Jumaat, 4 November 2016

MORBID ANGEL - Blessed Are The Sick


Tahun 2001 adalah tahun permulaan aku terjebak dalam dunia death metal, kira aku ni adalah generasi millenium bagi penggemar muzik death metal. Antara band yang terawal aku kenal adalah band Morbid Angel. Masa tu kawan bagi pinjam kaset Live Entangled In Chaos. Memang aku tidak dapat dengar dengan jelas memandangkan kualiti kaset yang uzur dan sound tidak jelas. Memang potong stim dan tiada feel masa tu...hahahaha. Hanya selepas tahun 2003 baru lah aku dapat dengar muzik mereka melalui album covenant yang abang sepupu aku bagi pinjam memandangkan dia pun peminat tegar Morbid Angel.


Album blessed are the sick aku dengar pada sekitar tahun 2004, iaitu rakan karib aku dekat UiTM baru sahaja beli kaset keluaran vsp. Buat pertama kalinya bila dia pasang kaset ni dalam dorm uitm memang aku terpegun dengan intro solo tremolo gitar yang berbelit dan juga lagu fall from grace. Apa lagi, dua minggu kemudian aku pegi ke bandar KK dan terus beli kaset album ni dan sepanjang tahun 2004 tu memang album ni paling banyak aku putarkan masa dekat dorm uitm(dengar dalam walkman) dan sehingga hari ini aku rasa album ni adalah album death metal yang paling kerap aku mainkan.


Sebelum aku dengar album ni, sekitar awal tahun 2004 ada seorang lagi rakan aku memperkenalkan aku dengan petikan lagu akustik desolated way ciptaan bekas gitaris mereka iaitu Richard Brunelle yang terdapat dalam album ni dan merupakan satu-satunya lagu instrumental yang paling ringan. Masa tu aku memang tak tau pun lagu Morbid Angel. Dia dengan bangganya memetik gitar lagu tersebut...hahahaha Bila aku dapatkan album ni baru aku ingat yang dia mainkan lagu tu adalah lagu desolated way...hahahaha


Dari segi trademark Morbid Angel dalam album ni memang amat ketara pada riff2 death metal yang teknikal, permainan gitar solo yang berbelit ciptaan Trey Azagtoth dan juga pukulan drum blastbeat Pete Sandoval. Bila dengar setiap lagu memang akan dapat dikenalpasti trademark death metal ciptaan Morbid Angel. Begitu juga vokal David Vincent yang lebih growl berbanding album sebelumnya iaitu Altar of Madness. Dan yang paling penting album ini dirakamkan di Morrisound Studio, studio lagenda dimana tempat band-band terawal death metal florida merakam album-album klasik mereka. Album blessed are the sick merupakan album terpenting dan paling berpengaruh dalam sejarah awal era permulaan death metal iaitu sekitar awal 90'an yang sememangnya menjadi playlist sepanjang zaman bagi peminat death metal seluruh dunia. Lagu-lagu kegemaran dalam album ni antaranya "fall from grace","brainstorm", "day of suffering", "thy kingdom come" dan "abomination". Album death metal berstatus lagenda!!



7 ulasan:

  1. aku follow MA sampai "D"....lepas tu lost track....

    BalasPadam
  2. Morbid Angel aku ada album covenant je.keja gitar trey mmg best.kalo dulu dia solo siap ada darah menitik lagi dari tangan dia.dia penah kena kecam pasal dia ckp eddie van halen idola dia lagi satu pasal dia jadi pengacara dlm mtv headbangers ball.hahah..aku jarang dengar death metal.tapi bila dengar semestinya morbid angel

    BalasPadam
  3. hari tu ada kawan aku wassap send gambar2 kaset2 lama,katanya kawan dia jual, rm15 ja satu, aku lihat banyak gak morbid angle ni punya kaset, satu ja aku tertarik dan beli album altar of madnes tu. mau buat koleksi album2 maut yang perna diriliskn. yg ni aku tak dgr satu album tu saja aku dgr.. mantap juga dia punya sound

    BalasPadam
  4. Dorang perform kat Singapore kat Pasir Ris kot berapa tahun lepas, aku seprti biasa tertinggal bas dalam info info ni semua so takde chance pergi tengok. Tentu seronok band ni.

    BalasPadam
  5. morbid angel memang layan..

    btw.. jom singgah ke blog yusrina bro.. ada band motley crue kat sana

    http://albumretro.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. Album ni memang power! Tapi bagi saya, COVENANT punya album paling sadis dan brutal serta gila. fuhhhhhh! lagu rapture dan god of emptiness yang sangat atmosferik dan doomy! memang terjebak terus pada Doom Metal hahaha! apa cerita ya si Richard Brunelle tu? huhuhu!

    BalasPadam