Selasa, 31 Mac 2015

CROWN OF THORNS - angel die

berkait rapat dengan entry yang lepas..lagu+video ni memang memang best!!! sejarah dapat video ni melalui aktiviti download-mendownload menyalahgunakan PC perpustakaan UiTM Sabah iaitu pada sekitar tahun 2005..masa tu tiada youtube lagi ataupun kami masi tidak tau tentang kewujudan youtube..download link banyak dapat direct dari laman web band dan juga beberapa laman web yang dikhaskan untuk muzik metal..kawan yang dapat ..aku pula yang enjoy...hahahaha. hati-hati dengan satu lagi band crown of thorns..tapi kalau suka dorang apa salahnya kan..minat sendiri yang punya...hahahaha

Isnin, 30 Mac 2015

THE CROWN - possessed 13

Tahun 2004 masa aku masi belajar dekat UiTM, Kota Kinabalu(dah masuk semester 2) dan kalau tak silap aku masa tu(sabtu dan ahad) berlangsung sukan antara kursus dan aku join team bolasepak Banking group. Team aku tersingkir awal pada sebelah pagi dan sudah semestinya memberi peluang untuk aku jalan-jalan ke bandar Kota Kinabalu pada sebelah petang. Macam biasa tiap-tiap sabtu dan ahad kalau tiada aktiviti memag aku dan rakan-rakan keluar jalan-jalan cuci mata..hahahaha Aku kalau jalan mesti sasaran utama  akan pergi ke Kompleks KK plaza, Wisma Merderka dan Area Asia City sebab lubuk nak cari kaset metal memang ada dekat situ. Rasanya masa tu aku hanya pergi ke Kompleks KK Plaza disebabkan masa yang terhad(pergi waktu petang) dan kena balik kampus awal sebelum pukul 7 malam. Aku beli kaset The Crown ni dekat kedai Goblinz dan tauke tu siap promote lagi dekat aku sekali dengan kaset Amon Amarth. Tapi disebabkan bajet terhad, aku hanya beli kaset The Crown. Lagipun aku dah tau serba sedikit tentang band ni melalui majalah.

Bila dah balik kampus aku terus pasang kaset ni dekat walkman  sambil belek-belek kulit kaset yang panjang hampir 1 meter. Tapi masalahnya kaset yang aku beli dua-dua sama. Dua-dua kaset 1..itulah padah bila beli tanpa periksa betul-betul. Rupa-rupanya kaset 2 masih di kedai. Pukiayam betul!!!hahaahahah. Terpaksa lah aku esok paginya pergi ke kedai kaset tersebut untuk tukar balik kaset yang sama ni. Dah sampai dekat sana kedai tak buka lagi,,,rupa-rupany buka pukul 1 petang...sial betul...hahahahaa. Lepas dapat kaset balik lah.Sampai kampus pada pukul 2 petang dengan perasaan gembira nak layan kaset ni. Kaset 1 mengandungi semua lagu dalam album possessed 13 manakala kaset dua adalah kompilasi demo-demo awal band yang masih lagi menggunakan nama Crown of Thorns dan juga lagu-lagu extra termasuk lagu cover Bathory "burning leather". Kalau album "possessed 13" yang terdapat dalam kaset 1 yang muziknya lebih kepada Death Thrash Metal, kaset 2 pula yang mana lagu-lagu dalam demo mereka masih lagi memainkan muzik old school death metal.  Terus terang aku cakap yang aku lebih meminati kaset 2 dan sampai sekarang kaset 2 masih lagi jadi playlist aku.

Cover kaset ni yang panjang hampir 1 meter pun boleh jadi masalah bila nak lipat masuk ke dalam kotak kaset.-tebal. Cuma inlay dalam cover kaset 2 sahaja yang kosong. Memang tebal dan yang penting puas hati. Kaset ni dikeluarkan oleh label POP dibawah lesen Metalblade.(Rasanya Label POP ni berasal dari thailand) dan aku beli dengan harga rm24 kalau tak silap aku. Kalau tengok logo The Crown memang mirip 99% macam logo Earache Record. Yang menariknya bila tengok cover album ni macam tengok poster filem-filem seram klasik. Band ni terpaksa menukar nama dari Crown of Thorns kepada The Crown disebabkan ada sebuah band bukan metal yang menggunakan nama yang sama dan menuntut hak rasmi nama band mereka. Search je dekat youtube nama "crown of torn" dan itulah band yang menuntut agar The Crown menukar nama asal band mereka melalui tindakan undang-undang. Band tu memang tak best pun..hahahaha. Rasanya kes ni sama macam band lagenda Death Metal tempatan kita iaitu band Suffercation. Tapi jangan hairan pulak bila search dekat youtube  terjumpa video Crown of Thorns -"Angel die" yang sememangnya dahsyat, hebat dan best...sebab itu adalah band The Crown...hahahaaha

disebabkan aku malas nak belek cover kaset 1, aku upgrade cover kaset 2 yang kosong dan memudahkan aku meneliti lagu-lagu jika kaset 2 dimainkan...hahahaaha











Rabu, 25 Mac 2015

METAL INQUISITOR - commencement tape

Tape ni aku beli sekitar tahun 2004, iaitu semasa pertama kali menghadirkan diri ke gig Metal "Supreme Sonic" di Kota Kinabalu dan inilah juga tape pertama aku beli direct dari peniaga yang menjual/membuka gerai barangan metal. Aku beli dari vokalis/frontman band Inside/Maar(adiek necro). Masa aku datang dekat gerai beliau, aku terus tertarik dengan kaset ni. Beliau yang peramah siap bagi penerangan dan info yang berguna untuk kaset ni. Aku tanpa berfikir panjang terus sambar tape ni dengan harga rm8.(sangat murah kan..).Kalau zaman sekarang memang sukar nak dapat profesional tape dengan harga sedemikian rupa.
Metal Inquisitor berasl dari Jerman dan memainkan muzik tradisional heavy metal. Sebut je pasal muzik heavy metal memang muzik sebegini tidak pernah mengecewakan aku setiap kali membeli apa-apa rilisan dari mana-mana band sama ada yang popular mahupun yang kurang dikenali. Metal Inquisitor adalah dari golongan band yang kurang dikenali dan pastinya melalui tape ni dapat juga aku dengar muzik heavy metal dorang yang memang tidak membosankan dan rasa bersemangat pulak bila dengar track pembukaan lagu "monday eve" dan juga lagu lagu four by four" Kiranya muzik dorang ni cukup syarat untuk memuaskan telinga aku..hahahaha
Tape ni dikeluarkan pada tahun 2003 oleh label underground tempatan iaitu Afterlife Production dalam kuantiti yang terhad 500 keping. Tape ni boleh lah dikategorikan sebagai kompilasi diskografi awal band Metal Inquisitor. Rasanya tape ni dah lama mencapai status "sold out" . Pernah juga aku lihat tape ni dijual online dalam FB dan harga yang ditawarkan tidak lah mahal sangat(harga mampu milik). Metal Inquisitor pada masa sekarang pun dah ada dua album dan status dorang masih macam dulu lagi(status band kurang dikenali).


Rabu, 18 Mac 2015

PROTECTOR - echoes from the past (compilation)

Bila hidup pada zaman millenium ni, internet banyak membantu aku mempercepatkan mencari sesuatu info band-band metal di seluruh dunia...memang sangat cepat dan pantas..hahahaha Protector adalah contoh satu band yang aku kenal dan cari melalui internet iaitu pada sekitar tahun 2010. Tapi pada masa tu aku memang tidak berapa nak ambil tau sangat pasal band ni. Cukup sekadar tau yang band ni wujud sekitar era 80'an dan berasal dari jerman dan memainkan muzik thrash metal.(kira seangkatan dengan Sodom, Kreator dan Destruction). Cuma pada tahun 2013 aku secara tidak sengaja taip nama band ni dekat youtube...dan aku pilih satu lagu dorang iaitu lagu "delirium tremens" dari album Golem dan secara spontan memang aku terus terpikat dengan band ni....hahaha
Bila dah minat memang langkah seterusnya aku mencari seberapa banyak maklumat sebagai persediaan untuk membeli material band ni. Laman web "metal archives" dan webzine "voice from the darkside" sangat membantu aku ditambah pula dengan kemudahan youtube....hahaha Salah satu faktor yang menyebabkan aku tertarik dengan Protector adalah muzik dorang seakan-akan atau mirip album Kreator"pleasure to kill" iaitu antara album kegemaran aku. Sound primitif thrash metal yang laju, kejam dan buas(orang putih cakap bestial)...aku gelar proto-death metal ataupun bestial thrash atau thrash/death atau apa-apa je lah...hahahaha( ni pendapat peribadi aku je)...Tapi yang pasti kalau di dengar betul-betul Thrash Metal buatan Protector memang sangat berbeza dari band-band Thrash Metal Jerman yang lain. Kira dorang ni ada trademark sendiri.

Cuma yang paling menyusahkan bila bab nak dapatkan material band ni di era millenium. Band ni aku klasifikasikan sebagai band terlepas pandang ataupun band yang kurang popular. Bila status dah macam ni memang sukarlah jawabnya nak cari album dorang ni...hahaha Tengok pada label yang rilis album "golem" iaitu Atom H memang label yang tidak popular. Rasanya VSP pun tidak pernah rilis dalam format kaset untuk pasaran malaysia. Aku cuba hubungi kenalan yang terdekat manatau dorang boleh dapat carikan untuk aku album golem. Tapi last-last kompilasi ni je yang aku dapat. Kira boleh lah juga, daripada tiada...lagipun dalam kompilasi ni memang ada semua lagu dalam album "Golem"+Ep Misanthropy + demo 1986. Dikeluarkan oleh label sweden, I Hate Record dalam kuantiti terhad 1000 keping. Booklet sangat tebal dan penuh dengan infomasi. Sampai koyak booklet dekat area tulang disebabkan kecuaian aku sendiri ketika megeluarkannya dari kotak cd.

Rasanya kalau nak dapat album-album yang lain pun memang sukar disebabkan status band ni dan label yang rilis album dorang ni. Terimalah hakikat bahawa band ni memang tidak popular pun. Kalau sebut Sodom, Kreator dan Destruction memang semua orang kenal. Versi cetakan semula pun setakat ni memang tiada lagi label nak rilis. Yang ada hanyalah album kompilasi. Harap-harap nanti ada label nak cetak semula album golem ni sebab aku memang nak sangat memiliki album ni. Setakat ni layan je dulu cd kompilasi Echoes from the past....hahahaha


Isnin, 16 Mac 2015

BUKU SWEDISH DEATH METAL BY DANIEL EKAROTH

Buku ni aku beli sekitar tahun 2010 melalui rakan baik aku. Dia offer aku buku ni sebab dia tau aku adalah penggemar muzik death metal sweden. Lagipun aku kerap juga order cd-cd death metal melalui distro yang diiklankannya(zaman forum metal to metal). Pertama kali jumpa dengan beliau( masa gig Braindead di KK, Sabah), dia ada cerita tentang buku ni dan dia offer dan orderkan untuk aku. Aku tanpa fikir panjang memang terus terima lagipun memang dah rancang nak dapatkan buku ni dan bagi aku rasa selamat sikit jika order dari orang lain(paham-paham je lah kalau order sendiri memang risiko besar sangkut dekat KDN)...hahaha
Aku rasa dalam 5 kali aku khatam baca buku ni. Memang masa tu buku ni jadi kawan karib aku pada waktu lapang. Lebih 450 muka surat dimana keseluruhan isi kandungannya berbahasa inggeris dan aku rasa macam membacanya dalam bahasa melayu pulak...hahaha Kemahiran berbahasa inggeris aku memang teruk. SPM dulu pun dapat subjek inggeris ni setakat lulus cukup-cukup makan...hahahaha. tapi disebabkan minat aku terhadap buku ni menjadikan isi kandungannya amat mudah aku faham. "oh my english...hahahaha"
Buku ini dikarang oleh Daniel Ekeroth(Iron Lamb, Insision, Dellamorte ), seorang metalhead yang tidak perlu dikenalkan lagi dalam scene underground metal sweden. Memang tidak hairanlah buku ni dapat memberikan kepuasan kepada aku. Isi kandungan dan Info dalam buku ni cukup padat. Banyak gambar-gambar rare dari band hingga ke flyers rilisan, gig dan zine yang majoritinya aku tak pernah tengok lagi disertakan dalam buku ni. Dalam buku ni jugaterdapat ruangan khas setebal 120 muka surat senarai band-band dari A sampai Z beserta dengan dikograpi(kira ensiklopedia lah ni..).
Lagi satu yang aku suka adalah sususan isi kandungan dalam buku ni disusun sangat kemas dan menarik. Bermula dari scene punk, kemunculan bathory sebagai perintis ekstrim metal sweden, kelahiran band death metal sweden dan perkembangan scene death metal sweden ke seluruh dunia. Itu yang sampai 5 kali aku khatam. Baru puas hati.. Zaman sekolah dulu memang menjadi tabiat malas aku jika membaca buku-buku yang berkaitan dengan subjek sekolah. Mungkin sebab tidak minat. Rasanya kalau buku ni dijadikan subjek sekolah dulu memang aku rasa aku yakin dapat markah A+...hahahaha Sekian.


                                                           punk connection!!!


                                         Pelopor Ekstrim Metal Sweden..Bathory


                                 Bermulanya scene death metal sweden..yeahhhh!!!

Merciless...muzik death thrash yang banyak pengaruh german teutonic thrash metal!!!  band yang pertama menghasilkan album death metal di Sweden pada tahun 1989 melalui album "the awakening"

kalau USA ada Scot Burn dan Morrisound studio...Sweden ada Thomas Skogberg dan Sunlight studio..

                                   Swedish death metal berkembang ke seluruh dunia

                                     tidak lupa juga band kegemaran Dismember!!!

                                          
                                             
                                                        gambar-gambar flyers..

                                                  ruangan fanzine death metal


Editor bergambar ala-ala band Entombed seperti dalam album "left hand path"






Khamis, 5 Mac 2015

SENSELESS - epidermic mentality equilibrium


Aku mula kenal band Senseless iaitu pada sekitar tahun 2001 melalui kaset Split Metal Blast Project dengan band Sputum yang aku pinjam dari abang sepupu aku(masa tu memang dia seorang metalhead). Dia tau aku dan seorang lagi sepupu aku minat dengan muzik metal, itu yang dia offer kasi pinjam kaset-kasetnya. Dia ada bagitau aku yang Senseless ni band death metal yang dah lama wujud sekitar tahun 90'an. Bila dengar je kaset split tu aku rasa macam tak masuk dikepala lagu-lagu band Sputum dan Senseless. Jadi aku biarkan je lah tanpa nak ambil tau lebih mendalam tentang band ni. Ada juga aku dengar lagu "the kill" yang dimuatkan dalam album kompilasi Panggilan Pulau Puaka vol.2 juga tidak dapat menarik minat aku terhadap band Senseless. Lagi satu, pakcik aku ada bagi free kaset Senseless "album fantasy of my own" sebab dia tau aku minat metal dan album tu aku dengar sekali je dan terus aku simpan sebab memang aku tak berminat dengan lagu-lagu dalam album tu...hehehe


Rasanya pada tahun 2009-2010 baru lah aku membuat sedikit rujukan tentang band Senseless melalui internet, majalah dan fanzine. Rupa-rupanya Senseless ada album selain album "fantasy of my own" iaitu album Epidermic Mentality equilibrium"(EME) yang dikeluarkan pada tahun 1994.( alamak..pengetahuan aku sungguh jauh tertinggal kebelakang...hahaaha). Bila dah masuk era millenium, memang sukar juga nak dapatkan kaset yang dikeluarkan oleh label VSP. Kalau tak silap aku ada juga orang jual online kaset album ni tetapi memang sold out dengan pantas.....hahaahaha Nasib baik ada kemudahan mendownload...dapatlah aku dengar album ni untuk sementara waktu...hahaahaha. Tapi faham-faham je lah kalau dengar album yang aku suka dalam format digital memang tiada kepuasan. Tanpa booklet semua tu, tak tahu lah nak cakap macam mana sebab memang tiada pilihan pun...hahahaha



Album ni dikeluarkan semula pada januari 2015 dibawah label Thrashingfist Production dalam kuantiti terhad 500 keping, booklet setebal 8 muka surat dengan harga rm35 sekali pos laju. CD ni aku beli pada hujung bulan lepas(sebulan selepas dikeluarkan), lewat disebabkan masalah kewangan lah...extra bajet tidak mencukupi dan terpaksa skip sebulan...hahahaha Risau juga masa tu sebab takut dah capai status "sold out". Tapi dalam hati aku yakin CD ni boleh dapat lagi jika aku tangguh nak beli dalam dua ke tiga bulan lagi memandangkan zaman sekarang ni orang dah kurang beli fizikal format ni. Cuma nafsu tak sabar tu yang memaksa aku agar jangan tangguh lagi...hahahaha


Dalam album EME + lagu-lagu demo, muzik Senseless lebih ke arah death metal old school manakala  album "fantasy of my own" dan Split dengan Sputum pula lebih ke arah melodic death metal. Dengar cerita masa album Fantasy dorang banyak terpengaruh dengan muzik Carcass era Heartwork dan Swansong. Bagi aku album ni berbaloi untuk dimiliki kerana ianya adalah karya klasik death metal tempatan yang wujud pada era awal 90'an. Kalau nak beli album EME versi tape pada zaman sekarang ni jangan harap lah dapat beli dengan harga yang mesra rakyat. Sound dalam kaset tu pun nasib-nasib dapat yang elok, kalau dapat yang sound dah tak boleh dengar, alamat jadi perhiasan lah jawabnya...hahaha Nasib baik ada versi CD cetakan semula yang harganya boleh lah dikategorikan harga mampu milik.








Rabu, 4 Mac 2015

OBITUARY - anthology (kaset kompilasi)


Kaset ni adalah kaset yang terawal aku beli iaitu pada tahun 2001, tahun dimana bermulanya minat aku terhadap muzik death metal. Selepas terpengaruh dengan Sil Khannaz, yang menyebabkan aku membeli kaset kompilasi "purnama 13", kaset ni menjadi buruan kedua aku. Semasa membeli kaset Sil Khannaz, aku terlihat kaset ni dekat rak kedai kaset dan dari situ aku dah simpan niat nak beli kaset ni. Almaklumlah masa tu nak beli dua-dua kaset memang tak cukup duit, jadi kena bersabarlah dulu...hahahaha. Selepas dua minggu aku kumpul duit belanja sekolah(kes dedikasi berlapar di sekolah...hahahaha), akhirnya dapat juga aku beli kaset ni.


Sebelum beli kaset ni, aku dah dapat info tentang Obituary melalui majalah hiburan dan juga dari mulut kawan aku(dia bukan metalhead pun tapi dia ada pengetahuan tentang band-band metal) yang cakap band ni main death metal. Disebabkan minat Sil Khannaz, timbul minat muzik death metal, dan disebabkan itulah juga mendorong aku mencari apa sahaja band yang main muzik death metal dan Obituary menjadi sasaran paling awal..hehehe. Bila pasang je kaset ni dekat player, memang track lagu pembukaan "find the arise" secara rasminya menjadi lagu kegemaran aku. Lagu ni jugalah adalah lagu death metal yang pertama dalam hidupku aku mainkan lagunya mengunakan gitar kapok.(hanya solo je aku tak bole main...hahaha). Boleh dikatakan side A majoriti lagu kegemaran aku manakala side B aku rasa hanya lagu "threatening the skies" sahaja yang betul-betul ngam dikepala aku. Rasanya bila dah masuk side B aku banyak gunakan butang "fast forward"...hahahaaha


Pejam celik dah masuk 14 tahun kaset ni berada dalam koleksi aku. Kalau bayi yang lahir masa tu memang sekarang dah jadi budak remaja tingkatan dua Memandangkan pada tahun 2010 sehingga kini aku dah pun menetap di semenanjung Malaysia, kaset ni berada di kampung halaman aku di Tawau, Sabah dan pada tahun lepas aku berpeluang balik kampung dan sekaligus membongkar balik koleksi kaset-kaset yang aku tinggalkan. Album kompilasi ni pada pendapat orang lain memang tak menarik sangat pun. Aku mengambil keputusan untuk membawa balik kaset ni ke rumah baru aku di semenanjung kerana aku rasakan kaset ni sangat bernilai bagi aku. Kenangan bermulanya mengumpul bahan death metal dan juga kenangan mengumpul duit semata-mata untuk membeli kaset kegemaran. Sekian.