Selasa, 26 Januari 2016

ENTRAPMENT - Infernal Blasphemies

Demo Infernal blaphemies ni adalah demo sulung band Entrapment, iaitu band yang berasal dari negara Belanda. Pada asalnya band ni hanyalah one man band dan rasanya bila album sulung mereka diterbitkan barulah Entrapment mempunyai bilangan anggota yang lengkap 5 orang. Memang sudah dijangka dari awal lagi yang pengaruh utama band ni adalah dari band Nihilist(pre-Entombed) dan semestinya lagenda Death era "scream bloody gore". Susunan muzik pun tidak banyak bezanya dari demo kedua band ni iaitu putrefying stench. Kalau sekali pasang memang tak puas memandangkan durasi keseluruhan demo ni hanya bawah 9 minit. Cuma bunyi kaset yang aku miliki ni agak tenggelam dan kedalam sedikit berbanding dengan demo kedua yang lagi jelas volume bunyinya. Tak tau leh sama ada kaset yang bermasalah ataupun memang rakaman demo macam ni. Lagu-lagu dalam demo ni pun agak kurang menyengat berbanding dengan demo kedua mereka(rasanya peningkatan dari segi penciptaan lagu demo kedua lagi ok). Kalau nak cari keaslian death metalnya rasa memang tiada(sekarang ni era millenium..era kitar semula muzik) tetapi kalau nak dikategorikan demo ni sebagai penyambung legasi bunyi death metal era akhir 80'an dan awal 90'an rasanya memang tepat sekali. Band ni antara band kegemaran aku. Untuk ulasan demo kedua, sila rujuk sini.

4 ulasan:

  1. logo nya ada iras2 dismember..

    BalasPadam
  2. Band Belanda aku minat Heretic. Mula2 dorang main style black metal gitu dan imej serupa, lepas tu sekarang macam black n roll gitu. Tak senonoh liriks, tapi....... thorbaik

    BalasPadam
  3. Demo ni tahun bila?...menarik...mengimbau kenangan demo2 penghujung 80an dan awal 90an..

    BalasPadam