Album debut self title Kaamos ni aku beli pada tahun 2009 iaitu setelah 3 tahun band ini dibubarkan. Bagi yang belum mengenali band ini, mereka ditubuhkan pada tahun 1998, berasal dari Sweden dan memainkan irama death metal. Walaupun berasal dari sweden, namun muzik death metal yang mereka bawakan tidaklah seratus peratus kearah lagenda band death metal dari sweden yang terkenal dengan trademark bunyi gitar swedish buzzsaw sepeti band lagenda Entombed, Dismember dan Grave. Kalau didengar memang ada sedikit campuran pengaruh US death metal ala-ala Morbid Angel lama( era album Altar dan Blessed) dan juga Sadistic Intent. Kedua-dua gabungan tersebut lah menjadikan muzik Kaamos sangat berbeza dengan band-band baru yang membawakan genre death metal di era penghujung 90'an dan awal tahun 2000.
Sudah semestinya wabak "New Wave Swedish Death Metal" atau"Retro Swedish Death
Metal" yang wujud pada era millenium amat sinonim dengan band Kaamos dan begitu juga dengan dua lagi band yang sebaya
dengan kewujudan mereka iaitu Repugnant dan Verminous. Untuk info, anggota Kaamos iaitu Karl Envall(bass) dan Chris Piss(drum) turut bermain dalam band Repugnant. Sayangnya band Kaamos hanya bertahan tidak sampai sedekad (1998-2006) dan hanya sempat meriliskan dua album. Album ini dikeluarkan pada sekitar tahun 2002 dibawah label Candlelight records. Bagi penggemar muzik death metal memang tiada masalah untuk menghadam lagu-lagu dalam album ni kerana ianya dijamin 100% death metal yang mempunyai kuat aurat death metal klasik era awal 90'an.
Rujukan dalam blog ni:
Kaamos - scales of leviathan
Kalo dah mcm death metal zaman kegemilangan kat florida tu mesti best la sound dia ni
BalasPadamPENCINTA DEATH METAL SEJATI.. salute bro. aku harap kamu ulas kaset insence the temple tu, nak tahu juga dari mana asal usul death metal bawaan mereka tu.
BalasPadamAku pernah tengok band Shining main. Ni dari Sweden. Dahsyat. Aku tak tahu apa nak expect. Hah kau, ambik sebijik
BalasPadam