Khamis, 19 Disember 2019

AUTOPSY - Severed Survival


Selepas meninggalkan band DEATH dengan kejayaan menghasilkan album “scream bloody gore” pada tahun 1987, Christ Reifert(drum/vokal) menubuhkan band Autopsy dalam usaha meneruskan idea dan karya menghasilkan muzik death metal ciptaan beliau. Secara dasarnya tiada beza pun lagu-lagu  Death era “scream bloody gore” dengan demo dan debut album Autopsy “severed survival”, begitu juga dengan lirik lagu yang bertemakan “gore”. Kalau melalui band Death lagu-lagu mereka lebih straight forward old school death metal dengan kelajuan tempo thrash metal, band Autopsy pula datang dengan formula death metal yang ditambah dengan elemen doom dan hardcore punk.


Pada era penghujung 80’an dan awal 90’an, Band death metal yang seangkatan dengan Autopsy seperti Death, Morbid Angel, Obituart dan Deicide pula berlumba-lumba untuk menghasilkan karya death metal yang berat, laju dan teknikal, namun Autopsy kekal dengan death metal  yang simple, catchy dan straight forward. Jika dengar dari debut album “severed survival hingga album terkini iaitu “tourniquets, hacksaws and graves” memang tiada beza dan perubahan pun dalam lagu-lagu mereka. Cuma tempo kelajuan album “severed survival” lebih laju dan straight forward berbanding dengan kesemua album yang lain dimana sangat kuat elemen slow doom metal.


Album debut ini dihasilkan pada sekitar tahun 1989 mengandungi 11 buah lagu dan proses rakaman dijalankan di Starlight Studio. Berbeza dengan band-band Florida yang lain dimana majoriti mereka merakamkan album di studio lagenda yang terkenal iaitu Morrisound Studio. Album ini juga mempunyai dua lakaran cover berbeza. Macam biasa lah cover 1st kena banned dan maka itu terhasilkan censored cover yang baru. CD yang aku miliki ini adalah versi terbaru tahun 2018 yang mempunyai obi strip(aal-ala Japanese pressing) dan yang paling penting dapat dua-dua cover album beserta track lagu tambahan dari EP “retribution of death”.


Tidak dapat dinafikan bahawa Autopsy adalah salah satu band “pioneer” kepada kewujudan band-band death metal yang baru dari awal 90’an sehingga hari ini terutamanya scene death metal eropah. Scene Swedish death metal merupakan scene death metal terbesar di dunia yang majoriti band-band yang wujud sangat kuat pengaruh band Autopsy pada setiap karya yang mereka hasilkan. Hinggakan ada pemuzik-pemuzik terkenal di sana telah menubuhkan band projek yang kuat pengaruh Autopsy. Salah satu contoh band Murder Squad yang terdiri daripada  ahli band Entombed, Dismember dan Merciless.



Rujukan Blog:
1)AUTOPSY - Awaken by Gore (Demo Collection)

Rabu, 11 Disember 2019

SUCCUBUS - Descent into Gehenna


Sebagai salah seorang peminat muzik ekstrim metal tempatan, rilisan sebegini amatlah dinanti-nantikan. Selepas mereka meriliskan debut demo mereka pada sekitar tahun 2012, mereka melangkah setapak lagi dengan menghasilkan EP “Descent Into Gehenna”. Kali ini memang puas hati lah apabila mendengar hasil kualiti rakaman EP ni. Susunan muzik memang totally Death Thrash Metal ataupun Brutal Thrash/Proto Death Metal yang mirip band-band lama dari US yang menghasilkan rilisan penghujung 80’an dan awal 90’an seperti Insanity, Revenant, Incubus, Sadus dan Hellwitch. Kalau dengar dengan teliti riff-riff gitar dan tempo lagu mereka ibarat mendengar album Kreator “pleasure to kill”, dan kadang-kadang ada ibarat mendengar rilisan band death thrash eropah seperti Merciless,Invocator dan Chronic Decay. NI EP kalaulah diriliskan pada era awal 90’an, sudah semestinya ia pasti akan mencapai status klasik seperti rilisan-rilisan band tempatan Sil Khannaz, Braindead dan Silent Death.


EP ini dikeluarkan oleh label Slaughterhouse Records, label yang berasal dari US dan pernah menerbitkan debut EP band death metal tempatan iaitu Lavatory. Cuma aku tidak berapa gemar dengan kualiti cetakan cd setiap rilisan dari label ni. EP ni dikeluarkan dalam format digipak yang sememangnya bukan kegemaran aku. Dah lah format tu bukan kegemaran aku, masalahnya lagi kualiti digipak yang dihasilkan memang kurang memberikan kepuasan. Salah satu masalahnya bila nak selitkan sleeve tu..hahahaha . Descent Into Gehenna mengandungi 4 buah lagu + 1 lagu cover dari band Incubus. Satu lagi yang aku suka dengan EP ini adalah cover artwork yang menarik. Dihasilkan oleh artis tempatan Irwan IronworkGrafix (gitaris Deathevoker). Kalau era 90’an kita dihidangkan dengan EP rilisan  klasik seperti Sil Khannaz “pendita gila”, Langsuyr “eastern cruelty”, Athotorgh “promaster dieyena” dan Tandus “logam maut”, Era millennium ni bagi aku EP Succubus “Descent Into Gehennah” adalah penyambung kesinambungan rilisan bagi aku sama taraf status klasiknya bagi rilisan band-band ekstrim metal Malaysia.




Rujukan Blog:
1)SUCCUBUS - Sadistic Rites Of Evil

Isnin, 2 Disember 2019

IRON MAIDEN - Killers


Kalau ditanya album Iron Maiden yang aku paling suka, secara peribadi sudah semestinya aku akan jawab album kedua mereka iaitu “killers” yang dikeluarkan sekitar tahun 1981. Yang pasti aku belum lahir lagi lah…hahahaha Boleh dikatakan setiap kali aku pasang/mainkan album ni, tiada skip untuk berehat dan memang aku akan ulang-ulang sehingga aku puas. Paling diingat adalah track intro/instrumental “the ides of march” yang selalu menjadi anthem pembuka konsert mereka. Ia ibarat Judas Priest dengan “the hellion” manakala Iron Maiden dengan “the ides of march”.


Ramai juga hardcore fan Maiden yang kurang gemar dengan album ni, mungkin disebabkan posisi vokal masih lagi diisi oleh Paul D’ Anno. Sememangnya majoriti mereka lebih menyukai suara Bruce Dickinson. Rasanya sehingga hari ini, hanya lagu “wrathchild” sentiasa menjadi setlist live mereka begitu juga dengan playlist album-album kompilasi. Album ni juga merupakan album pertama Maiden bersama gitaris lagenda mereka iaitu Adrian Smith.


Track-track kegemaran sudah semestinya “wrathchild,”murder in the rue morgue”, “killer” dan “purgatory”. Bagi aku album ini memang lebih laju dan lebih buas dari album debut mereka dan juga album-album Maiden era millennium. Album adalah merupakan salah satu album kemuncak bagi era liar dan agresif New Wave of British Heavy Metal. Kesilapan pendengar muda/generasi baru adalah mereka selalu bermula dengan album Maiden era millenium yang aku rasakan kurang liar, tanpa mengkaji/mendengar album-album terawal mereka.


CD yang aku beli ini adalah cd cetakan semula versi Enchanted yang dikeluarkan sekitar tahun 1998 yang mengandungi bonus track video “wrathchild” dan “Killers” + sudah semestinya booklet yang tebal beserta dengan gambar-gambar rare. "Please...take me away...take me away..so far away."..hahahhaha











Rujukan Blog:
1)IRON MAIDEN - Iron Maiden