Selasa, 18 Oktober 2016

Api fanzine #3


Aku ingat lagi sekitar tahun 2005, masa nak daftar semesta baru di uitm sabah, hari sebelum pendaftaran aku ada berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu dan bergegas ke KK plaza semata-mata untuk membeli barangan metal. Dekat sana ada dua buah kedai yang menjual barangan metal seperti cd, kaset, tshirt, patches dan zine. Nama kedai tu Goblinz dan Helloween yang kedua-duanya terletak bersebelahan antara satu sama lain. Aku beli zine ni dekat kedai Goblinz, sekali dengan zine Brutallica(cover band Dismember) dan sudah semesti dijadikan bekalan bahan bacaan dalam dalam bilik asrama nanti.


Sebelum ni iaitu sekitara tahun 2003, aku pernah pinjam dan baca zine MAD iaitu sebuah zine lama dari sabah dan keadaan zine tersebut memang sangat-sangat usang sampaikan aku tiada mood nak baca...hehehehe. Dengan harga RM7 dan bersaiz A3 aku dapat beli senaskah zine hitam putih yang menggunakan teknik "cut n paste" yang juga merupakan zine pertama yang aku miliki.


Secara jujurnya aku memang tidak menahu tentang kewujudan zine ni sehinggalah aku membelinya.hahaha Kalau nak diikutkan sekitar tahun 2005 rasanya aku banyak beli majalah metal berwarna. Disebabkan zine ini juga lah buatkan aku berniat untuk beli dan kumpul zine. Almaklum lah sebelum ni hanya banyak baca majalah metal mainstream sahaja dan memang rugi lah masa tu aku baru tau nikmat membaca zine bawah tanah ni.

Dalam zine ni memuatkan interview berbahasa inggeris bersama Antacid, Toxic Death, Desaster, Throneum, Nocturnal Vomit, Bullet, Estuary, Volcano dan beberapa lagi band yang rata-ratanya semua berstatus bawah tanah. Rasanya hanya band Antacid sahaja yang berasal dari Malaysia manakala selebihnya band luar. Melalui zine ni lah aku kenal band Throneum, Desaster dan juga band Antacid. Review-review dalam zine ni juga banyak membantu aku dalam mendapatkan info-info band yang selama ini aku tidak tahu kewujudan mereka.


Pada tahun 2009 akhirnya aku berjumpa sendiri face to face dengan editor zine ni iaitu ketika gig Braindead di Sabah. Sebelum ni aku hanya mengenali beliau melalu online(beliau selalu jual barangan metal dekat forum metal to metals). Banyak juga lah koleksi cd-cd metal aku beli semasa aku masih lagi tinggal di Sabah. Beliau memang seorang diehard dalam mengumpul barangan metal dan tidak hairan lah jika zine yang beliau hasilkan memang berkualiti.

Bagi aku zine ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh maniak dari Sabah dan juga Malaysia rasanya kerana aku sukakan cara editornya menghasilkan soalan-soalan yang detail, review-review stuff yang jelas dan juga kekemasan zine ini disusun, cetakan yang jelas dan menjadikannya zine yang berkualiti. Sedar tak sedar zine ni sudah berusia 11 tahun. Bagi aku memang tidak sia-sia zine ini dijadikan koleksi simpanan peribadi aku.




4 ulasan:

  1. Dah rare jugak la ya zine ni.zine dulu yg selalu aku baca krenmaut.doc bentara punya

    BalasPadam
  2. Bahan rujukan masa depan ni semua. Baik ko simpan elok2.

    BalasPadam
  3. tak terasa masa begitu cepat berlalu.. perna dengar nama zine ni, tapi baru kali ni nampak.

    BalasPadam
  4. thx up pic zine ni! boleh baca sikit2. memang bestlah!

    BalasPadam