Rabu, 13 Januari 2016

VORMIT - live is your enemy

Aku kenal band ni melalui majalah muzik R.O.T.T.W iaitu pada sekitar tahun 2002-2005 rasanya. Pernah di interview dan direview stuff-stuff mereka di majalah tersebut. Kalau tak silap aku editor majalah tersebut meminati band ni. Mereka juga pernah beraksi di konsert Rock The World, dan dengar cerita penganjur konsert tersebut juga mendapat maklumat band Vormit melalui majalah R.O.T.T.W dan menjemput mereka beraksi di konsert tersebut. Bagi yang belum mengenali Vormit, band ni memainkan muzik grindcore dan merupakan band terawal dalam pergerakan scene ekstrim metal Sarawak yang seangkatan dengan band Senseless, Ungodly Death dan Mentally Murdered. Life is Your Enemy merupakan album sulung mereka yang keluarkan pada tahun 2007 melalui label tempatan iaitu Eastern Voice Production. Muzik mereka memang totally grindcore yang bersalut irama death metal. Rasanya rujukan terdekat album ni adalah album lagenda Napalm Death iaitu Harmony Corruption dan album From Enslavement to Oliberation. Sebelum album ni dikeluarkan, Vormit pernah menghasilkan "suicide motives" ep tahun 2004, "callendar sadness" dan "das capital" ep tahun 2002, demo "the god project" tahun 1992 dan juga debut demo "blossom in putrid" tahun 1990.

3 ulasan:

  1. belum perna dgr lagu2nya, perna baca juga dlm majalah info band ni.

    BalasPadam
  2. First time tahu pasal ni band dan asalnye.
    thanks

    BalasPadam
  3. Dulu aku ingat ni band oversea..

    BalasPadam