Dalam blog ni aku pernah menulis artikel tentang band Dismember, iaitu bagaimana minatnya aku terhadap mereka sehinggakan aku meletakkan mereka sebagai band death metal nombor 1 yang aku minati. Sila rujuk SINI. Album ni adalah rilisan ketiga aku beli selepas membeli kaset EP "pieces" dan DVD " live blasphemies" iaitu kesemuanya aku beli sekitar tahun 2005. Jadi kalau nak diikutkan album "where iron crosses grow" ni adalah album Dismember yang pertama aku beli. Album ni dulu aku beli dalam format cdr dan selepas tu aku upgrade beli cd original iaitu sekitar tahun 2009.
Sejak dari hari pertama aku beli album ni, memang aku hadam sehabis-habisnya setiap lagu yang ada pada album ni. Memang feel mendengar album ni sangat-sangat berbeza dengan apa-apa rilisan metal yang aku dengar sebelum ni. Dalam kepala otak aku bila mendengar setiap lagu didalamnya memang aku akan cakap "yeargghhhh....inilah album yang aku cari-cari. Terus terang aku cakap yang album ni adalah album death metal yang paling kerap menjadi playlist aku sejak hari pertama aku membelinya..dari dalam asrama uitm kk, dalam perjalanan naik bas dari kampus ke bandar kk ulang alik(sejam sehala), masa dalam kelas ketika menunggu pensyarah masuk mengajar, di rumah ketika cuti, ketika mengganggur dan sehingga hari ini album ni masih lagi kekal diputarkan dalam cd dan juga ketika bekerja di pejabat(buat kerja sambil pasangkan album ni..hahahaha). Rasanya dah beratus kali aku putarkan sampaikan semua lagu aku boleh hafal.
Pada mulanya aku bercadang menulis album ni ke dalam blog iaitu ketika ulang tahun pertama kewujudan blog ni iaitu sekitar januari tahun 2016 lepas tetapi ntah kenapa aku terskip sehingga hari ini. Album ni merupakan album ke 6 mereka yang dikeluarkan sekitar tahun 2003 dibawah label Karmageddon Media dan merupakan album pertama selepas tidak lagi bernaung di bawah label metal terkenal iaitu Nuclear Blast Record. Ketidak puasan hati mereka terhadap label lama mereka, Nuclear Blast dijelaskan dalam DVD Live Blasphemies dan juga beberapa interview yang terkandung dalam majalah metal ketika itu. Almaklum lah sekitar tahun 1996-2000 muzik death metal tidak lagi sepopular awal tahun 1990'an. Jualan album-album death metal ketika itu merosot ditambah pula dengan kewujudan gelombang Norwegian black metal dan swedish Gothenburg melodic death metal yang menyebabkan genre death metal stockholm semakin kurang mendapat sambutan.
Sepuluh lagu yang terdapat dalam album ni sememangnya aku hadam cukup-cukup:
1) Where Iron Crosses Grow
Lagu pertama dalam album ni yang sememangnya sejak di awal permulaan lagu sudah cukup membunuh. Dengan riff gitar trademark dismember yang bersalut dengan ketebalan bunyi gitar "swedish buzzsaw" menjadi penarik selera kepada fanatik peminat Dismember dan penggemar irama Swedish Death Metal. Sebelum ini aku sudah biasa dengan track klasik mereka seperti lagu "dismembered", "soon to be dead" dan "i wish you hell" yang sememangnya auranya sama dengan lagu ini. Lagu yang hanya berdurasi dua minit lebih dengan lirik sangat pendek.
2) Forged With Hate
Menggunakan formula yang sama seperti track pertama seolah-olah lagu ni penyambung kepada track sebelumnya dan sememangnya tidak memberikan aku ruang untuk berehat dan bernafas. Sememangnya sudah cukup memberikan kepuasan yang maksima.
3) Me-God
Berentak perlahan yang sememangnya sangat kuat pengaruh band Autopsy. Aku memang tidak hairan pun kalau mendengar lagu sebegini yang mereka hasilkan kerana band Autopsy adalah band yang menjadi sumber inspirasi Dismember.
4) Tragedy Of The Faithful
Kalau didengar dari permulaan lagu, riff-riffnya seakan-akan ada pengaruh old Gothenburg Sound (ala-ala band At The Gates) dan dicampur aduk dengan riff-riff trademark Dismember dan dipadankan dengan pengaruh melodik heavy metal ala Iron Maiden. Kalau tanya pemain gitar mereka, David Blomqvist pasti beliau mengaku yang lagu ni sememangnya kuat pengaruh Iron Maiden.
5) Chasing The Serpent
Meneruskan trademark mereka seperti pada lagu 1 dan 2. Cuma bezanya durasi lagu ni lebih panjang dan diselitkan sedikir riff-riff melodi. Lagu ni juga merupakan salah satu lagu kegemaran aku. Satu-satunya lagu yang dicipta sendiri oleh pemain drum mereka, Fred Etsby
6) Where Angels Fear To Tread
Pengaruh Autopsy memang sangat kuat untuk lagu ni. Memang Dismember tidak dapat dipisahkan dengan trademark riff gitar ala-ala Autopsy. Sekali sekali diselitkan bunyi-bunyian mesin gan dan ledakan bom seolah-olah berada dalam medan pertempuran.
7) Sword Of The Light
Permulaan lagu sudah terasa serangan riff pantas Dismember dan dipertengahan lagu, tempoh bertukar kepada rentak perlahanan trademark death n roll seperti dalam kebanyakan lagu dalam album ketiga mereka iaitu Casket Garden.
8) As The Coins Upon Your Eyes
Kalau didengarkan dengan teliti dari riff, rentak dan tempo, lagu ni mirip lagu-lagu Death era album scream bloody gore dan album leprosy. Keseluruhan lagu dipenuhi dengn riff-riff klasik death metal. Lagu ni memang cukup kuat aura death metal era awal 90'an.
9) Children Of The Cross
Berdurasi lebih kurang 5 minit, keseluruhan lagu berentak slow. Seolah-olah kita mendengar band Autopsy Versi Dismember. Lagi-lagi Autopsy!!
10) As I Pull The Trigger
Lagu penamat ni memberitahu seolah-olah Dismember memang tidak dapat dipisahkan dengan pengaruh mereka iaitu band Autopsy. Bezanya bunyi gitar Dismember sahaja yang berat (trademark swedish death metal). Di era millenium mereka mengekalkan terma old school swedish death metal melalui album ni!!!
Album ni dirakamkan oleh Olle Sandqvist di Sami Studio, Stockholm, Sweden dan diterbitkan/diadun oleh drummer mereka sendiri iaitu Fred Edsby. Fred juga merupakan tulang belakang dalam penghasilan riff-riff trademark dan klasik band Dismember. Sejak album kelima mereka iaitu Album "hate campaign", mereka tidak lagi merakamnya di Sunlight Studio dibawah kendalian Thomas Skosberg. (Studio yang terkenal di Sweden dengan penghasilan rakaman album-album klasik death metal sweden). Sejak itulah setiap kali mendengar album-album mereka memang terdapat perbezaan kualiti rakaman antara 3 album awal mereka( Like an ever, indecent, casket) yang bunyinya lebih kasar( raw) berbanding dengan album yang lain.
Artwork dalam album ni pula dihasilkan oleh Dan Seagrave yang dahulunya banyak menghasilkan artwork album klasik death metal era 90'an. Keenakan mendengar kesemua lagu dalam album ni menjadi sempurna dengan membelek-belek booklet cd sambil menatap artwork yang dihasilkan oleh Dan Seagrave. Bagi aku album ni memang kuat pengaruh aura album klasik Dismember era awal 90'an. Selepas aku membeli album ni, ada juga aku beli beberapa majalah metal luar negara yang didalamnya terdapat interview band Dismember seperti majalah Anvil, Brutallica, Chaos Magazine dan Ancient Ceremonies yang mana kesemuanya berkisar tentang album "where iron crosses grow". Aku pernah terbaca interview Disember yang menjelaskan album ni adalah album terbaik yg pernah mereka hasilkan pada era millenium.(iaitu dari segi penulisan lagu, persiapan merakamkan kesemua lagu dalam album ni dan kualiti rakamannya).
Artwork dalam album ni pula dihasilkan oleh Dan Seagrave yang dahulunya banyak menghasilkan artwork album klasik death metal era 90'an. Keenakan mendengar kesemua lagu dalam album ni menjadi sempurna dengan membelek-belek booklet cd sambil menatap artwork yang dihasilkan oleh Dan Seagrave. Bagi aku album ni memang kuat pengaruh aura album klasik Dismember era awal 90'an. Selepas aku membeli album ni, ada juga aku beli beberapa majalah metal luar negara yang didalamnya terdapat interview band Dismember seperti majalah Anvil, Brutallica, Chaos Magazine dan Ancient Ceremonies yang mana kesemuanya berkisar tentang album "where iron crosses grow". Aku pernah terbaca interview Disember yang menjelaskan album ni adalah album terbaik yg pernah mereka hasilkan pada era millenium.(iaitu dari segi penulisan lagu, persiapan merakamkan kesemua lagu dalam album ni dan kualiti rakamannya).
.
Kalo band metal yg aku ingat dari zaman remaja dulu kalo sebut death metal yg telintas kat kepala aku ialah disharmonic orchestra,dismember,tiamat ngan morbid angel
BalasPadamSedap nama album
BalasPadam