Isnin, 12 Februari 2018

THRONEUM - Deathcult Conspiracy


Aku mengikuti perkembangan band ni sejak aku beli cd album ketiga mereka iaitu “pestilent death” pada tahun 2007. Kalau rujuk pada diskograpi band ni memang banyak rilisan dorang keluarkan sama macam band Sabbat dan Nun Slaughter. Memang tak larat nak beli semua. Aku hanya beli album penuh sahaja. Album ni adalah album ke 5 mereka dan diterbitkan pada tahun 2009. Memang banyak perbezaaan jika dibandingkan dengan album-album yang sebelumnya. Untuk album ni, kebanyakan lagu berentak agak perlahan dan ada elemen doom sikit. Pukulan blast beast drum pun kurang (macam 90% kurang). Senang cerita album ni memang kurang agressif dan kurang buas. Rasanya hanya lagu “bloody sacrifice for the morning star” sahaja yang betul-betul kena dikepala aku memandang hanya lagu tersebut sahaja yang berentak laju. Mungkin Throneum nak cuba kelainan sikit dari rilisan-rilisan sebelumnya. Sound dalam album ni macam biasa memang raw dan kotor tetapi kurang berat. Terus terang aku cakap yang album ini adalah bukan album kegemaran aku. Dari segi packaging memang 100% terbaik, booklet tebal ada slipcase lagi...puas hati. Rasakan pukulan underground Old School Thrash/black/death metal bawaan Throneum.









6 ulasan:

  1. Kira doom metal la ni.aku pun susah nak masuk doom metal ni

    BalasPadam
  2. aku google...asal Poland yer band ni..tak banyak band metal Poland yang aku tau...Behemoth jer kot...lain aku tak boleh ingat...hmmm...mungkin Acid Drinkers...band thrash orang2 tua macam aku...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. vader bos plg legend utk ekstrim metal..sbb dorg dari zaman thrash 80'an lagi..cuma plg popular memang behemoth lah..nergal siap jadi juri dalam rancangan realiti tv dkt poland.

      Padam
    2. oh yer...Vader...aku hampir2 terlupa band ni...tq

      Padam
  3. Tak pernah dengar band ni..
    thank you recommendation.

    BalasPadam