Nunslaughter merupakan antara band death metal terawal dari US dan ditubuhkan sekitar tahun 1987. Sudah semestinya band ni mempunyai sound dan trademarknya sendiri. Kreatifnya mereka mencipta muzik death metal dengan riff-riff gitar yang simple dan digabungkan dengan elemen punk. Band yang aktif dalam menghasilkan lebih seratus material dalam bentuk split album, ep dan live yang puratanya mencecah 10 ke 12 rilisan dalam setahun. Aku mengenali band ni melalui majalah brutallica iaitu sekitar tahun 2004. Lagu mereka yang pertama kali aku dengar adalah lagu "raid the covenant" yang rakan aku bagi melalui format mp3(aku burn masuk dalam cd). Album "angelic dread" ni merupakan album penuh keempat mereka yang dikeluarkan pada tahun 2014. Yang pasti album adalah album terakhir Nunslaughter bersama drummer dan orang kuat dalam band ni iaitu Jim Sadist yang meninggal dunia pada tahun lepas.
Album ni mengandungi 31 buah lagu dan dikeluarkan dalam format double cd, double lp dan juga kaset melalui label hellsheadbangers records. Album "angelic dread" masih mengekalkan akar muzik yang sama seperti rilisan-rilisan mereka yang terdahulu dan aku rasa memang akan kekal untuk rilisan seterusnya yang semestinya menggembirakan peminat fanatik mereka. Lagu-lagu dalam album ni majoritinya berdurasi 2 minit dan dipenuhi dengan gabungan antara riff-riff speed/thrash/black/death metal yang simple dan mudah dihadam. Pada tahun 2012, Nunslaughter pernah mengadakan siri tour jelajah negara-negara asia tenggara termasuk negara malaysia(1 di Johor Bahru dan 1 di Kota Kinabalu) yang mana aku berpeluang melihat mereka beraksi live depan mata di Kota Kinabalu.
aku ada kaset band ni, yg cover peta sabah tu... best band ni.
BalasPadamni band aku tahu nama...tapi tak ingat sangat macam mana lagunya...dulu2 penghujung 80an awal 90an selalu terbaca pasal demo dorang kat fanzine...
BalasPadamCerita la pasal show dorang kat KK
BalasPadamshow dkt kk plg happening..crowd penuh cecah dlm 400 org dan yg psti organizer senang hati sebab untung..hahaha
Padam