Selasa, 26 Januari 2016

ENTRAPMENT - Infernal Blasphemies

Demo Infernal blaphemies ni adalah demo sulung band Entrapment, iaitu band yang berasal dari negara Belanda. Pada asalnya band ni hanyalah one man band dan rasanya bila album sulung mereka diterbitkan barulah Entrapment mempunyai bilangan anggota yang lengkap 5 orang. Memang sudah dijangka dari awal lagi yang pengaruh utama band ni adalah dari band Nihilist(pre-Entombed) dan semestinya lagenda Death era "scream bloody gore". Susunan muzik pun tidak banyak bezanya dari demo kedua band ni iaitu putrefying stench. Kalau sekali pasang memang tak puas memandangkan durasi keseluruhan demo ni hanya bawah 9 minit. Cuma bunyi kaset yang aku miliki ni agak tenggelam dan kedalam sedikit berbanding dengan demo kedua yang lagi jelas volume bunyinya. Tak tau leh sama ada kaset yang bermasalah ataupun memang rakaman demo macam ni. Lagu-lagu dalam demo ni pun agak kurang menyengat berbanding dengan demo kedua mereka(rasanya peningkatan dari segi penciptaan lagu demo kedua lagi ok). Kalau nak cari keaslian death metalnya rasa memang tiada(sekarang ni era millenium..era kitar semula muzik) tetapi kalau nak dikategorikan demo ni sebagai penyambung legasi bunyi death metal era akhir 80'an dan awal 90'an rasanya memang tepat sekali. Band ni antara band kegemaran aku. Untuk ulasan demo kedua, sila rujuk sini.

Isnin, 18 Januari 2016

PROTECTOR - omnious message of brutality

Bagi yang belum mengenali Protector, mereka berasal dari negara Jerman dan merupakan band thrash metal yang seangkatan dengan gergasi teutonic jerman iaitu Sodom, Kreator dan Destruction. Bezanya Protector kurang dikenali berbanding dengan band-band tersebut. Nak dapatkan album mereka juga amat sukar memandangkan album-album mereka dikeluarkan oleh label yang kurang dikenali iatu Atom H. Jadi sebagai jalan penyelesaian, terpaksa lah aku beli album kompilasi ni. Album kompilasi ni aku beli sekali dengan kompilasi "echoes from the past"(sila  rujuk reviewnya di sini.). Ominous message of brutality adalah album kompilasi yang mengandungi album kedua mereka iaitu album urm the mad yang dikeluarkan pada tahun 1989, lagu live versi cd dan juga ep leviathan's desire tahun 1990. Label yang mengeluarkan album kompilasi ni adalah label sama yang mengeluarkan kompilasi echoes from the past, iaitu I Hate Records. Booklet jangan cakap lah memang tebal sangat sampai susah nak keluarkan dari kotak cd. Memang kena hati-hati kalau nak keluarkan booklet ni, kalau tak memang koyak...hahahaha.
Kalau nak dibandingkan album kompilasi ni dengan album kompilasi echoes from the past, rasanya album kompilasi echoes lagi best. Mungkin disebabkan dalam kompilasi ni, album urm the mad yang aku rasakan kurang menarik begitu juga dengan ep leviathan 's spirit. Lagu-lagu dalam album tersebut pun macam lebih kurang sama bentuknya dan banyak part slow doom yang kadang-kadang aku rasa membosankan...hahaha Memang berbeza dengan kompilasi echoes yang didalamnya mengandungi album debut Golem dan lagu-lagu demo yang lagi agresif dan buas. Kalau tidak silap aku album pertama "golem" dan album kedua "urm da mad" telah pun di keluarkan semula dalam bentuk piring hitam dan cd melalui label High Roller Records.



Rabu, 13 Januari 2016

VORMIT - live is your enemy

Aku kenal band ni melalui majalah muzik R.O.T.T.W iaitu pada sekitar tahun 2002-2005 rasanya. Pernah di interview dan direview stuff-stuff mereka di majalah tersebut. Kalau tak silap aku editor majalah tersebut meminati band ni. Mereka juga pernah beraksi di konsert Rock The World, dan dengar cerita penganjur konsert tersebut juga mendapat maklumat band Vormit melalui majalah R.O.T.T.W dan menjemput mereka beraksi di konsert tersebut. Bagi yang belum mengenali Vormit, band ni memainkan muzik grindcore dan merupakan band terawal dalam pergerakan scene ekstrim metal Sarawak yang seangkatan dengan band Senseless, Ungodly Death dan Mentally Murdered. Life is Your Enemy merupakan album sulung mereka yang keluarkan pada tahun 2007 melalui label tempatan iaitu Eastern Voice Production. Muzik mereka memang totally grindcore yang bersalut irama death metal. Rasanya rujukan terdekat album ni adalah album lagenda Napalm Death iaitu Harmony Corruption dan album From Enslavement to Oliberation. Sebelum album ni dikeluarkan, Vormit pernah menghasilkan "suicide motives" ep tahun 2004, "callendar sadness" dan "das capital" ep tahun 2002, demo "the god project" tahun 1992 dan juga debut demo "blossom in putrid" tahun 1990.

Jumaat, 8 Januari 2016

KALIYUGA - 14/07

Sebelum aku memiliki album ni, aku terlebih dahulu mendapat info tentang mereka melalui majalah muzik komersial. Masa tu baca suka-suka je  dan bila kaset ni berada di depan mata, memang aku terus beli. Kaliyuga berasal dari Singapura dan anggota kumpulan mereka adalah bekas anggota band Rudra(band death/black vedic metal). Berbeza dengan Rudra, Muzik Kaliyuga adalah 100% Melodic Death Metal acuan Gothenburg, Sweden(At The Gates dan old In Flames). Cuma part lirik sahaja yang mirip band Rudra. Biasalah kalau band Melodic Death Metal ni, memang mudah dihadam lagu-lagunya. Album ni antara album yang kerap juga aku mainkan dalam walkman semasa duduk di dalam asrama dan juga dalam bilik kuliah. Kira album kegemaran juga lah. Cuma sampai sekarang aku masih lagi tak tau apa maksud 14/17...hahahaha Artwork album pun kira simple sangat dan tak nampak metalnya. Kalau orang tak tau tentang band ni pasti orang ingat kaset ni adalah bukan album metal. Album ni diterbikan oleh Trishul Records dan MuzikBox Production. Rasanya band ni dah tutup buku dan ada anggota band yang menubuhkan band baru yang diberi nama Truth To Be Known(main death/thrash metal).


Isnin, 4 Januari 2016

DEICIDE - Amon: Feasting The Beast

Mana-mana peminat death metal seluruh dunia pasti mengenali band gergasi Deicide, iaitu salah salah pelopor awal pergerakan scene death metal dari Florida, Amerika Syarikat yang seangkatan dengan Death, Obituary dan Morbid Angel. CD Amon: Feasting the Beast adalah album kompilasi koleksi demo-demo Deicide, iaitu Feasting the Beast(1987) dan Sacrifical(1989). Sebelum muncul dengan debut album, Amon adalah nama asal band mereka sebelum menukarnya kepada Deicide. Sebelum memiliki versi cd ni, aku pernah membeli kompilasi ni dalam bentuk kaset(kaset cetak rompak) yang aku beli dengan harga rm10. Kulit kaset hanya muka depan dan tajuk lagu sahaja yang bercetak manakala bahagian dalam kosong, begitu juga dengan kaset yang tiada cetakan.(biasalah kaset cetak rompak). Memang potong stim betul la kalau beli kaset cetak rompak...hahahha Tapi apa boleh buat memandangkan kaset ni sahaja yang aku jumpa pada masa tu.(tiada pilihan lain)
Semua lagu dalam cd ni adalah lagu-lagu klasik Deicide yang juga dimuatkan dalam album debut mereka antaranya, dead by dawn,sacrifical suicide dan lunatic god creation. Kualiti rakaman track 1-6(demo sacrifical) adalah hampir sama kualitinya dengan rakaman album debut mereka. Hanya track 7-10(demo feasting the beast) yang kualiti rakamannya memang kualiti demo yang raw dan rasanya bahagian ini sahaja yang membezakan album kompilasi ni dengan debut album deicide. Album kompilasi ni diterbitkan sekitar tahun 1993 iaitu selepas munculnya album debut 1990 dan album legion 1992. Rasanya syarikat rakaman iaitu RoadRunner (sebelum tu guna nama RoadRacer) menerbitkan kompilasi ni disebabkan kejayaan mengaut keuntungan melalui penjualan album pertama dan kedua...hahahaha Aku pernah baca satu artikel yang kedua-dua album tersebut terjual melebihi angka seratus ribu cetakan tiap satu album. Untuk peminat death metal, kompilasi ni memang berbaloi untuk dimiliki memandangkan Deicide merupakan salah satu lagenda death metal dunia. Rasakan growl Glen Benton yang menakutkan, riff-riff dan solo berbelit dan membunuh adik beradik Hoffman dan juga ketukan maut drum Steve Asheim.