Rabu, 26 Julai 2017

MEGADETH - Capitol Punishment: The Megadeth Years


Aku bermula dengan muzik Megadeth agak lewat iaitu sekitar tahun 2001, iaitu dimana semua kegilaan aku terhadap muzik metal bermula pada tahun tersebut. Sebelum ini, aku hanya mendengar band Iron Maiden dan Metallica. Lagu pertama Megadeth yang aku mula-mula dengar adalah lagu train of consequences melalui videoklip dari vcd cetak rompak koleksi-koleksi band heavy metal. Kaset ni pula aku dengar melalui rakan sekampung aku yang mana pada masa tersebut dia juga pengumpul kaset-kaset metal. Dia beli kaset ni tahun 2002 dan aku apa lagi tumpang pinjam lah...hehehehe Hanya sekitar tahun 2005 baru lah aku beli sendiri kaset ni.


Salah satu faktor yang menyebabkan aku membeli kaset ni adalah disebabkan terpengaruh dengan kawan karib aku masa dekat UiTM. Masa tu dia bawa tape album rust in peace dan mainkan tape tersebut dekat bilik dorm kitaorang. Macam biasa lah dia menunjukkan skil bermain gitarnya dengan memainkan lagu holy wars..punishment due dan tornado of soul. Lagi satu lagu a tout le monde yang dia mainkan sememangnya lagu kegemaran aku...hahahaha Biasa lah chorus berlirik bahasa perancis yang menjadi penyebab aku tertarik dengan lagu tu.


Berbalik kepada kompilasi ni, rasanya kira kurang lengkap juga lah seleksi lagu-lagu terbaik yang terdapat dalam kompilasi ni hanya lagu holy wars..punishment due, hangar 18, train of consequences, sweating bullet, peace sells, symphony of destruction dan a tout le monde. Gambar band pun tiada, memang menyakitkan hati. Kalau peminat baru yang baru nak kenal megadeth memang malang lah sebab tak nampak muka line up megadeth...hahahah Yang ada hanya gambar album dan juga lirik-lirik lagu. Rasanya kalau hardcore fan megadeth memang kurang gemarkan album kompilasi ni...hahahaha.


Yang menariknya bagi aku tentang album kompilasi dalam album ni adalah disertakan dengan bonus dua lagu baru khas untuk kompilasi ini iaitu lagu kill the king dan dread and the fugitive mind. Kedua-dua lagu tersebut sampai hari ini sentiasa menjadi lagu kegemeran aku. Lagu dread and the fugitive mind pertama kali aku dengar melalui konsert vcd cetak rompak live rude awakening yang aku beli pada tahun awal tahun 2002. Pada pendapat peribadi aku, kaset ni merupakan sejarah koleksi peribadi terpenting aku sepanjang aku meminati band megadeth. Yang pasti, tahun ini merupakan sejarah terpenting bagi aku kerana dapat menyaksikan megadeth beraksi live di depan mata aku pada 4 julai 2017 di Kuala Lumpur. Sekian.


niat asal nak beli dethpit zone, tapi malangnya zone tu dah soldout. Rock zone pun jadilah asal dapat tengok depan mata.


3 ulasan:

  1. Cd aku pun hilang member pinjam terus buat harta..hehe..dengar cerita abg mus tak berapa setuju dengan setlist album ni.kebetulan kontrak diorang dengan capitol dah nak abes masa tu..tu pasal nama album ni capitol punishment

    BalasPadam
  2. 1st time tengok inlay dia...aku memang takder yang ni...

    BalasPadam