Rabu, 21 September 2016

The Best Of Bruce Dickinson


Tahun 2004, aku beli kaset ni adalah kerana disebabkan nama Bruce Dickinson, penyanyi cukup popular untuk band lagenda heavy metal Iron Maiden. Dengan nama tersebut memang cukup kuat dan tiada keraguan untuk aku beli kaset ni. Lagi pun masa tu aku belum lagi mendengar sebarang lagu dalam karier solo beliau. Di tempat tinggal aku di bandar tawau memang tidak pernah sekali pun aku jumpa kaset-kaset album solo beliau melainkan kaset-kaset Iron Maiden. Masa tu bila aku dapat beli kaset ni (aku beli di bandar kota kinabalu), memang aku amat teruja sangat. Sampai sahaja dekat asrama kampus uitm, sabah, aku terus pasangnya di walkman.


Lagu-lagu yang terdapat dalam kompilasi ni memang satu benda pun aku tak pernah dengar. Pertama kali mendengar lagu track pertama dalam kompilasi ni iaitu 'broken' membuatkan aku cukup gembira kerana aku memang tiada masalah untuk hadam lagu beliau(mungkin sebab aku sudah terbiasa dengan suaranya dalam band Iron Maiden) dan begitu juga lagu seperti 'tatooed of millionare' (kalau dengar macam rentak ACDC), 'laughing in the hiding bush-live', lagu berentak slow 'tears of the dragon dan juga lagu kegemaran aku 'born in 58". Aku pun tak tau kenapa aku minat sangat dengan lagu 'born in 58' tapi setiap kali mendengarnya memang aku rasa macam tenang je dengar melodinya. Mungkin sebab masa tu persekitaran di asrama yang sunyi dan berjauhan dari keluaga, ditambah lagi dengan stress masa belajar dulu..hehehehe Lirik pun sedap je kalau layan.  Side B rasanya lagu silver wings(berentak heavy metal) yang aku rasakan betul-betul kena dikepalaku. Keseluruhan lagu memang berentak hardrock dengan sedikit ramuan heavy metal.


Kalau nak dikira masa tu koleksi kaset ni adalah yang paling ringan aku miliki kerana masa tu kaset-kaset yang aku beli majoriti kaset-kaset death metal (masa tu memang demam death metal)...hehehe Kompilasi ni dikeluarkan sekitar tahun 2001 dan aku memiliki kaset versi Interglobal ni (yang dulunya pony canyon) sekitar tahun 2004 untuk pasaran Malaysia, aku tak tau lah sama ada kaset ni dah diedarkan di malaysia seawal tahun 2001. Kalau siapa-siapa yang dah biasa dengan Interglobal/Pony Canyon pasti akan memiliki kaset berwarna merah jambu keluaran mereka...hahahaha Kulit kaset jangan cakap lah memang panjang dan puas dibelek-belek. Cuma yang ruginya beli kaset ni hanya ada 13 track lagu sahaja sedangkan versi cd ada lagi 14 lagu yang mana kesemuanya ada 27 track lagu.

























5 ulasan:

  1. rasanya aku belum perna dgr lagi lagu2 solo bruce ni, klu maiden tu perna lah.. kaset merah jambu tu aku ada juga ftg rasanya. nanti aku dgr 2 3 lagu dia ni dekat utube

    BalasPadam
  2. kalau cd ada 2 versi, versi biasa dan versi special edition double disc - disc 2 ada lagu2 rare

    tears of the dragon tu lagu yg biasa dibawa jamming

    BalasPadam
  3. Aku recommend Bruce solo Chemical Wedding. 1998 dulu mungkin album heavy metal terbaik Bruce, Adrian Smith dan Roy Z wujudkan. Carik yang ada extra song lord of the rings return of the king. Bruce solo ada xam siot, untuk aku dua je yang terbaik iaitu accident of birth dan cjemical wedding dan jugak terakhir tyranny of birth ke hapa ntah. Tattoed millionaire pun ok tapi tu memang dia nak lari dari sound iron maiden sewaktu jadi member iron maiden. Tapi... chemical wedding...gigil ok gigil.

    BalasPadam
  4. Adohai...aku ada semua cd solo Bruce...termasuk scream for me brazil...tapi aku takder cd ni...Nak kena cari jugak ni buat complete koleksi...

    BalasPadam
  5. Album bruce paling aku suka balls to picasso.mmg best.lari dari iron maiden

    BalasPadam