Rabu, 21 Februari 2018

DEATHHAMMER - Onward To The Pits


Negara Norway memang terkenal dengan band-band gergasi black metal namun pada era millennium, munculnya band-band thrash metal underground yang dahsyat-dahsyat dan menarik seperti Nekromantheon,Condor, Infant Death, Toxic Death dan semestinya Deathhammer. Sebelum era millenum, rasanya hanya Aura Noir dan Inferno sahaja band yang betul dikenali dalam scene thrash metal antarabangsa. Dalam ratusan band thrash metal yang wujud era millennium ni, Deathhammer satu-satunya band yang betul-betul melekat dikepala aku. Aku kenal band ni pun melalui free download demo mereka yang disertakan dalam website rasmi band. Sebelum memiliki album ni, aku ada juga beli cd kompilasi "forever ripping fast". Yang pasti album ni memang menjadi buruan aku dan album ini merupakan album kedua mereka yang diterbitkan pada tahun 2012 oleh label Hells Headbangers Records. Ya, Deathhammer berasal dari Norway dan memainkan irama thrash metal yang kotor dan ke arah lebih ke arah Teutonic Thrash Metal. Album ni memang cukup sifat thrash metalnya dan kadang-kadang tempo lagu lebih laju dari irama thrash yang kadang-kadang lebih ke arah death/thrash metal. Lagu permulaan bertajuk deaththrashing sacrifice sebagai bukti kebuasan mereka dalam penciptaan lagu dengan kombinasi primitif thrash metal ala teutonic thrash yang digabungkan dengan tempoh kelajuan blastbeat drum. Keseluruhan album ni tidak lah menekankan kepada teknikal ataupun kelajuan permainan, tetapi yang pasti penciptaan riff-riff thrash metal yang ganas, agressif dan buas itu lah kunci utama permainan mereka dalam album ni. 






Rujukan dalam Blog:
1) DEATHHAMMER - Forever Ripping Fast

4 ulasan:

  1. Menarik ni kalo teautonic thrash.nanti aku try layan kt utube

    BalasPadam
  2. nanti aku terjah ni. nampak mengujakan haha

    BalasPadam
  3. Norway.. buat masa ni satu2 nya band Norway aku cuba ikut perkembangan ialah Vreid.
    Aku tahu Windir lambat, hanya menerusi Vreid ni bila aku tengok dorang mempersembahkan muzik Sognametal dendangan Windir. Tapi better late than never , then aku jadi pendengar Vreid dan Windir sekarang.
    Lepas ni aku nak cek out ni Deathhammer pulak.

    BalasPadam
  4. jauh aku ketinggalan ni...nanti aku check out..

    BalasPadam