Khamis, 8 Februari 2018

HUMILIATION - Dawn Of Warfare


Setelah kemunculan debut ep “face the disaster" pada tahun 2009, Humilation dengan pantasnya melahirkan debut album mereka iaitu “dawn of warfare” pada sekitar tahun 2010. Boleh dikatakan mereka adalah band paling aktif meriliskan material dalam sejarah muzik ekstrim metal tanahair. Macam biasa, formulanya hampir sama dengan debut ep mereka dan yang pasti pengaruh death metal Bolt Thrower memang tidak boleh dipisahkan dari Humiliation baik dari segi susunan lagu, riff gitar,  lirik dan imej mereka. Yang pasti keseluruhan album memang 100% bertemakan peperangan. Untuk debut album mereka, kualiti rakaman memang memang berada pada tahap yang terbaik dan yang pasti lebih baik daripada debut ep mereka. Riff-riff gitar pada tiap-tiap lagu juga menonjolkan kemampuan mereka mencipta lagu death metal yang simple dan berat, yang mana lagu-lagu dalam album ni memang mudah aku hadam berbanding lagu dalam ep mereka sebelum ini. Pertama kali aku menyaksikan persembahan live mereka iaitu sekitar penghujung tahun 2011, venue kecil Rumah api, ampang, memang aku teruja menyaksikan persembahan live mereka. Walaupun venue kecil, tapi mereka boleh berikan 100% kepuasan kepada aku dan mungkin juga penonton lain pada malam tu. Hail to death metal seluar askar…hahahaha







Rujukan Blog:
1) HUMILIATION - Face Disaster

4 ulasan:

  1. 3 album terawal humi ni bagi aku terbaik mudah hadam.. album baru tahun lepas agak liat juga nak hadamnya. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. album ni dgn album kapal terbang tu yang masuk dikepala..yg lain mcm kurang...

      Padam
  2. aktif betul dorang ni...setahun satu album...tabik!

    BalasPadam
  3. Band ni mmg rajin keluar album.mmg aktif betul

    BalasPadam