Jumaat, 2 Februari 2018

VOCIFERATION ETERNITY - Ocean Myth


Salah satu band lama yang memberikan pengaruh kuat kepada scene ekstrim metal tempatan. Sebut sahaja Vociferation Eternity atau Voci atau VE pasti semua kenal band ni. Ditubuhkan sekitar tahun 1994 oleh salah seorang gitaris ekstrim metal yang tidak asing lagi iaitu Dark E(Sil Khannaz, Necrotic Chaos)  bersama-sama dengan dua orang ahli band Langsuyr iaitu Batara Guru dan Azmaniak dengan memainkan irama muzik death metal yang diadun bersama melodi lenggok kemelayuan . Kalau ikutkan sejarah, rasanya Voci adalah band melodic death metal yang pertama wujud di bumi malaysia. Dulu masa mula-mula berjinak dalam muzik ekstrim metal sekitar awal tahun 2001, Voci memang aku tidak pernah tau pun kewujudannya. Terima kasih kepada majalah muzik R.O.T.T.W yang memperkenalkan aku kepada band ini. Masa tu terdapat interview band ni dan dalam masa yang sama mereka baru sahaja meriliskan ep "for thee".  Dapat juga lah sedikit info tentang band ni. Album ni dikeluarkan sekitar tahun 1996 oleh label Nebiula Production dalam format kaset dan di re-issue buat kali pertama pada 1999 dalam format cd. Kedua-dua format tersebut memang dah soldout. Kalau ada yang jual pun memang harga dah meningkat naik punya…hahahaha Rasanya atas permintaan ramai, album ni sekali lagi di re-issue buat kali kedua pada tahun 2016 dalam kuantiti yang terhad dan juga dengan cover album baru. Melalui re-issue tahun 2016 ni, dapat lah aku kumpul salah satu bahan sejarah muzik ekstrim metal tempatan. 






3 ulasan:

  1. sama la...aku tertinggal ketika versi yang asal dikeluarkan...dapat versi reissue pun dah ok.

    BalasPadam
  2. Cd ni mmg aku selalu tetinggal kapal.nasib baik ada reissue

    BalasPadam