember dalam format CD pada tahun 2005 dengan tajuk “Complete
Demos”. Terus terang aku cakap yang aku mendengar lagu-lagu demo dismember
melalui rilisan ini. Aku memang tidak berkesempatan untuk memiliki demo-demo
format fizikal dalam bentuk kaset yang sudah lama sold out. Ada pun dijual
dilaman web seperti eBay memang harga cekik darah. Lagipun aku tidak akan
mengambil risiko memburu rilisan tersebut yang tidak pasti ketulenan demo
tersebut dan satu hal lagi berhadapan dengan rip off seller. Jadi
rilisan ini adalah penyelesaian paling mudah dan selamat untuk peminat
Dismember. Yang penting rilisan itu original…hahahaha
Cuma dari segi booklet, tidaklah
sehebat rilisan kompilasi demo Nihilist(pre-Entombed) NIHILIST 1987-1989 demo collection cd yang bookletnya setebal
24 muka surat. Rasanya hanya 8 muka surat sahaja beserta dengan gambar-gambar
rare. Bolehlah janji ada kan. kompilasi cd ni sudah semestinya mengandungi 9
buah lagu yang diambil dari demo Dismembered(1988), Last Blasphemies (1989) dan
demo klasik mereka iaitu Reborn in Blasphemy(1990). Manakala cover kompilasi cd
ni diambil dari cover asal demo Reborn in Blasphemy.
Boleh dikatakan 90% lagu dalam
demo mereka telah pun dirakam dalam dua album awal Dismember antaranya
defective decay, dismemebered, deathevocation dan sickening art. Rasanya hanya
lagu Substantually dead dari demo debut dismembered yang belum pernah lagi
dirakam semula. Manakala semua Lagu dalam demo kedua pula iaitu Last
Blasphemies deranged from blood, blasphemies of the flesh, self dissection)
dirakam semula dalam album Carnage “Dark Recollection”. Keseluruhan sound rakaman
lagu-lagu dalam demo ni memang rabak, kotor dan raw, tetapi keseluruhan bunyi alat muzik boleh didengar dengan jelas. Dari rakaman lagu dan skill permainan pula memang terdapat peningkatan dari segi kualiti pada setiap demo yang dihasilkan oleh mereka.
Diawal penubuhan line up hanya 3
orang sahaja iaitu Robert Senneback (vokal), David Blomqvist (gitar) dan Fred
Etsby (drum). Manakala kemasukan Vokalis Marti Karki hanya selepas mereka
meriliskan demo Reborn in Blasphemy. Cara vokal Robert pun berbeza yang mana
cara beliau lebih kepada vokal growl screamer ala Chuck Schuldiner manakala
Marti Karki pula lebih kepada vokal standard deep growl. Keseluruhan susunan
lagu dan riff-riff gitar memang kuat pengaruh Death dan Autopsy yang
sememangnya kedua-dua band tersebut menjadi sumber rujukan utama Dismember.
Satu lagi kompilasi cd yang wajib dimiliki oleh peminat Dismember dan seluruh
peminat Swedish Old School Death Metal.
1) DISMEMBER - Casket Garden
2) DISMEMBER - Massive Killing Capacity
3) DISMEMBER - Where Iron Crosses Grow
4) DISMEMBER - The God That Never Was